Monday, June 6, 2016

Latih anak autisme berpuasa

Bila saya beritahu kawan sy yg saya ambil cuti 5 hari minggu ini utk latih anak berpuasa, komennya 'eh masuk tv cakap ttg mengajar anak istimewa berpuasa tp anak sendiri pun belum berpuasa?' Hanya kerana saya 'masuk TV' tidak bermakna segalanya mudah bagi saya sebagai seorang ibu kepada anak2 istimewa. Sy sambung belajar dalam bidang ini kerana saya rasa perlu mencari jalan untuk membantu anak2 istimewa di negara kita. dan bagi diri saya sendiri pengajian ini adalah seumur hidup, anak2 kita akan sentiasa melalui fasa2 baru yg membawa cabaran2 baru. Namun apa yg saya cakapkan di dalam TV ritu, itu lah yg saya sedang praktikkan dgn anak istimewa sy: beri galakan, beri sokongan, beri ganjaran, tak penat2 explain knp perlu puasa. Mungkin sy berbeza dari org lain yg berpendapat yg anak2 mereka superkids jika mula berpuasa penuh pada usia 5 thn (life is not a racelah!) Wajib puasa bila akil baligh, maka setiap tahun saya akan cuba tingkatkan keupayaan anak saya berpuasa, dikit demi dikit... yg pentingnya ISTIQAMAH! Update: nampak gayanya thn ini lebih baik dari thn lepas. Tapi pkl 1040 pg dah dtg bertanya "What about foooood?" Nasib baik ada kakak yg sedang bercuti dari asrama utk distract dia. Td pkl 245 pula datang dgn muka sedihnya... terus sy gunakan 'senjata utama': Adik nak apa? Adik nak pizza? Dengan senyum lebar dia jawab: Nak! Nak!. Sy: Pkl brp kita makan piza? Dia: Pkl 2! (Wah! dia dah faham ttg konsep waktu) Sy: Nooo...pkl 7 (terus sedih muka dia) Skrg pkl 2...lg brp jam kita nak makan piza? (Dan kami pun mengira brp jam perlu tunggu utk mkn piza). Harap2 dpt lah dia puasa seminggu ini. Minggu depan sekolah buka, buat game rules lain pula. Tp nmpknya minggu ni rabaklah poket kami, rini piza, esok kfc, lusa entah apa lagi fave food dia yg nak digunakan sebagai ganjaran. Dear parents, kita cuba yg terbaik, berjaya atau tidak, utk usaha dan niat kita insyaAllah ada ganjaran dari Nya. Amin.

#cp@hasnahtoran

No comments:

Post a Comment