Friday, December 16, 2011

Sajak buat anak istimewa

Sajak ini telah lama kutulis. ( Mei 2007) Ia adalah suara hati seorang kanak-kanak istimewa yang bermasalah CP dan bermasalah pertuturan . Dia telah boleh membaca dan menulis dengan baik. Tetapi disebabkan masalah yang dihadapinya dia sering diketawakan oleh rakan-rakan apabila bercakap.


Sajak buat anak istimewa


JIKA DIBERI PILIHAN

Jika diberi pilihan,

Inginku capai langit gembira,

Jika diberi pilihan,

Ingin kuselam laut sempurna,

Jika diberi pilihan,

Inginku telan penawar kasihan,

Buat mengubat bisa hati tak tertahan.

Pun begitu,

Setiap kali,

Inginku capai langit gembira,

Hujan duka mencutah-curah,

Setiap kali,

Ingin kuselam laut sempurna,

Duka ketidak upaya meribut tiba,

Setiap kali,

Bila suaraku memecah,

Pasti ada hilai mencelah,

Mentertawa apa yang kuluah,

Aku pasrah dalam duka,

Aku pilu dalam tawa,

Kerana jika diberi pilihan,

Tak kupilih jadi insan istimewa.

by Hasmah Hitam
on Sunday, May 29, 2011
at 10:43pm

1 comment:

  1. Masalah CP dan pertuturan/gagap juga boleh sembuh -Dr Wan 0196676236

    ReplyDelete