Monday, December 19, 2011

Adakah autisma sering berlaku ?


Seorang kanak-kanak berusia empat tahun yang dikatakan menunjukkan ciri-ciri autisma teklah dibawa kelinik saya. Tetapi, saya dapati dia boleh menumpukan perhatian dan mengikut arahan saya. Perkembangan bahasanya terbantut dan dia hanya boleh bercakap sepatah dua sahaja. Tetapi, dia faham jika disuruh menunjukkan gambar burung , ayam, kapal terbang, kereta dan sebagainya. Tingkah lakunya dirumah, ditadika dan diklinik berbeza. Adalakanya, dia suka bermain seorang diri sehingga berjam-jam lamanya. Dia tidak tahu bergaul dengan kanak-kanak lain.

Bilangan sebenar kanak -kanak yang menghidap autisma dinegara ini sukar didapati kerana kadangkala , ciri -ciri yang digunakan untuk mengenali kanak -kanak autisma berbeza di kalangan para penyelidik. Walau bagaimanpun , adalah dianggarkan terdapat empat orang kanak -kanak autistik bagi setiap sepuluh ribu kanak -kanak. Mereka mempamerkan ciri -ciri kanak -kanak autistik yang sebenar : suka bersendirian , tidak boleh bergaul langsung dengan kanak -kanak lain , menunjukkan tingkah laku aneh dan tidak boleh menggunakan atau memahami bahasa. Tetapi , ada ramai juga kanak -kanak yang tidak menunjukkan kesemua ciri -ciri yang disebutkan ini. Kes berikut menyokong pendapat ini.

Dari pengalaman saya , ramai lagi kanak -kanak yang menunjukan ciri -ciri autisma tetapi tidak sepenuhnya. Kanak -kanak dalam golongan ini juga perlu dikenal pasti supaya program pemulihan dapat diaturkan segera. Dengan latihan khas , mereka boleh menunjukkan perubahan tingkah laku yang diharap -harapkan. Yang anehnya , penyakit autisma ini sering terdapat di kalangan kanak -kanak lelaki. Dari seramai 40 kanak -kanak autistik yang pernah saya temui , hanya empat orang sahaja kanak -kanak perempuan. Autisma boleh berlaku di kalangan kanak -kanak dari semua bangsa dan kedudukan sosioekonomi walaupun suatu masa dahulu ada yang menyatakan bahawa kanak -kanak autisma sering terdapat di kalangan keluarga -keluarga profesional.

Persatuan Kebangsaan Autisma Malaysia sahaja mempunyai hampir 80 kanak -kanak autistik yang berdaftar (Bukan data terkini). Saya percaya masih ramai lagi kanak -kanak autistik yang tidak diketengahkan untuk dikenal pasti. Besar kemungkinan juga , para profesional sendiri kebanyakannya kurang berpengalaman tentang autisma atau tidak dapat meluangkan masa untuk menilai kanak -kanak autistik ini. Kanak -kanak ini mungkin dikatakan rencat akal , bisu , pekak dan sebagainaya.

Rujukan : http://home.hamidarshat.com

No comments:

Post a Comment