Showing posts with label Kongsi Pengalaman mendidik anak Autisma. Show all posts
Showing posts with label Kongsi Pengalaman mendidik anak Autisma. Show all posts

Sunday, December 24, 2023

Cabaran membesarkan anak autisme.

Kisah ibu dengan anak Autisme.
1. Fynn Jamal (Arjuna Beta)
2. Zarina Zainuddin (Azal dan Azil)
3. Zaiton Husin (Nabil Fahmi)
4. Ainizal Abdul Latif (Rizqi)
5. Nor Syahirah (Nor Lana)
6. Pak Yoep (Faqihah) - Ditangguhkan.
Moga dapat dimanfaatkan pengalaman mereka.


Saturday, December 23, 2023

Tips untuk ibu kepada anak autisme

Saya berikan juga bbrp tips utk memudahkan hidup dan mengurangkan stres bila ada anak berkeperluan khas...sementelah saya ada 2 org anak autisme.

1. Buat short cuts dalam hidup

- beli baju dan tudung yang tak perlu gosok, ringkaskan menu makanan setiap hari - di rumah kami setiap minggu ada menu ayam bakar, sambal beli yang botol sahaja, tak perlu tumis sayur...makan salad sahaja.

2. Minimize contact dgn individu2 yg toxic.

Eg kalau mereka dekati kita...dengan sopan bergerak ke tempat lain. Saya pernah, dengar bunyi tapak kasut manusia toxic pun saya pusing ikut jalan lain. Dengan manusia toxic ni tak perlu engage langsung. Kalau dia komen, dengar sahaja... tak perlu bangkang... tak perlu beri hujah kita. Jangan sekali-kali cuba buat dia faham akan keadaan kita. Mereka takkan faham. Lebih baik jaga kesihatan mental kita.

3. Jangan sekali-kali overthinking.

Komen tentang anak kita ni...ramai org yg fikir mereka terpaling arif. Belum kena hidung mereka kan. So komen mereka...sebaiknya masuk telinga kanan keluar telinga kiri. 

4. Jaga hubungan kita dengan Allah.

Kita mungkin takkan faham kenapa Allah kurniakan anak2 yg sihat kepada semua org di sekeliling kita TAPI anak istimewa kepada kita. Sentiasa bersangka baik dgn Allah dan percaya He is the best planner 


Bila fikir balik, ada 2 petua yg saya terlupa share:


5. Jaga hubungan dgn suami

Ini kerana nak besarkan anak istimewa...lebih mudah berdua drpd keseorangan.

6. Adakan Me Time bila perlu.

Jangan fikir kita boleh jadi superwoman 24/7. Me Time saya: urut badan 2 jam...sebulan sekali, lunch/breakfast dgn teman yg memahami.


Sumber - FB Dr Hasnah Toran



Thursday, January 30, 2020

Tips Murid Bermasalah Pembelajaran

Tak Pasti KeBENARan & KeberKESANannya. Boleh dijadikan pedoman....just sharing. Jk dah cuba sblm ini boleh beri komen.

Tips untuk murid bermasalah....

Tips ini dikongsi bersama oleh Pn. Zarina Madzhar (Fasi LINUS) untuk murid yang menghadapi masalah:

1) LAMBAT MENULIS.
Penyelesaian- Dapatkan tilam/ sesuatu yang lembut dan suruh murid lompat bintang di atas tilam tersebut (sekolah selalunya ada tilam untuk Pendidikan jasmani; boleh digunakan)
Sebab: Bila tangan dihayunkan, ia menggerakkan otot-otot tangan...

2) MURID PELAT.
Penyelesaian: Suruh murid bergayut ( contohnya di monkey bar) sambil itu murid menyebut perkataan yang sukar disebut.
Sebab: Tekanan pada badan memaksa murid untuk mengeluarkan/menyebut perkataan yang disuruh dengan betul.

3) LAMBAT BERCAKAP.
Penyelesaian: Minta murid melakukan aktiviti turun naik tangga. Lakukan aktiviti meniup belon. Bubbles. Minum menggunakan straw.
Sebab: longgarkan artikulasi murid

4) TULISAN BURUK.
Penyelesaian: Beri murid pensil yang berbentuk segitiga.
Sebab: Mudah digenggam/grip oleh murid.

5) HIPERAKTIF.
Penyelesaian: Cari berus yang lembut, gosok pada badan murid tersebut.
Sebab: Murid hiperaktif mempunyai deria sentuh yang kurang.. bila disentuh dengan berus lembut, ia akan menenangkan murid tersebut.
Boleh cuba.

*just sharing..ibubapa adalah cikgu terbaik di rumah utk ank2..

@GayaSihatCantik

Wednesday, October 31, 2018

Pahit manis mendidik anak autisme

Wednesday, October 24, 2018

Wednesday, October 17, 2018

Sudut pandang ayah anak autisme

Sunday, June 10, 2018

Cara menjaga anak autisme


Autisme adalah sejenis penyakit gangguan psikiatri atau gangguan perkembangan yang melibatkan komunikasi dalam masalah sosial, samada perkembangan bahasa atau lambat berkembang.
Kebiasaannya kanak-kanak ini dilatih supaya boleh menguruskan diri sendiri. Petanda kesihatan anak yang menunjukkan gangguan samada mental atau fizikal secara tidak langsung ataupun sebaliknya
Selebriti terkenal Malaysia, Zarina Zainuddin telah membuka mata semua tentang penyakit ini kerana ketabahannya mendidik anak kembar autistiknya; Azal dan Azil.
Tantrum si abang (Azil) lebih payah dikawal berbanding adik. Si adik, Azal anak yang lebih lembut dan senang dikawal walaupun mempunyai autisme. Dia lebih peka dan pandai menguruskan keperluan diri dan orang lain tanpa disuruh.
Malah rajin membantu menyiapkan ibunya untuk bekerja setiap hari.
Anak autistik seperti anaknya tidak wajar dihantar ke sekolah biasa kerana pendidikan di sekolah biasa tidak sama dngan apa yang diajar di sekolah khas. Oleh itu, Zarina dan suami bertindak menghentikan sahaja persekolahan anaknya; Azal kerana tantrumnya lebih dahsyat berbanding adiknya.
Dia pernah dimarahi dan dihina oleh pengunjung restoran kerana anaknya bertindak meminum air pelanggan tanpa izin. Oleh itu, tindakannya sebagai ibu bapa harus meminta maaf terhadap mereka kerana mereka tidak pernah faham, kerana tidak mempunyai anak autistik.
Kerana anak yang dijaga selalu diberikan ubat penenang, beliau menghadkan penggunaan ubat penenang kerana ia memberi kesan yang buruk terhadap sistem badan. Zarina bertindak berani mengambil sebiji ubat penenag anaknya untuk merasa apa yang anaknya rasa jika diberikan ubat begitu.
Beliau rasa lemah, tidak boleh bergerak walaupun matanya tidak lelap pada mulanya. Kerana tidak mahu menyeksa anak sendiri, dia mengawal pemberian ubat itu terhadap anaknya walaupun tantrum anaknya akan menjadi lebih teruk jika tidak diberikan ubat.
Memecahkan pintu rumah, terjun atas katil sehingga roboh, pecahkan cermin kereta guna kepala dan terjun dari tingkat 2 rumah adalah perkara yang Zarina biasa hadapi semasa mengasuh anaknya.
Anak autistik haruslah dijaga sebagai "one to one care", perseorangan kerana anak istimewa ini memerlukan kesabaran yang tinggi untuk dididik dan perlu dibantu untuk menguruskan kehidupan sehariannya agar dapat berdikari.
Elakkan menyentuh atau merenung mereka kerana tindakan ini membuatkan mereka stress.
Perbanyakkan guna flashcard atau alat bantu mengajar yang wujud supaya mereka senang menterjemah gambar. Wujudkan suasana tenang dalam berkumpulan dan ini menyebabkan merkea berasa selamat dan yakin.
Zarina berpendapat, walaupun kita menjaga anak autistik dengan penuh perhatian, jangan pernah mengabaikan anak normal yang lain kerana mereka juga perlukan perhatian.
Tambahnya, dia juga perlu mencurahkan perhatian terhadap anak normalnya Naim dan Adam. Dia menambah, anaknya yang normal pernah merajuk dengannya kerana dia melebihkan abang-abangnya daripada mereka.
Oleh itu, bersikap adil adalah penting supaya semua pihak rasa dihargai dan anak normal yang lain memahami adik autistik yang lain.
Zarina menambah, menjaga anak istimewa ini memerlukan kesabaran yang tinggi. Kesukaran untuk mengawal motor mereka menyebabkan mereka tidak begitu menyerlah dalam ativiti sukan. Oleh itu, janganlah memaksa mereka bersukan.
Anak autistic juga tidak mampu mengendalikan emosi sendiri, sehingga mereka rasa keliru dengan apa yang mereka buat dan alami sehingga mengamuk sedahsyat perang. “Interpersonal skill” dan “soft skill” perlu digunakan untuk mengawal anak autistik.
Oleh yang demikian, kesungguhan adalah penting untuk mendidik mereka supaya menjadi lebih berdikari dan mampu menguruskan hidup sendiri apabila kehilangan orang tersayang nanti.
Autisme tiada ubatnya, ia hanya boleh dikawal dan mungkin berkurangan sehingga meningkat dewasa.
Semoga Zarina dan ibu bapa yang menjaga anak autistik ini terus tabah dalam mendidik mereka sehingga menjadi seorang yang berguna hari nanti.
Artikel dan gambar dipetik dari InTrend

Wednesday, June 21, 2017

Anak autisme perlu dilatih.


Kongsi pengalaman....

Kesukaran mendidik anak autisme mmg tidak dpt digambarkan. 

Saya terpisah dgn anak autisme sy selama 4 tahun sejak lahir dan hanya dpt jenguk paling lama 2 minggu untuk tempoh selang beberapa bulan akibat tugas sbg pjawat awam yg sukar utk mdpt kelulusan ptukaran tempat tugas. 

Spanjang anak berumur 4 tahun, hidupnya langsung tak ubah seperti kanak2 berumur 7-8 bulan, kencing, berak, berbogel sana sini dan sbg nya, (langsung tak terkawal), 

Namun selepas sy dpt bertukar dan tgl bersama mereka, skrg anak berumur 5 tahun lebih, telah pandai kencing di tandas dan pump,telah pandai simpan kasut d rak kasut, telah pandai tlg ambilkan remote tv dan simpan pinggan d dapur, dan bnyk lg semuanya saya latih dlm tempoh setahun sbg pcubaan n hasil positif. 

Kanak2 autisme ini yg sy sedar mmg tak boleh di ajar langsung, tetapi boleh di latih, 

Cara melatih tpaksa memerlukan kreativiti tersendiri sehingga kadang2 kelihatan spt saya melakukan perbuatan2 yg bodoh bg pandangan kanak2 normal.

Contohnya anak sy suka dengan api dan itu sgt membahayakan dirinya, sy tpaksa membuat contoh yg real spt membakar tangan sendiri bagi menunjukan bahawa api itu bahaya dan berlakon sperti mgalami ksakitan yg melampau kemudian memaksa anak pula memegang api itu untuk memberi rasa sakit itu kepadanya namun sy dapati respon anak selepas megenal api, bila2 masa nampk api, sy cuba tarik tangan dia dekat dgn api, dia akan berkeras sekuat yg boleh. slps itu dia tahu api itu hot n bahaya dan bgitu la seterusnya, 

Latihan tanpa henti sepanjang hari utk membantu dia mgenali bahaya yg terutamanya..

Sy ada cuba mhantar ke sekolah2 khas namun respon perubahanya masih lambat.

Saturday, June 17, 2017

Cikgu beri komen nagetif.


SOALAN PENGUNJUNG BLOG PAK YOEP

Selamat Petang saya Ada anak berumur 8tahun Dia kurang memberi tumpuan masa Cikgu mengajar Dan selalu Cikgu Dia memberi komen yang negatif ttg anak saya.cikgu Dia ckp anak saya tak nak menulis Ape yg Cikgu tulis Kat white board Dan Dia berkhayal mengacau Kawan. Keputusan bulan mac sangat merosot dari tahun lepas tapi Dia boleh fasih membaca buku adakah anak sy Ada masalah ape yg perlu saya buat sebagai ibu bapa

Thursday, June 15, 2017

Cerdik umur 4 tahun tapi ....


SOALAN PENGUNJUNG BLOG PAK YOEP


Assalamualaikum 

Ank perempuan saya agak cerdik 4thn da bole baca b.m, b.i...al quran.. 

Skrg 9thn.. Msalah dia xder kawan mgkn dia xpandai bergaul... 

Dia jgk pemalu.. Berckp pn masih pelat...


JAWAPAN

Tahniah! Selalu dedahkan anak ke tempat awam. Kerap bawa jumpa sepupunya. Perlu sering berinteraksi dengannya agar keyakinan diri wujud dalam diri anak.


Tuesday, June 13, 2017

Anak tiri lambat segala hal.


SOALAN PENGUNJUNG BLOG PAK YOEP


Assalamualaikum 

Sy ada anak tiri berumur 14tahun...

Sepanjang sy menjaganya anak sy ni ada masalah lambat dlm segala hal sampai dlm bab apa jua sy kne remaind dia byk kali cthnya sabun badan atau pun gosok gigi...

Dalam pelajaran memang tak memberangsangkan...

Lagi 1 anak sy ske tgk cerita aksi2 yg tak sepatutnya...

Sy nak tanya katogeri ni anak sy ni ada masalah ke? 

Dan patut ke sy ke sekolah untuk dapat kelas pendidikan khas??


JAWAPAN


Dicadangkan berjumpa dengan doktor pakar untuk pengesahan status anak agar tindakan susulan dapat dilakukan. Doktor juga akan berikan cadangan untuk ditempatkan ke kelas pendidikan khas atau tidak. Tiada masalah ditempatkan ke kelas pendidikan khas walaupun dah berumur 14 tahun.


Sunday, June 11, 2017

Klinik?


SOALAN PENGUNJUNG BLOG PAK YOEP

Àsalam, 

Sy ada anak lelaki berumur 8 tahun.nampak seperti normal tetapi aktif. 

Bl membaca buku / iqra ' tangan atau kaki akan digoyang2 sebab bhgn bdn dah tak dibenarkan bergerak. 

Bila diminta lakukan sesuatu lambat respond.bila bercakap dengan dia seperti kita tak diendahkan. 

Badan kurus dan makan agak memilih.

Keupayaan untuk.menghafal agak perlahan dan selalu mengadu tiada kawan di sekolah.

Sebelum ni berada di kelas pemulihan kerana tidak boleh membaca.tp sekarang sudah boleh membaca selepas kami hantar tuition. 

Perlu ke saya bawa ke klinik untuk pemeriksaan.


JAWAPAN

Bedasarkan cerita di atas... anak ada ciri autisme. Tidak kritikal. Lihat perkembangannya. Jika boleh berada di arus perdana. Biar kekal di sana. Tidak perlu pemeriksaan doktor. Tiada keperluan.



Friday, June 9, 2017

Autismekah adik iparku?


SOALAN PENGUNJUNG BLOG PAK YOEP

Aslkm.. 

Sy mempunyai adik ipar dan sy tidak pasti dia dlm kategori autism or bkn.. 

Skrg dia berusia 14thn. 

Menurut suami adik minat belajar namun peperiksaan tidak pernah lulus. 

Selepas tamat darjah 6. ibu mertua tidak lagi mahu menghantar kesekolah. 

Sy tidak pasti tindakan ibu mertua untuk melindungi anaknya dr dibuli disekolah atau lain2 kerana ibu mertua pernah bercerita anaknya sering dibuli disekolah. 

Namun ape yang merisaukan sy.. adik sering marah suami sy(abg dia) tanpa sbb munasabah seperti marah terlanggar selipar dia, tersentuh kipas.. dan pandai juga menipu seperti berkata ibu mertua tak bagi sy masak ini or itu.. 

Walhal hal ini ibu mertua tidak pun berkata seperti itu dan meminta sy tidak mempedulikan apa2 yg dikatakan oleh adik kerana tidak betul. 

Adik juga suka bercakap sendirian..dan adik jugak lurus dalam melakukan sesuatu jika diminta dia membuat sesuatu..

Adakah berkemungkinan dia akan menjadi lebih teruk? kerana setiap hari kami semua pergi bekerja, dan hanya dia tinggal seorang dirumah..adakah bahaya untuk dirinya..? 

Aktiviti harian dirumah hanya menonton tv (cerita karton kanak2), tido, basuh baju, lipat baju.. yg merisaukan sy juga,, 

Sy dan suami akan berpindah, kakaknya akan ke Universiti, tinggal dia dan ibu mertua yg masih berkerja.. 

Adakah kemungkinan apabila meningkat dewasa lagi.. dia akan faham dunia luar? kerana pergaulan dia hanya terbatas pada keluarga dan sedara mara.


JAWAPAN

Tindakan tidak menghantar ke sekolah oleh mak mertua adalah tindakan tidak wajar dan salah dari sisi undang-undang yang boleh didakwa dimahkamah.

Tindakan meninggalkan anak autisme di rumah sendirian dengan kadar masa yang lama juga tidak wajar. Mungkin ada ada sesuatu tindakan anak autisme yang sukar dijangka boleh membahayakan dirinya.

Adik ipar wajar didedahkan bersosilisasi. Bergaul dengan ahli masyarakat. Perlu bersekolah. Masih boleh diterima masuk ke kelas pendidikan khas walaupun telah lama tidak bersekolah. 

Dapat menimba ilmu. Persiapan untuk mengharungi masa depan nanti. Penerangan perlu diberikan kepada ibu mertua (peranan suami).

Wednesday, June 7, 2017

Kemerosotan teruk dalam akademik.


SOALAN PENGUNJUNG BLOG PAK YOEP

ASSALAMUALAIKUM.. anak sy pandai membaca seawal umur 4 thn.. sekarang umur 11 tahun tapi sifat keanak-anakan nya masih tebal dalam dirinya.. sy kecewa pembelajarannya semakin hari semakin merosot. sy amat sedih setiap tahun semakin menurun.. cara bercakap pun menunjukan dia masih belum sesuai dengan umurnya yg meningkat remaja.. dahulu dia seorang yg pandai jugak la tp apa yg merisaukan sy.. adalah kemerosotan pembelajran yg sangat teruk.. langsung tidak menunjukan minat belajar.. sy risau tahun hadapan dia akan menduduki upsr.. apa yg perlu sy lakukan 


JAWAPAN

Wsalam. Berbincang dgn gurunya,,, apa punca kemerosotan tersebut. Ambil tindakan yang perlu untuk atasi masalah yang ada. Jika perlu hadir kelas tambahan mulai sekarang atau home tuition jika terpaksa untuk subjek tertentu.

Monday, June 5, 2017

Perlukah anak ke kelas khas?


SOALAN PENGUNJUNG BLOG PAK YOEP

Assalammualaikum....akhirnya saya jumpa di mana ruangan yang sy boleh kongsikan masalah saya...Sebenarnya sehingga kini saya masih yakin yg anak saya normal macam anak2 lain walaupun yg nyata anak sya adalah anak yang istimewa. Kalau nak cerita pasal anak saya memang tak habis,kerana tumpuan saya 100% pada dia.Skrang ni anak saya berumur 6 tahun dan bersekolah di tadika..Cikgu tadika ada sarankan saya agar anak saya bersekolah di sekolah khas.Tp setakat ni sya rasa Tak perlu,Cikgu cakap anak saya tak boleh beri tumpuan waktu belajr dan dia tidak boleh ikut cara pembeljaran..Anak sya menghidap penyakit sawan dimana dia memerlukan ubat untuk mengawal sawan dia.Sehingga sekarang dia tak mampu menulis walaupun huruf yang senang..setakat ini dia hanya mampu membuat bentuk bulat sahaja.Apabila kita ajar dia belajr dia tak tumpukan pada pembelajaran...Sya betul2 berharap agar anak saya dapat belajar seperti kanak 2 normal yang lain..


JAWAPAN

Berdasarkan maklumat yang tuan/puan berikan. Adalah wajar anak tuan/puan ditempatkan di kelas khas. Guru-guru akan dapat memberikan tumpuan/perhatian kepada anak tuan/puan. Mereka mempunyai kepakaran menghadapi kanak-kanak seperti anak tuan/puan. Sekiranya anak tuan/puan terus berada di tadika biasa, mungkin anak tuan/puan akan terus ketinggalan dalam akademik. Jika berada di kelas khas tidak semestinya selama-lamanya berada di kelas khas. Sekiranya anak tuan/puan dah ada kemajuan maka boleh ditempatkan ke kelas biasa semula.



Monday, April 3, 2017

Autisme - Jangan pendam rasa

Saja nak sharing semula post saya pada tahun lepas...... 

biarlah apa orang lain mahu kata saya ni parent yang fanatik tentang autism 


sedangkan sebenarnya sikap fanatik inilah berlakunya proses pembelajaran 


dan mengumpul ilmu di dada dalam mencari pelbagai kaedah terbaik untuk mendidik dan memberi tunjuk ajar khas untuk anak2 kita 


tidak kiralah dia autism atau tidak. 


Walaupun anak kita autism jangan lupa simpan dilubuk hati dan minda sebenar dia juga anak yang normal 


cuma Yang Maha Kuasa bagi dia sedikit kelebihan yang hanya kita saja dapat merasakannya tidak pada orang lain 


dan kelebihan mendidik dua kaedah cara mendidik anak normal dan anak autism 


"BERAT MATA MEMANDANG BERAT LAGI BAHU MEMIKUL" 


biar mengeluh, biar menangis, kontrol marah dan geram, sabar, senyum, riang ketawa tapi jangan pernah putus asa 


setiap masalah InshaAllah ada jalan penyelesaiannya.... 


berkongsilah masalah pengalaman kita jangan pendam jangan simpan dihati nanti kita yang stress..


setengah orang kata gila, mental sickness, naik uri atau meroyan.....


kita masih ada famili, rakan2 dan banyakkan berdoa minta pada Maha Kuasa selepas menunaikan solat sebab itulah senjata yang paling utama dan paling mujarab.


Sumber - Posts to Page KAA

Monday, January 9, 2017

Tolonglah cikgu

Seorang ibu ingin memindahkan anaknya ke kelas pendidikan khas (ppki) lain setelah tiada perubahan ke atas anaknya di ppki sekarang setelah 3 tahun berada di sana. 

Walaupun lokasi tempat tinggal jauh dari lokasi ppki yang ingin dipindahkan, ibubapa berkenaan sanggup berkorban demi masa depan anaknya. Sesuatu yang tidak pasti, ibu berkenaan ingin mencuba di ppki yang dilaporkan telah memberikan perkhidmatan terbaik untuk anak-anak istimewa. 

Bukan saja ibu berkenaan, malah kami juga telah bertindak sedemikian semasa Faqihah berada di tahun pertama di sekolah rendah. Sekolah Faqihah bersebelahan dengan tempat kerja tetapi terpaksa memindahkan Faqihah ke sekolah lain setelah tiada perubahan berlaku ke atas Faqihah. 

Dalam pengamatan Faqihah diabaikan kerana keaktifannya yang dilihat dengan mata sendiri tindakan yang tidak sewajarnya dilakukan oleh pihak sekolah. 

Diharap guru-guru pendidikan khas, kami ibubapa anak istimewa ini amat mengharapkan sesuatu yang terbaik untuk anak kami.

Tolonglah cikgu....mereka tidak diminta menjadi seperti itu.

Friday, November 25, 2016

Kerisauan dan Doa seorang ayah


Kadang2 bila terfikir ttg XXXX (anak istimewa autism), 

Ape akan jd kpd dia jika kami selaku mak ayah dia meninggal...

Siapa dan boleh kah yg ada menjaga XXXX

Berdasarkan 1 pengalaman baru2 ni, ada seorg OKU bekerja sebagai guard dan berumur lingkungan 50an, mati seorg diri tanpa mendapat layanan atau kebajikan sebaiknya ketika guard tersebut masih hidup. 

Tempat tinggal sebuah bilik kecil di sudut di belakang rumah arwah mak ayah beliau, bertilamkan tilam arwah mak, disisihkan adik beradik, dilarang mendapat rawatan kesihatan yg sewajarnya oleh adik beradik, gaji beliau diambil abg, belanja mkn mendapat ihsan org lain yg mengenali beliau. 

Sehingga, apabila beliau mati pun, kematian beliau disenyapkan oleh adik beradik. 

Sadisnya kisah seorg anak OKU yg benar2 berlaku didepan mata saya. 

Utk XXXX anak ku, sesungguhnya abi dan umi risau sgt perkara sedemikian berlaku kpd XXXX, setakat ini belum ada lg yg abi dan umi nmpk yg ade menyayangi XXXX sepenuh hati...

Abi dan umi hanya mampu berusaha setakat yg ada dan berdoa serta terus berdoa demi arif. 

Mudah2an Allah memudahkan hidup XXXX selepas ketiadaan kami. 

Mintak dijauhkn segala perkara yg tidak baik berlaku kpd XXXX

Ya Allah, hanya Engkau mengetahui kerisauan hati kami...mudahkan lah hidup anak istimewa kami slps ketiadaan kami nnti..

Jauhkan lah segala hasad dengki, tamak haloba org ke atas, 

Hatta adik beradik XXXX serta sepupu yg ada. 

Kpd Mu aku berserah Ya Allah. 

Yang benar, 


XXXXXXXXXXXXXXXXXXXX
Kuantan, Pahang
15 Nov 2016 

Monday, June 6, 2016

Latih anak autisme berpuasa

Bila saya beritahu kawan sy yg saya ambil cuti 5 hari minggu ini utk latih anak berpuasa, komennya 'eh masuk tv cakap ttg mengajar anak istimewa berpuasa tp anak sendiri pun belum berpuasa?' Hanya kerana saya 'masuk TV' tidak bermakna segalanya mudah bagi saya sebagai seorang ibu kepada anak2 istimewa. Sy sambung belajar dalam bidang ini kerana saya rasa perlu mencari jalan untuk membantu anak2 istimewa di negara kita. dan bagi diri saya sendiri pengajian ini adalah seumur hidup, anak2 kita akan sentiasa melalui fasa2 baru yg membawa cabaran2 baru. Namun apa yg saya cakapkan di dalam TV ritu, itu lah yg saya sedang praktikkan dgn anak istimewa sy: beri galakan, beri sokongan, beri ganjaran, tak penat2 explain knp perlu puasa. Mungkin sy berbeza dari org lain yg berpendapat yg anak2 mereka superkids jika mula berpuasa penuh pada usia 5 thn (life is not a racelah!) Wajib puasa bila akil baligh, maka setiap tahun saya akan cuba tingkatkan keupayaan anak saya berpuasa, dikit demi dikit... yg pentingnya ISTIQAMAH! Update: nampak gayanya thn ini lebih baik dari thn lepas. Tapi pkl 1040 pg dah dtg bertanya "What about foooood?" Nasib baik ada kakak yg sedang bercuti dari asrama utk distract dia. Td pkl 245 pula datang dgn muka sedihnya... terus sy gunakan 'senjata utama': Adik nak apa? Adik nak pizza? Dengan senyum lebar dia jawab: Nak! Nak!. Sy: Pkl brp kita makan piza? Dia: Pkl 2! (Wah! dia dah faham ttg konsep waktu) Sy: Nooo...pkl 7 (terus sedih muka dia) Skrg pkl 2...lg brp jam kita nak makan piza? (Dan kami pun mengira brp jam perlu tunggu utk mkn piza). Harap2 dpt lah dia puasa seminggu ini. Minggu depan sekolah buka, buat game rules lain pula. Tp nmpknya minggu ni rabaklah poket kami, rini piza, esok kfc, lusa entah apa lagi fave food dia yg nak digunakan sebagai ganjaran. Dear parents, kita cuba yg terbaik, berjaya atau tidak, utk usaha dan niat kita insyaAllah ada ganjaran dari Nya. Amin.

#cp@hasnahtoran

Tuesday, May 3, 2016

Ragam anak autisme lepas cuti sekolah.

Lepas cuti ni biasa susah sikit pujuk anak masuk sekolah balik..boleh share x cara ibu bapa kt sini pujuk anak..arini adam ponteng..ayah dia ugut.".x sekolah x boleh ikut ayah keluar rumah..dia cakap"ok duduk rumah"..ayah dia keluar rumah dia rilek jer dok dlm bilik..hmm..camne ye..😔

Di atas adalah situasi yang sering dihadapi oleh ibubapa yang mempunyai anak-anak autisme.

Kebiasaannya, jika dihantar ke sekolah, mereka akan tantrum yang sukar untuk dikawal oleh sesiapa. 

Apakah yang wajar dilakukan untuk mengatasi masalah ini.

Terdapat beberapa cadangan daripada laman FB Kelab Anak Autisme kendalian pak yoep.