AUTISMA

'belum dikemaskini'

Assamualaikum wbt dan Salam Sejahtera.

Atas kesedaran berdasarkan pengalaman sendiri yang tidak mengetahui tentang autisma maka dipaparkan di sini beberapa perkara yang perlu diketahui oleh ibubapa yang
mempunyai anak autisma. Semoga ianya dapt dijadikan pedoman dalam memberikan didikan terbaik kepada anak2 autisma masing-masing. Di antara perkara2 yang perlu diketahui ialah:

1. Apakah Autisma.
2. Ciri-ciri autisma.
3. Mengenali kanak-kanak autisma.
4. Cara mendidik anak2 autisma.


APAKAH AUTISMA

Autistik atau Autisme merupakan 'kecacatan' seumur hidup yang berlaku terhadap kanak-kanak sejak kecil lagi. Masalah ini terlalu sukar dihadapi bukan sahaja kanak-kanak itu malah termasuk juga keluarga kanak-kanak itu sendiri malahan masyarakat pun turut terkena tempiasnya. Autisme merupakan masalah komunikasi yang tersekat laku. Maksud tersekat laku ialah kanak-kanak Autisme akan menunjukkan tingkah laku yang tidak sesuai dengan peringkat umur mereka malah melakukan pekara diluar jangkaan kita. Contohnya kanak-kanak sebelas tahun akan menunjukkan tingkah laku mengamuk seperti kanak-kanak tiga tahun ataupun kanak-kanak tersebut akan memegang sesuatu permainan dan menguis permainan tersebut sehingga hancur atau rosak.

Simptom-simptom yang dapat di lihat :

1. Perasaan sayang yang keterlaluan kepada objek.

2. Mereka sukar untuk menerima pembelajaran yang biasa di ajar untuk kanak-kanak normal.

3. Tidak berhubungan mata (no eyes contact), dalam komunikasi.

4. Mereka tidak mahukan perbezaan dalam hidup seharian.

5. Tingkah laku mereka kadang kala berbeza, ada individu yang terlalu aktif dan ada yang sebaliknya.

6. Kerap mengulangi perkataan yang sama berulang kali.

7. Perasaan marah, sedih dan suka yang sukar di kawal. Menangis, marah dan ketawa tanpa sebab.

8. Memutar dan menggoyangkan barang.

9. Tidak dapat mengawal keseimbangan fizikal.

10. Mendengar tetapi berkelakuan seperti orang pekak.

11. Hanya menunjuk dengan jari apa yang dihajati.

12. Tidak takut dan mengenali benda yang berbahaya.

13. Sukar untuk bergaul dan menyesuaikan diri dengan kanak-kanak lain.

14. Tidak suka di peluk atau di dakap.(sentuhan)

15. Lebih gemar bermain dengan permainan yang luar biasa iaitu tidak suka kepada permainan yang kebiasaan kanak-kanak lain main. Contoh berminat kepada plastik.

16. Dapat merasai kesakitan tetapi tidak menunjukkan reaksi sakit.

18. Mendapat gangguan ketika tidur.

19. Perlakuan yang bongkok.


CIRI-CIRI AUTISMA

> Tidak menghiraukan orang lain

> Kelihatan tidak sensitif pada keperluan, perasaan dan pemikiran orang lain

> Tidak mahu bertentang mata atau menunjukkan ekspresi muka apabila bercakap

> Tidak suka sentuhan (tidak mahu dipeluk atau dipegang)

> Susah bekerjasama, berkongsi atau menunggu giliran

> Lebih suka bermain sendiri

> Tidak berminat dalam permainan yang perlu menggunakan imaginasi

> Lambat bercakap

> Mempunyai masalah bercakap dan memahami percakapan orang

> Tidak boleh berkomunikasi dengan baik

> Bercakap dalam nada pelik seperti menyanyi atau bercakap macam robot

> Sukar memulakan percakapan. Kalau berbual hanya satu pihak (hanya mereka yang bercakap)

> Mungkin mengulang perkataan sama, tetapi tidak faham maksudnya

> Kanak-kanak autisme dengan sindrom Asperger menggunakan bahasa rasmi dan bercakap seperti orang dewasa

> Suka melakukan perkara sama (berulang) dan tidak mahu menerima perubahan

> Menunjukkan minat pelik, contohnya terhadap peta, peralatan elektronik atau roda kereta mainan berpusing dan memutar objek

> Sangat sensitif terhadap rasa, bau dan bunyi yang menyebabkan mereka menunjukkan perlakuan di luar kawalan

> Mempunyai pergerakan badan yang pelik dan melakukannya berulang-ulang

> Tidak boleh duduk diam

> Menunjukkan keinginannya dengan tangan orang lain (dewasa)

> Suka mengasingkan diri — biasanya kekecewaan ditunjukkan melalui tindak balas negatif seperti mengamuk, marah-marah, agresif

> Bersikap pasif — tidak faham keadaan semasa dan tidak boleh membezakan keadaan baik dan buruk

Nota:  Cara mendidik anak autisma...Sila rujuk post berkaitan






AUTISME (WIKIPEDIA)

Autisme merupakan kecacatan perkembangan tegal (Bahasa Inggeris: pervasive developmental disorder) yang melibatkan fungsi otak. Autisme dianggap sebagai sejenis kecacatan neurologi dan bukan kecacatan psikiatris (Bahasa Inggeris: psychiatric disorder) mudah, walaupun ciri-ciri biasa termasuk masalah dengan perhubungan sosial, dan komunikasi emosi, dan juga pola biasa berkaitan dengan minat, aktiviti dan perangai. Autisme juga melibatkan masalah dengan integrasi deria. Biasanya, autisme kelihatan pada usia awal tiga tahun. Dianggarkan bahawa autisme membabitkan dalam 2 hingga 6 kes setiap 1,000 orang, dan autisme 4 kali lebih kerap dalam kanak-kanak lelaki berbanding perempuan (dari "Autism Society of America": http://www.autism-society.org/site/PageServer ). Autisme lebih kerap dikalangan lelaki berkulit putih.

Pada masa kini, autisme boleh dirawat tetapi tidak dapat dipulihkan. (Walaupun terdapat organisasi bergelar Sembuhkan Autisme Sekarang "Cure Autism Now"). Diagnosis dan latihan awal amat penting bagi perkembangan masa hadapan kanak-kanak.

Sindrom Asperger dipercayai sebagai bentuk autisme fungsi tinggi, tetapi ini bukanlah sentiasa benar. Perbezaan utama antara sindrome Kanner, dengan autisme klassik, dan sindrome Asperger adalah Asperger tidak mempunyai kelewatan jelas dalam pertuturan, dan kecergasan adalah biasa atau lebih. Dalam autisme Kanner terdapat kelewatan jelas dalam pertuturan dan biasanya mempunyai kecergasan rendah dari kebiasaan . Autisme Kanner dengan IQ<80 dirujuk sebagai "fungsi rendah autisme", sementara sindrome Kanner dengan IQ>80 dikenali sebagai "autisme fungsi tinggi".

Pandangan lain mengenai kecacatan ini adalah autisum adalah berterusan on a continuum, dengan itu boleh juga dikenali sebagai masalah spektrum autistik autistic spectrum disorder. Masalah berterusan ( continuum ) lain yang berkait adalah Kegagalan Integrasi Deria ( Sensory Integration Dysfunction ) yang berkaitan dengan bagaimana cara kita menyelaras maklumat yang kita terima daripada deria kita. Autism, Sindrom Asperger, dan Kegagalan Integrasi Deria adalah berkait rapat dan saling bertindan.

Sesetengah individu yang berjaya dipercayai mengalami autism pada peringkat tertentu. Bagaimanapun, autism lebih kerap di dapati pada individual yang mempunyai permasalahan pembelajaran learning disabilities.

Terdapat dua jenis autism utama, autism regresif dan autism awal bayi ( early infantile autism ). Autism awal bayi hadir semasa kelahiran sementara autism regresif bermula ketika berusia 18 bulan.

Terdapat lonjakan dalam kes yang dilapurkan sedunia tentang kes autism pada 10 tahun terakhir. Terdapat banyak spekulasi mengenai mengapa ini berlaku, tanpa sebarang bukti khusus yang menyokong theori tertentu. Bagaimanapun, kajian telah menolak spekulasi bahawa peningkatan ini disebabkan oleh peningkatan dalam kaedah diognistik.

Pada abad terakhir, populasi di Amerika Syarikat meningkat 13%. Terdapat peningkatan dalam kecacatan tidak berkait dengan autism sekitar 16%. Peningkatan kadar autism pula adalah 173%.

Beberapa perkara perlu disebutkan di sini adalah:

fenomena idiot savant kadang-kala dilihat pada mereka yang mempunyai autism

autism, asperger semakin kerap dianggap sebagai keupayaan masyarakat yang berterusan ( continuum of social capability ).

penyelidikan terkini (kontrovesi) di UK mencadangkan kemungkinannya terdapat kaitan antara autism dan vaksin MMR

analisa autism sebagai kebutaan minda ( mind blindness" ) -- ketidak mampuan mencipta model fikiran orang lain. Contoh biasa adalah "where does X look for the object they stored, but which was moved by Y" -- see theory of mind

terdapat dakwaan terkini bahawa autism kemungkinannya didorong oleh keracunan logam berat/logam raksa (tiada sokongan dalam penulisan perubatan utama.?)

increasingly common claims of sucessful treatment of autism in children with the gluten-free, casein-free diet & mercury chelation therapy

RDI is a treatment program targeting the core social/relationship deficits of autism

Both Oliver Sacks and Torey Hayden have written about their autistic patients or pupils, respectively. Temple Grandin has also written about her own life. Donna Williams (Autism:an inside-out approach, ISBN 1-85302-387-6) gives an interesting perspective on the experience of the person with autism.

Sumber: http://ms.wikipedia.org


KELAB ANAK AUTISMA

Di atas kesedaran betapa kesukaran yang aku tempuhi sepanjang mendidik Faqihah semasa kecil kerana ketiadaan informasi berdasarkan pengalaman sebenar yang berbeza drp teori2 yang boleh diperolehi internet, maka aku wujudkan laman Kelab Anak Autisma untuk rujukan rakan2ku yang mempunyai anak2 autisma.

Diwujudkan pada 19 April 2010 dalam laman Facebook atas kesedaran bahawa kesukaran untuk ibubapa yang mempunyai anak2 autisma untuk mendapatkan maklumat terutama berdasarkan pengalaman mereka dalam mendidik anak2 autisma.

Bertujuan untuk kongsi pengalaman keluarga yang mempunyai anak berkeperluan khas dalam kategori Autisma.

Jumlah keahlian terkini ialah seramai 1397 orang yang terdiri drp 26 buah negara (6/2/2012)

Keahlian terkini dah melebihi 4000 orang (Disember 2013).

Laman FB: http://www.facebook.com/pages/KELAB-ANAK-AUTISME/115147895176996

No comments:

Post a Comment