Sunday, December 25, 2011

Faqihah bercuti

Tarikh: 23 -25 Dis 2011
Negeri dilawati: Perak, Selangor, KL dan Negeri Sembilan.

23/12/2011

Ziarah rumah atok di Kampung Lambor Kanan, Bota Perak.
Bermalam di rumah atok

Terdapat beberapa perubahan tingkahlaku yg biasa dilakukan apabila berada di rumah atok.

1. Tidak hiraukan kucing. Kebiasaanya dia akan bermain dgn kucing sepanjang masa berada di rumah atok.
2. Pergerakan kipas telah boleh dilakuan. Kebiasaannya Faqihah tidak membenarkan kipas berpusing.
3. Tidak kerap keluar-masuk rumah. Kebiasaannya akan kerap keluar-masuk rumah sehingga terpaksa pintu rumah atok dikunci sentiasa.
4. Bangun awal diwaktu pagi. kebiasaannya akan lewat bangun.
5. Tidak masuk bilik air. Kebiasaannya kerap masuk bilik air untuk bermain air.

24/12/2011

Bergerak ke selatan...

Faqihah pergi ke Aquaria di KLCC. Pertama kali Faqihah menjejak kaki ke sini. Kak Long dan Haziq pernah melawat Aquaria. Kak Long bersama rombongan tadika. Manakala Haziq bersama abah ketika rombongan pendidikan khas SMKSP 2009.

Hampir 2 jam berada di sana. Tiada masalah dr segi kawalan yang perlu dilakukan terhadap Faqihah.

Selepas Aquaria, kami bercadang nak pergi Petrosains tapi tiada kesempatan sebab dah tutup jam 5 petang.

Kami teruskan pergerakan ke selatan....bersambung.

No comments:

Post a Comment