Thursday, December 29, 2011

Tugasanku 2012

Hasil daripada Mesyuarat Guru kali pertama pada 29/12/2011, Tugasanku pada tahun 2012 tidak membebankan jika dibandingkan tahun-tahun sebelum ini. Tumpuan boleh diberikan kepada akademik sepenuhnya terutama murid-murid pendidikan khasku yang akan menduduki PMR yang dijangkakan seramai 2 orang iatu Huzeir dan Mukunandas dan persiapan murid-murid yang akan menduduki PMR 2013. Disamping itu, tumpuan juga akan diberikan kepada projek lanskap dan Buletin Anugerah. Di antara tugasan utamaku 2012 ialah:

1. Guru mata pelajaran.
2. Guru Kokurikulum.
3. Ketua Guru 1M1S.
4. Guru penasihat KRS.

Di antara jawatan digugurkan ialah:

1. Guru penasihat Kelab Petanque.
2. Guru Penasihat Kelab Koperasi.
3. Guru Kelas.
4. Guru Mata Pelajaran PJK

No comments:

Post a Comment