Wednesday, December 21, 2011

Sembang ttg anak2 autisma ramaja

KELAB ANAK AUTISME Jasfarina..cerita sikit ttg anak anda sbb kebanyakan anak2 autisma dilaman ni bwh 14 thn. Terutama perubahan yg berlaku drp kecil sehingga kini...sbg panduan rakan2 di sini yg akan menempuh anak2 autisma yg akan membesar.

Azilla Aziz nak tahu sikit apa nasib kanak2 autism umur 14 tahun ke atas...kemana arah tuju selepas ini...kalu ada institusi yg sesuai contoh dlm kemahiran hrp dpt bagi info. terima kasih byk2..

Jasfarina Hj Jaafar ‎:) bermula ketika usianya masuk 2-3 tahun...berperangai aktif melebihi abgnyer dn tidak berckap krn sibuk bermain..lari sana sni, panjat sna sni, sepah sna sni.. diawal pertuturan, hanya boleh sebut 1 hingga 10, a-z, dan mnyanyi 2 3 lagu secara pelat. ttp smakin mningkat usia semakin hilang sedikit demi sdikit sme nye. slalu sebut abah balik(ble ayahnye balik keje), pun hilang perkataan tersbut. Ibu jauh la nk sebut walau diajar byk kali. Oleh krn org2 tua kata perkara biasa budak2 lambat bercakap, sye xde refer pd mana2 doktor shinggalah anak sye demam masa umur nk masuk 5 tahun. doktor dpt kesan dn nasihatkan sye utk rujuk ke Audiotory HUKM titiwangsa..dr situ pakar mnengesahkan tidak pekak lalu rujuk ke pakar kanak2 HUKM, itupun Aina dh usia 7 tahun disahkan Autisme.. Masa tu jugak sye masukkan dia ke sekolah IMPIAN ttwangsa krn tiada layanan ketika nk daftar kat NASOM ttwangsa. Semasa di IMPIAN, sye dh tak buat apa2 rawatan atau terapi di HUKM. Di IMPIAN, AIna mula boleh berdikari....paling gembira, bila dpt pakai baju dgn cara yg betul dan masukkan butang baju..- DARI KISAH NI SYE BELAJAR, sye tak peka dgn symptom2 anak Autism(sye x expose dgn AUTISME) walaupun sye dh tau symptom tu ada. Sye terpengaruh dgn kata2 org tua, "bdk2 lambat bercakap tu perkara biasa, ada yg sampai umur 6 tahun baru boleh bercakap". Kata2 org tua mcm ni dh tak boleh pakai. –bsambung

KELAB ANAK AUTISME Terima kasih, teruskan...apa berlaku slps 6 tahun?

KELAB ANAK AUTISME Azilla Aziz... Slps maksimum umur 14 tahun, anak2 autisma yg berada di SR..sekolah rendah.. akan ditempatkan ke sekolah menengah. Jk mereka boleh belajar, potensi untuk menduduki PMR, SPM amat cerah...Jk tidak, mereka akan diajar semua subjek untuk keperluan kehidupan mereka di masa depan...

Rusmahwati Mohd Noor Dulu masa kecil dlm umur 4 tahun anak saya ada ciri2 autisme...bila semakin membesar dia bertukar kpd dyslexia...

Jasfarina Hj Jaafar bila Aina bersekolah di IMPIAN, sye hentikan terapi di HUKM. Tahun 1 hingga tahun 3, perkembangannya bagus walaupun masih tidak boleh bercakap dan hanya bermain sje. Masa tahun ke 4, aina, sye hentikan di IMPIAN krn ada dgr rumours ttg masalah management. Sye hntr ke Terapi NURY di bukit antarabangsa kelolaan Datuk Dr Norlaili(yg selalu kluar dlm majalah mingguan wanita). Selama setahun Aina mnjalani terapi fizikal yg mana smakin lama semakin meningkat latihan fizikalnya sehingga sye pulak yg mngalami sakit pinggang tidak boleh bangun. Disana Aina dh x kne sawan(Aina mmg ada sawan tarik semasa usia 6 bulan) berbanding sebelum ni yg jarang2 kne sawan. Perkembangan lain, tak byk mungkin krn Aina mngalami Autisme yg penuh. Memandangkan hal sye yg sakit dan Aina dah xmo mkn makanan serta vitamin yg khusus, sye terpaksa hentikan terapi tu. Aina, sye masukkan ke Sek Ren Keb Koperasi Polis 2, KL pd usia 11 tahun. Disekolah tu Aina mnjadi pelajar cemerlang kategori pendidikan Khas...sye pun taktau mcmana boleh jd cemelang sdangkan dia masih tidak bercakap, cuma dia mudah mngikut arahan dgn kawalan. Di sekolah tu Aina dpt perhatian yg secukupnya. Semasa di NURY, pernah juga sye hntr buat akupunture di rumah seorang Dr di Pandah Perdana. Disitu pun terpaksa berhenti setelah bbrape bulan buat rawatan krn perubatan tu hanya waktu mlm..kdg hingga lewat mlm bru habis. Skrg Aina berada di Sek Men. Sye lihat sekolah skrg ni spt tidak cukup kakitangan. Apa yg Aina belajar di skolah rendah..sme nyer dh hilang, cth ble sye suh tulis A..Aina xboleh tulis. Sye pun xtau apa yg diajar disekolah tu. Sekarang utk pengetahuan sme, sye dh xtau nk buat apa dgn Aina melainkan jaga dia dgn sebaik yg mungkin. Sye juga masih tidak tau apakah sistem pembelajaran kanak2 Autisme di Malaysia.

KELAB ANAK AUTISME Buat masa ni...dlm talian shj. LIKE dikira join KAA, AHLI jk beri maklumat..

Effa Adnan ok.sy pun nk kongsi mcm mana sy dan keluarga gigih mendidik farid,selepas kecewa menerima rawatan di HUSM kubng kerian,kelantan.

Effa Adnan pada usia 2thn,farid sgt hyperactive. Kami bawa farid membuat rawatan di husm,kubng kerian,kelatan.farid yg hyperactive tidak dpt dikawal. Apabila,tiba disna, pakar memberikan suntikan pd farid dan dikurungkan di dlm bilik pemerhatian. Farid menjadi murung,takut pd org sekeliling dan tdak mahu dgangu.Sejak itu,ibu dan ayh sy mulai tidak senang dgn pbuatan itu pd farid. Sedih sgt bila tgk farid berubah.kami mbuat kptsan utk mendidik farid sndri. Hari dmi hari farid lalui hdup seperti adik bradik yg len.farid di hantar ke PDK pd usia 5thn shngga kini.alhamdulilah,walaupn farid msih xdpt brckp dan menulis,namun,farid thu menguruskn dirinya,mbuat krja rumah,dan fham akn semua pckapan kita.kdang2 kami yg blajar bhasa isyrat yg sering farid gunakan.

Rohaya Hassan
Sbnrnya mostly pend support utk autism mmg byk kurgnye di negara kita ni. Mcm mn ek nk bg boost up kt sek gomen? sy berperasaan sm spt pn Jas.

Rohaya Hassan Mmg semua nk anak yg normal. Semua ada harapan. Kita berusaha hanya Allah yg menentukan. So sy selalu ingatkan diri sy redha wpun tk mampu mencapai target krn itu ujian utk kita sabar atau tidak. Kita jg parents istimewa.

Effa Adnan
Sebab tu sy sndiri rela mendidik dia seadanya.. org kate susah senang.. anak kita kan.. darah daging kita.. tapi sy betol2 kesal setelah melihat rawatan yg dikenakan..

Nas Nash
selalu membaca diruang ni, tapi hari ni baru ceritakan perihal anak saya,

Nas Nash
anak saya autisma dan hyperaktif, hobi suka memanjat tempat tinggi dan makan sampai berat badan melebihi yang seusia dengannya

Sazratulasma Md Saad ermm..nama anak : seri irdina (2y 10 m), ada ciri-ciri autisme..tapi saya belum ke mana2 specialist untuk confirm..maybe next year,tunggu papanya balik, then i decide untuk buat pemeriksaan..

Sazratulasma Md Saad rasa takut untuk terima resultnya nanit kan..seri masih belum boleh bercakap n dia memang x interested dengan rakan sebaya.suka upin ipin dan boleh tgok berkali2 tanpa jemu..tapi keupayaan memorized sgt tinggi,itu kelebihannya..banyak benda yang kita x sangka that she can memorized..maybe disebabkan dia x pandai bercakap so she need to memorized untuk mudah dia tarik tangan and point apa yang dia nak..

Jasfarina Hj Jaafar
sazra..jika redha dgn hidup, Allah pun redha..maka sgalanya mudah. Jgn takut ye! klu betul anak Autiisme, carilah solusi dgn secepat mungkin..sementara masih kecil.

Jasfarina Hj Jaafar parent sme, mcmana nk aihkan perhatian anak sye drpd mngopek kuku2nyer dan kulit sekitar kuku?.. habis berdarah2. Dulu dia ske wayar atau tali di tangan tp skrg dia dh xmo bende tu. Dia asyik mngopek kuku2 dan kulit2..Dlm byk2 tabiat tak elok yg paling susah nk divert, kopek kuku sbb setiap masa dia nmpk kuku:(

Jura Nizam assalamualaikum semua..semoga semua berada dlm rahmat ILAHI

Jura Nizam muhammad jufri
junaidi;3 thn;NASOM kuantan,Phg;autisme + hyperactive

Hamdan Ismail Ummu Farid tumpang tanya,EIP kat NASOM jalan Ipoh tu jadual kelas macammana,start pukul berapa,seminggu berapa kali,yuran bulanan..

Ummu Farid as salam en.hamdan... kalau baby class (2-4thn) 2 kali seminggu @ 2 jam dan yuran 240.00 sebulan.yuran semua sama utk semua class,cuma baby class, masa dia singkat sikit,, tapi ok la, dari x buat apa-apa,,,,

Ummu Farid kelas start dari 7.30 sampai 5.00 tapi anak saya kelas jam 10.00am - 12.00 pm sbb nak travel dari bandar tasik puteri ke jalan ipoh tu hampir 1 jam gak.

Khairul Azlan Abdul Rashid Assalamualaikum semua, saya pun ada anak autisme, Nama anak: Adam Harith bin Khairul Azlan. Umur: 3 tahun 5 bulan (21/7/08). Masih tak boleh cakap dan kadangkala hyperaktif. Saya hantar ke taska untuk bergaul dengan rakan sebaya disamping terapi di HUKM. Nampak perkembangan positif tapi masih tak boleh cakap...

No comments:

Post a Comment