Showing posts with label Ciri-ciri Autisma. Show all posts
Showing posts with label Ciri-ciri Autisma. Show all posts

Friday, November 20, 2015

Ciri-Ciri Kanak-Kanak Autisme


Sumber : http://www.unicef.org/malaysia/health_education_8055.html

Ciri-Ciri Kanak-Kanak Autisme
Masalah autisme di kalangan kanak-kanak boleh dikesan seawal usia 18 bulan. Antara kemahiran yang mengalami gangguan akibat daripada autisme ialah;
  • Kemahiran pertuturan dan komunikasi
    • Kanak-kanak autisme mengalami kesukaran untuk memahami percakapan, bertutur dan menyatakan kehendak. Pertuturan mereka mungkin terhad kepada satu patah perkataan. Kebiasaannya mereka membuat bunyi atau perkataan yang tidak bermakna dan tidak boleh difahami (jargon). Kanak-kanak autisme juga boleh mengalami ekolalia, iaitu, pengulangan perkataan-perkataan yang dituturkan oleh orang lain.
  • Kemahiran interaksi sosial
    • Tidak menunjukkan minat untuk berinteraksi dengan individu lain merupakan ciri utama kesukaran interaksi sosial kanak-kanak autisme. Mereka sukar untuk bertentangan mata dan tidak menyahut apabila dipanggil. Kanak-kanak autisme sukar bergaul dengan kanak-kanak lain dan sering bermain sendirian.
  • Tingkah laku dan emosi
    • Tingkah laku tidak wajar serta berulangan seperti mengibas tangan dan melompat tanpa tujuan merupakan antara ciri-ciri yang terdapat pada kanak-kanak autisme. Terdapat juga kanak-kanak autisme yang mencederakan diri sendiri dengan menggigit dan menghantuk kepala ke dinding. Mereka juga boleh menunjukkan emosi seperti ketawa, menangis dan menjerit seorang diri tanpa sebab.
  • Sensori atau sentuhan fizikal
    • Terdapat kanak-kanak autisme yang sensitif kepada bunyi bising, sentuhan dan rasa. Mereka juga mungkin mempunyai tabiat menjilat, memasukkan barang dalam mulut, menggigit atau mencium sesuatu. Kebanyakan kanak-kanak autisme tidak suka disentuh, dipegang atau dipeluk. Ada juga di antara mereka yang memilih makanan kerana masalah sensori badan dan bahagian mulut.
  • Kemahiran kognitif
    • Kanak-kanak autisme sering dikaitkan dengan perkembangan kognitif yang lewat berbanding kanak-kanak usia sebaya. Kebanyakannya mempunyai tahap IQ yang lebih rendah berbanding kanak-kanak normal. Hal ini menyebabkan terdapat kanak-kanak autisme yang sukar memahami konsep-konsep tertentu terutamanya konsep abstrak seperti emosi.
  • Kemahiran bermain
    • Kanak-kanak autisme tidak memahami konsep bermain secara betul. Mereka sering membaling mainan, memasukkan mainan ke dalam mulut dan kadang-kala merosakkannya. Mereka mempunyai minat yang terhad kepada alat mainan dan sering bermain dengan mainan yang sama berulang kali.
Sumber gambar: http://agift.my/charity-partners/57

Tuesday, September 22, 2015

Adakah anak anda autisma?

Masih banyak pertanyaan mengenai autisma. Dibawah dinyatakan kembali ciri-ciri autisma dalam dua aspek yang perlu diperhatian oleh ibubapa sekiranya terdapat kelainan anak mereka jika dibandingkan dengan anak-anak yang lain.

KEMAHIRAN SOSIAL – interaksi sosial / pemahaman
Hubungan sosial sangat terhad: Tidak boleh berkawan atau tidak bermain dengan orang lain
Tiada hubungan mata atau terhad
Tidak melihat objek atau peristiwa yang dilihat ibu bapa atau ditunjuk kepada mereka
Tidak menunjuk kepada objek atau peristiwa kepada ibu bapa untuk melihat mereka
Tidak suka dibelai atau dipeluk dan tidak mahu diperlakukan sedemikian
Kesukaran dengan memahami isyarat sosial
Ketawa atau senyum tidak sesuai dengan keadaan
Tidak menunjukkan minat
Hanya menyertai kumpulan bila dibantu atau didesak

KEMAHIRAN KOMUNIKASI – bahasa
Melibatkan semua mod komunikasi : pertuturan dan bahasa , intonasi , gerak isyarat , ekspresi wajah  dan bahasa badan. Iaitu melibatkan  kedua-dua bahasa reseptif dan ekspresif
Perbualan satu pihak
Mengulang percakapan mengenai perkara yang sama
Tiada main olok-olok
Tingkah laku – terhad, aktiviti yang berulangan
Tidak suka perubahan
Mengulangi sesuatu  perbuatan
Mengibas-gibaskan tangan
Suka memutar objek

Jika anda dapati anak-anak atau anda sendiri mempunyai ciri-ciri autisma…. Jangan panik!. Walaupun penyakit autisma tidak boleh disembuh, ia boleh dirawat.

Sunday, September 20, 2015

Ciri autisma yang wajib diketahui

Menurut Garis Panduan Klinikal Pengurusan Autisma Malaysia, satu kajian menggunakan MHCAT (Mental Health Computerized Adaptive Testing) di kalangan kanak-kanak di antara usia 18 hingga 36 bulan di klinik kesihatan Ibu & Anak-Anak  Kementerian Kesihatan Malaysia, menunjukkan kelaziman ASD di Malaysia adalah kira-kira 1.6 dalam 1000 kanak-kanak. Kajian juga menunjukkan bahawa autisma adalah empat hingga lima kali lebih biasa di kalangan kanak-kanak lelaki berbanding perempuan. Penyakit autisma boleh terjadi kepada sesiapa sahaja tanpa mengira agama, bangsa atau kedudukan sosial.

Punca sebenar penyakit ini masih tidak diketahui namun terdapat beberapa faktor risiko untuk autisma. Di antaranya ialah usia ibu dan bapa yang meningkat, masalah lahir pra matang (< 33 minggu), masalah perkembangan otak disebabkan faktor genetik, masalah fungsi otak terganggu seperti jangkitan,  masalah semasa kehamilan atau kelahiran dan faktor genetik iaitu sejarah autisma dalam keluarga.

Ciri- ciri Autisma
  • Kemahiran sosial – interaksi sosial / pemahaman
  • Hubungan sosial sangat terhad: Tidak boleh berkawan atau tidak bermain dengan orang lain
  • Tiada hubungan mata atau terhad
  • Tidak melihat objek atau peristiwa yang dilihat ibu bapa atau ditunjuk kepada mereka
  • Tidak menunjuk kepada objek atau peristiwa kepada ibu bapa untuk melihat mereka
  • Tidak suka dibelai atau dipeluk dan tidak mahu diperlakukan sedemikian
  • Kesukaran dengan memahami isyarat sosial
  • Ketawa atau senyum tidak sesuai dengan keadaan
  • Tidak menunjukkan minat
  • Hanya menyertai kumpulan bila dibantu atau didesak
Kemahiran komunikasi – bahasa
  • Melibatkan semua mod komunikasi : pertuturan dan bahasa , intonasi , gerak isyarat , ekspresi wajah  dan bahasa badan. Iaitu melibatkan  kedua-dua bahasa reseptif dan ekspresif
  • Perbualan satu pihak
  • Mengulang percakapan mengenai perkara yang sama
  • Tiada main olok-olok
  • Tingkah laku – terhad, aktiviti yang berulangan
  • Tidak suka perubahan
  • Mengulangi sesuatu  perbuatan
  • Mengibas-gibaskan tangan
  • Suka memutar objek
Jika anda dapati anak-anak atau anda sendiri mempunyai ciri-ciri autisma…. Jangan panik!. Walaupun penyakit autisma tidak boleh disembuh, ia boleh dirawat.

Thursday, January 8, 2015

Ciri-ciri autisma 2015


Thursday, September 18, 2014

Autisma - Apa kata cikgu?


Disediakan oleh Pn. Ainol Azmi bt. Lazim ( Penolong Kanan Pendidikan Khas ) dan Cik Siti Maisarah Bt. Zainal ( AJK Laman Web Pendidikan Khas Larut Matang dan Selama)

MASALAH PEMBELAJARAN AUTISME (AUTISM SPECTRUM DISORDER)

DEFINISI

Autisme didefinasikan sebagai kanak-kanak yang berada dalam dunianya sendiri atau menurut Leo Kanner (1943) sebagai individu yang tidak berkeupayaan menyesuaikan diri mereka secara normal dengan persekitaran. Menurut kajian Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia (NASOM) menjelaskan maksud Autisme seperti berikut:

“Autisme adalah satu kekurangan seumur hidup dan menampakkan kesannya dalam masa 30 bulan yang pertama seseorang bayi. Komunikasi antara mereka adalah terbantut dan mereka tidak dapat berhubung dengan secara langsung. Mereka juga mempunyai masalah tingkah laku. Individu autisme mempunyai kelebihan intelek yang luas. Kerap kali mereka menunjukkan kelebihan dalam bidang matematik atau kemahiran makenikal ataupun dalam seni muzik, ‘rote memory’ dan lain-lain”.

FAKTOR-FAKTOR AUTISME

Dari segi genetik, adik-adik kepada individu autistik lebih berisiko mengalami autisme berbanding orang lain, terutama bagi pasangan kembar seiras. Selain itu, autisme juga sering dikaitkan dengan kecelaruan genetik dan masalah yang berkaitan dengan perubatan seperti Fergile X syndrome, Tuberous Sclerosis dan Phenylketonuria (PKU).

Masalah sebelum dan selepas kelahiran juga boleh menyebabkan autisme. Diantaranya adalah seperti jangkitan rubella semasa dalam kandungan ibu, encephalitis, kekurangan oksigen semasa lahir, keracunan makanan dan bengkak cantik (mumps). Susunan kedudukan adik beradik juga boleh menyumbang kepada masalah autisme, iaitu anak sulung dalam keluarga yang mempunyai dua anak, anak yang keempat atau yang berikutnya bagi keluarga yang mempunyai empat atau lebih (Gargiulo, 2003).

Berkaitan dengan fungsi otak, terdapat bukti yang kukuh bahawa ketidakfungsian cereblum, limbic system dan kemungkinan juga temporal lobe dan cortex terjadi kepada individu autisme.

Kewujudan autisme juga dikaitkan dengan faktor kecelaruan autoimmune dan juga persekitaran. Dalam sesetengah keluarga yang mempunyai anak autisme, ketidakfungsian pelalian (immune dysfunstion) akan berkait dengan beberapa faktor persekitaran yang boleh menyebabkan autisme. Terutamanya alahan kepada makanan seperti susu dan gandum yang tidak dapat dicernakan dengan baik. Terdapat lebih dari 60% kanak-kanak autistik mempunyai sistem pencernaan yang kurang baik. Makanan seperti susu berasaskan haiwan dan tepung gandum tidak dapat dicerna dengan baik dan menyebabkan protien daripada makanan ini tidak bertukar menjadi asid amino ataupun pepton, iaitu bentuk rantaian yang mana akhirnya dibuang memlalui kencing. Bagi kanak-kanak autistik, pepton ini diserap kembali oleh tubuh, memasuki aliran darah, terus ke otak dan diubah menjadi morfin iaitu casomorfin dan gliadrofin yang merosakkan sel-sel otak dan menyebabkan fungsi otak terganggu. Fungsi otak yang terganggu adalah yang melibatkan fungsi kognitif, komunikasi reseptif, tumpuan perhatian dan tingkah laku (Jamila K.A. Mohamed, 2005).

CIRI-CIRI AUTISME

Jamila K.A. Mohamed (2005), telah menggabungkan kesemua ciri kanak-kanak autisme dan dibahagikan kepada enam bidang iaitu:

i. Komunikasi

Kanak-kanak autisme menunjukkan ciri-ciri komunikasi seperti berikut:

• Perkembangan bahasa lambat ataupun tiada langsung.

• Kelihatan seperti bermasalah pendengaran dan tidak

mengendahkan apa yang dikatakan oleh orang lain.

• Jarang menggunakan bahasa.

• Sukar diajak bercakap.

• Kadang kala dapat menuturkan sesuatu tetapi buat seketika sahaja.

• Perkataan atau jawapan yang dituturkan tidak sesuai dengan pertanyaan.

• Mengeluarkan bahasa yang tidak difahami.

• Meniru perbualan ataupun nyanyian tanpa mengerti maksudnya.

• Suka menarik tangan orang lain apabila meminta sesuatu.

ii. Interaksi Sosial

Interaksi sosial kanak-kanak autisme dapat digolongkan sebagai sangat sukar dan ekstrem:

• Suka bersendirian.

• Tiada perhubungan mata (eye contact) dan sentiasa mengelak daripada

memandang orang lain.

• Tidak gemar bermain dengan rakan dan sering menolak ajakan rakan.

• Suka menjauhkan diri dan duduk di suatu sudut.

iii. Gangguan Deria

Diantara ciri-ciri gangguan deria kanak-kanak autisme adalah:

• Sensitif pada sentuhan.

• Tidak suka dipegang ataupun dipeluk.

• Sensitif dengan bunyi yang kuat dan menutup telinga.

• Suka mencium dan menjilat mainan atau benda lain.

iv. Pola Bermain

Pola bermain kanak-kanak autisme ditunjukkan seperti berikut:

• Tidak suka bermain seperti rakan-rakan sebayanya.

• Tidak bermain mengikut cara biasa, dan suka memutar-mutar ataupun

melambung-lambung dan menyambut mainan atau apa saja yang

dipegangnya.

• Suka dengan objek-objek yang berputar seperti kipas angin.

• Apabila menyukai sesuatu benda, terus dipegang dan dibawa ke mana

sahaja.

v. Tingkah Laku

Tingkah laku kanak-kanak autisme adalah seperti berikut:

• Sama ada hiperaktif ataupun hippoaktif.

• Melakukan perbuatan ataupun gerakan yang sama dan berulang-ulang

seperti bergoyang-goyang, mengepak-ngepak tangan dan menepuk-

nepuk tangan, berlari atau berjalan mundar mandir.

• Tidak suka pada perubahan (daripada apa yang sedang dilakukannya).

• Dapat duduk dengan lama tanpa berbuat apa-apa dan tanpa sebarang

reaksi.

vi. Emosi

Emosi kanak-kanak autisme sangat sukar diramal dan berubah-rubah. Diantaranya ialah:

• Sering marah, ketawa dan menangis tanpa sebab, mengamuk tanpa

terkawal jika tidak dituruti kemahuannya atau dilarang daripada

melakukan sesuatu yang diingininya.

• Merosakkan apa saja yang ada disekitarnya jika emosinya terganggu.

• Menyerang sesiapa sahaja berhampirannya jika emosinya terganggu.

• Adakalanya mencederakan dirinya sendiri.

• Tiada rasa simpati dan tidak memahami perasaan orang lain.



PERKHIDMATAN INTERVENSI UNTUK KANAK-KANAK AUTISME

Proses intervensi bagi kanak-kanak autistik bermula sebaik saja masalah ini dikesan. Tumpuan intervensi pada peringkat pemulaan tertumpu kepada rawatan perubatan dan pengurusan tingkah laku. Rawatan perubatan yang luas digunakan untuk kanak-kanak autistik adalah penggunaan ubatan Ritalin untuk merawat masalah kurang tumpuan dan hiperaktif. Selain itu, pengambilan vitamin B6 bersama magnesium juga dapat membantu meningkatkan kesedaran dan tumpuan perhatian kanak-kanak autistik.


Pengurusan tingkah laku merangkumi pelbagai strategi dan teknik yang digunakan untuk menambah atau mengekalkan tingkah laku sasaran (positif) dan mengurang atau menghapus tingkah laku sesuai. Diantara teknik yang digunakan adalah seperti pengasingan, kejelakan, time-out, shaping, memberi ganjaran dan sebagainya. Perkhidmatan interventif awal sangat penting bagi kanak-kanak autistik untuk membantu mengurangkan masalah autistik yang mereka alami. Selain rawatan perubatan dan pengurusan tingkah laku, perkhidmatan intervensi awal termasuklah pendidikan terancang.


Kanak–kanak autisme boleh dididik melalui program pendidikan yang bersepadu dan terancang. Keunikan corak pembelajaran mereka adalah disebabkan kepelbagaian atau kerencaman masalah lain yang berkait dengan masalah autisme itu sendiri seperti masalah tingkah laku, emosi, komunikasi, sosial, dan kognitif. Kanak-kanak ini diajar oleh guru-guru yang terlatih dalam bidang Pendidikan Khas. Bagi mencapai objektif pembelajaran kanak-kanak autisme ini, semua pihak yang terlibat terutamanya guru-guru hendaklah mempunyai kerjasama yang erat dengan ibubapa murid. Matlamat utama adalah supaya kemahiran dan pendekatan yang diajar di sekolah diteruskan dan diaplikasikan oleh ibubapa di rumah terutamanya dalam aspek pengurusan tingkah laku. Dalam kebanyakkan kes, kanak-kanak yang sudah biasa dengan tingkah laku tertentu yang kurang sesuai mendapati sukar untuk mengubah atau menghentikan tingkah laku tersebut apabila berada di sekolah. Usaha guru untuk mengubah tingkah laku itu tidak akan berjaya sekiranya tidak ada kesinambungan usaha tersebut di rumah oleh ibubapa.

Kanak-kanak autisme yang menunjukkan prestasi yang baik di dalam kelasnya diberi peluang untuk meningkatkan lagi keupayaannya melalui program Pendidikan Inklusif. Pelajar ini akan ditempatkan di Kelas Aliran Perdana untuk belajar bersama-sama dengan rakan sebaya lain yang normal. Pada peringkat awal, kanak-kanak ini akan ditemani oleh guru pembimbing. Guru pembimbing akan membantu dan memantau kanak-kanak ini belajar. Kurikulum untuk kanak-kanak autisme adalah sama seperti kanak-kanak berkepeluan khas yang lain juga.

Apabila kanak-kanak ini ditempatkan di dalam kelas Program Pendidikan Khas Integrasi (Bermasalah Pembelajaran), mereka akan belajar mengikut Kurikulum Pendidikan Khas yang disediakan oleh Jabatan Pendidikan Khas. Guru akan menyampaikan pelajarannya mengikut tahap keupayaan murid dan tidak begitu terikat dengan sukatan pelajaran.

Sunday, September 14, 2014

Autisma - Apa kata pakar?


KES 

Amin yang berusia 31/2 tahun dibawa ke klinik saya kerana dikatakan   tidak mahu bergaul dengan kanak-kanak lain dan tidak tahu mengunakan bahasa.Menurut ibunya, Amin dilahirkan dalam keadaan baik, berat badannya 3.1 kg dan  perkembangan dari peringkat bayi seperti kanak-kanak biasa yang lain.  Tetapi,  menjelang usianya 12/2 tahun, dia didapati suka bersendirian dan tidak mahu  menengok kearah orang. Dia berkelakuan seolah-olah seperti kanak-kanak pekak:tidak menghiraukan atau seolah-olah tidak mendengar percakapan orang lain.Hampir setiap waktu dia bersendirian sambil bermain-main denga benda-bendaseperti tali, tudung-tudung botol dan ketul-ketul batu.  Dia leka denganpermainannya sehingga berjam-jam lamanya.

  Ibu Amin menyatakan bahawa sejak kecil lagi, anaknya itu tidak suka   dipegang, dibelai atau dicium. Dia tidak seperti kanak-kanak lain yang  mudah mesra dan bergelak ketawa dengan ibu bapa dan orang disekelilingnya. Ibunya mengeluh kerana tidak dapat menjalinkan hubungan mesra dengan  anaknya.  Apabila lapar, dia sendiri akan mengambil makanan didapur atau menarik tangan ibunya kearah makanan yang diingini. Seringkali,  bunya terpaksa menyuapkan makanan dan memberinya minuman.Tetapi, dia tidak suka dibantu melakukan aktiviti-aktiviti harian sepertimakan, minum dan bersalin pakaian.  Dia pergi sendiri ketandas untukmembuang air kecil dan tidak lagi kencing malam.Ibu Amin berasa hairan mengapa anaknya yang mampu menunjukkankebolehan seperti menyusun puzzles dan merekabentuk denganmenggunakan alat permainan lego tidak pula mampu menggunakanbahasa seperti kanak-kanak yang sebaya dengannya. Dia dan suaminyajarang membawa Amin menziarahi kawan-kawan atau majlis-majlis sosialkerana malu dengan tingkah lakunya yang luar biasa yang mungkin akan menarik perhatian orang lain.Amin pernah dimasukkan ketadika untuk memberinya peluang bergauldengan kanak-kanak lain tetapi selepas sebulan, guru tadika menyatakanbahawa pihaknya tidak sanggup menerima Amin lagi kerana sikapnya yang ganjil.Dia suka bersendirian, tidak boleh berinteraki dengan kanak-kanak lain, Asyik bermain seorang diri, tidak bercakap dan tidak menerima ataumenumpukan perhatian pada arahan guru-guru atau orang lain.Dia akan keluar dari kelas dan merayau-rayau disekitar kawasanTadika pada bila-bila masa sahaja yang disukainya dan guru kelaskerap terpaksa mencarinya kerana khuatir akan keselematannya.

Kes ini mengetengahkan riwayat sesorang kanak -kanak yang menunjukkan ciri -ciri austisma. Kes -kes autisma yang dikesan dan dikenal pasti masing -masing mempunyai perbezaan dari segi perkembangan dan tingkah laku penghidap autisma. Ini ada kaitannya dengan faktor baka ,pengalaman dan keadaan alam sekitar yang mempergaruhi perkembangan  seorang anak yang autistik dan cara dia membentuk personalitinya. Tetapi , hampir semua kanak -kanak autisma menunjukkan ciri -ciri seperti di bawah ini :

1.   Masalah komunikasi. Dia tidak menunjukkan perkembangan bahasa seperti kanak -kanak lain. Tahap kefahaman bahasanya rendah dan tahap penggunaan bahasanya terbantut. Bahasanya agak ganjil dan sukar difahami. Umpamanya , jika seseorang bertanya " sudah makan ? " , dia menjawab " sudah makan ". Jika ditanya " sudah minum ? " , dia jawab " sudah minum ". Dalam istilah Inggeris , ini dinamakan echolalia. Dia tidak pandai menggunakan bahasa dengan kreatif seperti " sudah kenyang " , " tak dahaga " ,  "tak mahu minum "dan sebagainya.
2.   Suka bersendirian. Kanak -kanak autisma tidak menunjukkan kebolehan berinteraksi secara spontan dengan orang lain. Dia seolah -olah hidup dalam dunianya sendiri. Ibunya mendapati sukar untuk menjalin kemesraan dengannya kerana dia tidak suka dibelai , dicium atau dipeluk. Kemesraan yang cuba ditunjukkan oleh ibunya tidak mendapat gerakbalas. Dia berkelakuan seperti kanak -kanak pekak , buta dan bisu.
3.   Tingkah laku yang aneh dan berlainan daripada kanak -kanak biasa. Kanak -kanak autisma biasanya akan leka bermain sehingga berjam -jam lamanya dengan sesuatu barang yang diminatinya dan akan menjadi baran jika barang itu diambil , dialihkan atau hilang.
4.   Mempamerkan tingkah laku yang pelik. Kebanyakkan kanak -kanak autistik akan menunjukkan tingkah laku yang bermacam -macam ragam dan pelik seperti menepuk -nepuk tangan , menjegkit -jengkitkan kakinya apabila berjalan , memutar -mutar benda seperti tudung botol dan alat -alat permainan seperti mangkuk -mangkuk plastik serta mengumpul batu -batu , bermain suis lampu dan sebagainya .

Kebanyakan kanak -kanak autistik menunjukkan ciri -ciri perkembangan bahasa dan sosial yang terbantut sebelum menjangkau usia tiga tahun. Dalam satu kajian , didapati hampir 30 peratus kanak -kanak autistik mempunyai tahap intelek yang normal. Ibu bapa kanak -kanak yang terlibat sering mengadu bahawa sejak peringkat bayi lagi , anak mereka tidak suka didukung atau dibelai dan gemar dibiarkan bersendirian. Bayi yang berusia tiga bulan biasanya sudah mula mesra dengan ibunya tetapi ini jarang -jarang dirasai atau dinikmati oleh ibu -ibu yang mempunyai anak -anak autistik. Bayi -bayi dari usia sembilan bulan keatas sudah gemar mengikut -ikut perkataan yang dilafazkan oleh ibu mereka tetapi kanak -kanak autistik jarang berbuat demikian. Ada sekumpulan kanak -kanak autistik yang didapati normal perkembangan mereka tetapi mula menunjukkan ciri -ciri autistik menjelang usia tiga tahun. Mereka dikatakan sudah boleh bercakapseperti kanak -kanak lain tetapi kebolehan ini kemudian hilang sama sekali.