Thursday, July 26, 2012

Mencari Pusat Terapi pertuturan.


PERTANYAAN...

"saya mempunyai seorang anak autism berumur 6 tahun. doktor mengesahkan anak saya autism minor. sekarang dia bersekolah di Persatuan Kanak2 Istimewa Ampang. Setiap bulan anak saya menjalani ST dan OT di HUKM. anak saya masih belum boleh bertutur secara lancar. dia cuma boleh bertutur 1 patah perkataan shj.tetapi dia memahami dan bole menerima arahan dgn baik. sekarang saya sedang mencari pusat terapi pertuturan swasta di sekitar cheras,ampang atau kajang(jika ada). terutama pusat terapi pertuturan yg dibuka oleh orang melayu @ Islam."

Sumber: Laman blog Admin KAA


RESPON AHLI KAA

Princess Rania Salam ank sya dulu pn lmbt ckp dah smpai 6 thn.dia pham ckp atau arahan tp tak nk berckp. Ha hu jer yg tau.last sya msukkan ke sek pasti bgtau kat cikgu tu apa msalah ank saya alhamdulillah berkat dia bersekolah di situ terus pdai ckp.skang dah 8 thn tak bleh berhenti plak berckap smpai kita suruh diam .mgkin ank begini perlu bergaul dgn kwn2 sebaya bru mereka ada keyakinan dlm diri.

Emy Liya hmm boleh tanya tak princess rania sekolah biasa ke hantar anak tu

Najeeb Èdward Abdullah saya bekas kanak2 autisme dan dyslexia. :-)

Dayang Hamisiah Awang Saridi Najeeb Edward Abdullah dah berapa umur?

Wahed Wahida sekolah pasti dmana yea...

Sunny Ocie Ocie anak i 7thn pun kalau cakap aaa.,oh no..je yg keluar!macam susah nak keluar..i ajar hari2 tetap je susah...kang sekolah kat seremban kat pusat jagaan horizon suasta punya...nak sekolah biasapun tapi kalau macam tu pun kena halau atau keluar!ni guru besar cakap...

Princess Rania Sya htar sek psti biasa cuma sya minta gurunya bri perhatian lebih atas keselamatan ank saya bersekolah di situ.mula memg ada msalh komunikasi tp lma2 ank sya dpt suaikan diri alhamdulillah.

Syaqila Yusof ank sy 4Thn dr 2 thn lansung x tahu bercakap..bwk jumpa ustaz asraf muslim kat titiwangsa,terapi ppum setiap minggu then rawatan akunpuntur hampir 8 bln terbaru rawatan gelombang..skrg alhamdulilah dah blh pangil mama papa. fish cat..lebh sepuluh perkataan dan dia cuba bercakap wlpn pelak sikit2...kite kena guna apa shj yang membantu pergerakkan otknya...sbl sek...arap dapat bercakp sepenuhnya...thn depan..amin..

Sunny Ocie Ocie boleh minta adress pak ustad tu lengkap?thanks

Emy LiyaNajeeb Èdward Abdullah sy kagum dgn awak :)

Najeeb Èdward Abdullah Salam, puan2..
Puan Emy, Puan Dayang Hamisiah,
Saya sekarang dah kertu dah, nak masuk 27.. hehehe!

OK, tadi borak2 dengan puan emy, dia tanya pasal saya,
yup, sy suspected autisme dan dyslexia.

dari umur 1-5thn, sy suspect autisme sbb jarang-jarang bercakap dan memberi respons kepada semua maklumbalas.

kalau nak cerita apa yang saya rasa---memang sure tak ingat,..tapi apa yang saya tahu, setiap hari, arwah abah, mak saya, abang2 dan kakak2 saya tak jemu2 "bercakap" (walaupun kadang2 membebel..hehehe) dengan saya... ---dengan susunan ayat yang skema. HEHE!

Saya mula bersekolah biasa dr umur 5 tahun, (umur 4 tahun dah diajar membaca walaupun tanpa respons), sekolah tadika biasa je.

Cuma masa start darjah 1 (6 tahun) saya mula diberi 'kelas-kelas tambahan' pada sesi petang sebab saya suspect dyslexia--kes sy, sy tak dapat beza huruf "b" dan "d", lemah 3M, dan masih lagi belum bertutur dengan baik.

Tapi, saya percaya, setiap anak2 autisme mahupun dyslexia mampu dan boleh rasa normal life---dengan layanan yang normal dari semua ahli keluarga.

kalau perlu marah, marah, jangan manja sangat.
kalau tak betul, kata tak betul, then ajar semula macamana nak betulkan keadaan.

*peace*

Najeeb Èdward Abdullah ‎*lagi satu tertinggal

jangan lah asingkan kanak2 ini dgn kanak2 lain...
kasi campur je---biar ada kes buli, tapi budak2 kan..biasalah...lama2 kanak2 mcm ni akan belajar bersosial dan bertutur dengan betul.

i knew because i'm one of them.


Puan Emy Liya--- hahaha..dah mcm kaunselor plak.

Sunny Ocie Ocie i haraqun anak saya boleh jaga diri sendiri kalau saya dan hb dah tak ada!!...

Lily Hashim Salam. Sy bw anak sy seminggu sekali OT dan ST di Urbane Euthos di Shah Alam. Dah 8 bulan...mmg byk kemajuan dr segi speech. Skrg dh boleh minta nak susu, cheese dan byk perkataan lain cuma masih 1 perkataan lah. Ni baru nk hantar ke tadika.

Lily Hashim Tmp terapi tu mmg milik org melayu, dr norizan...therapist pun malay semuanya. ..anak sy suka pergi therapy..

Bersambung.....

10 comments:

  1. Anak sy pun tak ckp walau dh 4 tahun cuma faham . Macam mana nk confirm autisme ke tak? Bawak jumpa paed atau apa?

    ReplyDelete
  2. Jumpa doctor PAKAR kanak2 samada di hospital kerajaan @ swasta. TAPI pastikan ada ciri2 autism...

    ReplyDelete
  3. anak saya masuk 3 tahun disember ni masih tak pandai bercakap, dia tahu some few words. Saya bawa ke Pusat Rawatan Islam AlHidayah dan rawatan alternatif kak Raw di Kuala Kubu Bharu. Dah masuk sebulan, nampaknya ada sedikit perkembangan . Sebelum ni, payah nak tidur malam, tapi berkat doa-doa yang diamal dan dicadangkan ada nampak kesan. Tidur malam pun dah ok walaupun memang kekadang kena paksa juga sebab salah satu ciri-ciri autisme ni , payah nak tidur malam. Saya dan suami paksa jer dia tidur tapi alhamdulilah ada perubahan.Sekarang tengah nak teruskan rawatan untuk pertuturan dia.

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah... teruskan usaha dan berdoa.

    ReplyDelete
  5. Anak saya 2tahun setengah. Boleh sebut hujung perkataan je. Semua perkataan yg kite sebut die akan sebut hujung je. Kalau kite cakap satu ayat pun, tetap die sebut suku kata hujung je. Adakah itu ciri autisme? Minta pendapat dari yang berpengalaman....

    ReplyDelete
  6. Rasanya tak... autisma langsung tidak bercakap pada peringkat awalnya. Lihat ciri2 lain. Eye Contact, pergaulan, tingkahlaku pelik dll.

    ReplyDelete
  7. salam..anak laki sy nk masuk 4thn. Xlancar bcakap(ckp byk tp bhs jerman+korea), susah nk dgr arahan (blur je memanjang), xreti duduk diam asyik tloncat2 je, pgang pensel pon xok lg tp pelik dia blh translate istilah bm ke bi. Sy mmg ajor die bm je. Ate ckp bese pon xlepas. dia blh trnslate shape dlm b i siap tau oktagon pentagon. doc pon xtau nk ckp camne. Ape kate komer....

    ReplyDelete
  8. salam..anak laki sy nk masuk 4thn. Xlancar bcakap(ckp byk tp bhs jerman+korea), susah nk dgr arahan (blur je memanjang), xreti duduk diam asyik tloncat2 je, pgang pensel pon xok lg tp pelik dia blh translate istilah bm ke bi. Sy mmg ajor die bm je. Ate ckp bese pon xlepas. dia blh trnslate shape dlm b i siap tau oktagon pentagon. doc pon xtau nk ckp camne. Ape kate komer....

    ReplyDelete
  9. Cuba hubungi Dr Aishah pakar kanak-kanak keperluan khas di talian 016-2252583. Beliau mempunyai sebuah pusat intervensi awal di Bandar Tasik Selatan. Anak saudara saya sudah nampak perkembangan positif slepas 3 bulan..

    ReplyDelete
  10. anak saudara saya dah 4 tahun tapi still x boleh bercakap..cuma boleh faham bila orang panggil nama je..bila check kat HUKM doktor ckp autisme tp bahagian pertuturan dan lemah daya kerja.masalahnye nak cari sekolah yang sesuai area berdekatan ampang..sesiapa yang boleh bagi any suggestion?

    ReplyDelete