Saturday, December 10, 2011

Pendidikan Khas 1


Setelah hampir 2 tahun ini diwujudkan, rasanya perlu juga saya ceritakan ttg Pendidikan Khas. Anak2 autisma boleh ditempatkan di sini jk mereka tidak boleh berada di aliran perdana (kelas murid normal)disebabkan kekurangan yg ada pada diri mereka. Jk mereka ditempatkan terus ke aliran perdana, ianya boleh menjejaskan pelajaran krn guru2 aliran perdana tiada kemahiran mendidik anak2 autisma. Anak2 autisma perlu diberi tumpuan dl kelas.Di kelas Pendidikan Khas, guru mempunyai kepakaran dan bilangan pelajar dlm kelas maksimum 8 orang shj. Fokus boleh diberikan kepada semua murid. Anak autisma yg berada di kelas Pendidikan Khas boleh di tempatkan di aliran perdana jk mereka mereka menunjukkan prestasi yg baik dlm akademik. Maknanya, peluang untuk mereka untuk menduduki UPSR, PMR dan SPM tetap ada.

Amat diharapkan, dgn maklumat yg bakal disampaikan akan dpt memberi serba-sedikit imu pengetahuan anda ttg pendidikan khas terutama Kelas Pendidikan Khas yg terdapat di sekolah2 Malaysia.




Definisi

Pendidikan Khas ialah program yang dirancang khusus untuk memenuhi pelbagai keperluan murid khas, termasuk penggunaan bahan khas, peralatan khas, teknik p & p mengikut tahap kebolehan & keupayaan pelajar:-

  • Perkembangan mental
  • Kestabilan emosi
  • Integrasi sosial
KANAK-KANAK KHAS

Merupakan kanak-kanak yang telah dikenal pasti dan disahkan oleh pakar professional klinikal sebagai mengalami masalah yang mengganggu proses pembelajaran.

“……… Kanak-kanak yang berbeza dari kanak-kanak sederhana atau biasa (1) dalam ciri-ciri mental (2) keupayaan-keupayaan deria (3) dalam ciri-ciri saraf dan otot atau fizikal (4) dalam tingkahlaku sosial atau emosi (5) dalam keupayaan komunikasi atau (6) dalam pelbagai kekurangan sehinggakan ia memerlukan amalan-amalan sekolah yang diubahsuai, atau perkhidmatan-perkhidmatan pendidikan khas , supaya ia boleh berkembang sehingga kemampuan yang maksimum ”.

Kirk, S.A. et.al. “Educating Exceptional Children”, 1993

Apa Dia kanak-kanak Khas ?

………… “Kanak-kanak yang dari segi intelek, fizikal, sosial dan emosi tidak mencapai pertumbuhan-pertumbuhan biasa hingga mereka tidak dapat faedah sepenuhnya dari rancangan sekolah biasa “.

Chua Tee Tee, 1981

Apa Dia Pendidikan Khas ?

……… Pengajaran yang bercorak individu direka untuk memenuhi keperluan-keperluan pendidikan yang berkaitan dengan murid-murid kurang upaya. Pendidikan Khas yang menyediakan peluang-peluang pembelajaran yang tidak disediakan dalam kurikulum yang baku atau biasa atau perkhidmatan-perkhidmatan sekolah biasa “.

No comments:

Post a Comment