Peluang untuk melawat sahabat - handai atau berekreasi sukar diperoleh kerana tumpuan perlu diberikan kepada anak autistik mereka. Aktiviti -aktiviti seperti membeli belah ,bersiar -siar pada hari cuti dan sebagainya mungkin sentiasa diselubungi oleh perasaan khuatir kalau -kalau anak mereka bertindak di luar kawalan.
Kanak -kanak autistik perlu diberikan banyak perhatian untuk memastikan agar keperluan mereka dipenuhi dan supaya mereka tidak menjadi bahan ejekan orang lain serta terdedah pada keadaan yang boleh membahayakan keselamatan. Ini sering menyebabkan ibu bapa yang terlibat mengalami ketegangan jiwa. Selalunya , mereka sukar mendapat bantuan orang lain untuk menjaga anak mereka terutamanya di saat -saat yang memerlukan. Lebih menyukarkan lagi jika anak sering berkelakuan ganas terhadap adik -beradiknya dan menyulitkan keluarga . Kelatihan mental boleh menggugat kesihatan mereka.
Adik -beradik kepada kanak -kanak autistik mungkin juga tidak terlepas daripada masalah emosi. Ada yang berasa malu untuk mempelawa kawan -kawan datang kerumah. Mereka juga mungkin berasa diketepikan oleh ibu bapa kerana perhatian lebih sering tertumpu kepada adik autistik mereka. Jiran -jiran yang tidak faham akan keadaan ini mungkin akan menjauhkan diri daripada keluarga berkenaan. Ada pula yang mungkin memberi komen -komen yang tidak membina dan menyinggung perasaan keluarga ini.
Ketegangan mungkin berlaku antara pasangan suami -isteri dalam usaha mereka mencari jaln untuk mengatasi masalah -masalah yang timbul sehingga boleh mengugat kestabilan rumah tangga mereka. Tetapi , apa yang menarik sekali pada saya ialah kebanyakan pasangan yamg mempunyai anak -anak yang autistik , terencat akal , spastik, pekak dan sebagainya tetap mempunyai ikatan perkhawinan yang kukuh. Pada pandangan saya , rasa tangungjawab serta perasaan kasih terhadap anak mereka mengatasi segala -galanya dan masalah -masalah yang dihadapi tidak dibarkan menggugat kestabilan rumah tangga mereka.
Cara mendidik dan mengatasi masalah -masalah yang timbul akibat daripada penjagaan kanak -kanak autistik tentu sekali berbeza antara satu keluarga dengan keluarga yang lain. Kanak -kanak itu sendiri mungkin mempunyai kemahiran atau bakat yang tertentu. Saya pernah bertemu kanak -kanak autistik yang berbakat dalam bidang muzik atau matematik , bijak menyusun jigsaw -puzzles serta menggunakan komputer atau mesin taip. Oleh itu , penilaian terhadap kanak -kanak autistik perlu merangkumi aspek -aspek riwayatnya yang terperinci , pemeriksaan fizikalnya yang teliti serta penilaian keupayaan intelek dan sosialnya. Kelemahan - kelemahan dan kekuatan -kekuatan yang ada pada dirinya perlulah dikenal pasti.
Ibu bapa perlu mengetahui kekuatan dan kebolehan yang dimiliki oleh anak -anak autistik mereka kerana ini akan memberi mereka harapan untuk meneruskan usaha mendidik dan mengasuh anak itu.
Rujukan: Dr Hamid Arshat
No comments:
Post a Comment