Sunday, December 11, 2011

OKU...Apa kata mereka?

Sejak saya mendapat seorang cahaya mata terpilih, persepsi saya terhadap kehidupan ini berubah. Saya melihat mereka sebagai golongan yang hebat kerana kita tidak melalui apa yang mereka lalui. Kita tidak berada di atas meja bedah. Kita tidak rasa bagaimana kepala dijahit dan di'kopek'.

Apa ada pada istilah? Saya secara peribadi tak suka betul label dan perkataan OKU ni seperti mana saya tidak menggemari perkataan disable @ retard. Terfikirkah kita perbualan seperti ini mungkin wujud, "Ah.. dia tu OKU. Susah nak bergerak. Buat apa nak ambil dia bekerja?". Dengan wujudnya istilah ini, kita telah dengan tidak sengaja melabelkan/mengkategorikan golongan tersebut. Kelainan upaya dengan kurang upaya sama je. Tetap hasilkan label "OKU" jugak.

Inilah mentaliti masyarakat. Masyarakat perlu dididik untuk menghormati dan lebih sensitif terhadap golongan yang hebat ini. Ini tidak.. kadangkala segelintir yang educated pun pandang lain macam je bila orang² hebat ni lalu berhampiran mereka. Ada yang memandang sekali, banyak yang memandang banyak kali. Kepala anak saya mungkin saja nampak "kemek", dia mungkin saja tidak boleh duduk pada usia setahun lebih.. so what? Itu baru pandangan dan lirikan mata, belum lagi yang berkata-kata.

Di Indonesia misalnya, di penghujung bulan Mei 2009 golongan terpilih ini dikehendaki untuk memakai sign "for their safety". Perbincangan tersebut telah dibentangkan di dalam Parlimen Indonesia. Dan hasilnya, orang² terpilih ini telah mengadakan demonstrasi jalanan.

Dipetik dari blog Dianne:

But it says something about a society when they think the onus is on the person with a disability to label themselves as such, rather than on the road users to take due care with ALL pedestrians.

Saya bersetuju dengannya. Sepatutnya masyarakat mengambil tindakan proaktif untuk menjaga satu sama lain ketika di jalanraya apatah lagi menjaga golongan yang terpilih ini.

Bagaimana pula dengan pendirian anda?

p/s : Sorry la... saya tetap beranggapan kepala "kemek" dan perangai Syafiah tu adalah satu yang normal. Ya.. normal untuk saya yang melaluinya.


Rujukan: Suara OKU

No comments:

Post a Comment