Showing posts with label Rawatan Autisma. Show all posts
Showing posts with label Rawatan Autisma. Show all posts

Sunday, November 22, 2015

Rawatan Autisme - Terapi Pertuturan


Dari sudut perubatan, masih belum terdapat ubat yang boleh merawat autisme. Kanak-kanak autisme memerlukan rawatan multidisiplin atau terapi yang melibatkan pelbagai pakar dari bidang berbeza. Ini bagi membantu mereka mengatasi masalah yang berkaitan dengan kelewatan perkembangan.
Terapi dapat membantu mereka untuk mendapat kemahiran yang diperlukan bagi membolehkan mereka mengurus diri, belajar dan berkomunikasi dengan orang lain. Antara terapi yang penting untuk kanak-kanak autisme adalah terapi pertuturan-bahasa dan terapi carakerja.
Sumber: http://jppp.hukm.ukm.my/JPPP%20Bahasa/new_page_4.htm

Terapi Pertuturan-Bahasa
Terapi pertuturan-bahasa diberikan oleh Pegawai Pemulihan Perubatan (Pertuturan) atau Terapis Pertuturan-Bahasa. Terapi ini diberikan kepada kanak-kanak autisme bagi membantu kemahiran bahasa, pertuturan dan komunikasi. Matlamat terapi yang diberikan adalah untuk mengoptimumkan fungsi komunikasi kanak-kanak autisme.
Terapi pertuturan-bahasa bagi kanak-kanak autisme merangkumi:
  • Penilaian bahasa, pertuturan dan komunikasi
  • Terapi bahasa, pertuturan dan komunikasi
  • Penggunaan Komunikasi Augmentatif dan Alternatif
Penilaian bahasa, pertuturan dan komunikasi
Penilaian dijalankan bagi mengetahui tahap kemahiran bahasa, pertuturan dan komunikasi kanak-kanak autisme. Berdasarkan hasil penilaian, Terapis Pertuturan-Bahasa membuat diagnosis kemahiran bahasa, pertuturan dan komunikasi serta berbincang dengan ibu bapa/penjaga mengenai matlamat terapi yang dijalankan.
Terapi bahasa, pertuturan dan komunikasi
Terapi akan dijalankan mengikut matlamat yang telah dibincangkan bersama-sama ibu bapa/penjaga. Antara matlamat terapi yang penting bagi kanak-kanak autisme ialah:
 Penggunaan Komunikasi Augmentatif dan Alternatif (AAC)
Sebahagian besar kanak-kanak autisme memerlukan Komunikasi Augmentatif dan Alternatif (AAC) bagi membantu mereka berkomunikasi dan menyatakan kehendak. Kaedah AAC amat membantu kanak-kanak autisme yang tidak boleh bercakap atau mempunyai pertuturan yang terhad. Antara kaedah AAC yang sering digunakan dalam membantu kanak-kanak autisme adalah komunikasi bergambar atau Picture Exchange Communication System (PECS). (Komunikasi pilihan: Tanpa Bercakap)
Kesimpulan
Kesimpulannya, terapi pertuturan-bahasa yang diberikan kepada kanak-kanak autisme bertujuan untuk memastikan mereka mendapat kemahiran yang sewajarnya bagi membolehkan mereka berkomunikasi dengan individu lain pada tahap yang optimum. Ini boleh mengurangkan ciri-ciri autisme yang terdapat pada kanak-kanak. Kanak-kanak autisme pada tahap ringan berpeluang untuk mencapai tahap perkembangan normal seperti kanak-kanak lain sekiranya mendapat rawatan multidisiplin seawal usia dua (2) hingga tiga (3) tahun. Kanak-kanak autisme pada tahap sederhana dan teruk pula, kebiasaannya adalah sukar untuk mencapai tahap perkembangan normal.

Saturday, May 30, 2015

Rawatan Hati Tertutup - Autisma



Tak nak pergi sekolah
Tak nak pergi kerja
Malas nak berfikir
Malas belajar
Pekerti tidak memuaskan
Tidak suka bergaul
Lambat bercakap
Lambat berjalan
Dan macam2 lagi yang dinamakan 'masalah'


CARA MENGATASI - Minum AIR AL KAUTHAR beralkali dan bergelombang, mandi dengan SHOWER POWER dan mengambil rawatan minda dan sikap JERI QUOTIENT keluaran Attitude Therapy

Boleh digunapakai untuk ibubapa yang mempunyai anak-anak autisma dalam usaha untuk membantu proses pemulihannya.


Ramai yang telah dapat manfaatnya..

Hubungi - alkindi5919@yahoo.com (DUTA Attitude Therapy) atau PM dilaman Rakan Pengguna Attitude Therapy

Monday, March 9, 2015

BAGAIMANA 'ISLAM' MERAWAT ANAK-ANAK AUTISM

BAGAIMANA 'ISLAM' MERAWAT ANAK-ANAK AUTISM
Kami petik status ringkas yang ditulis oleh Saiful Nang tentang seorang anak istimewa untuk kongsikan tips merawat sifat aneh anak autism. Beliau bernama Shafiq, salah seorang pelajar Akademi Insan Prihatin.
Umur beliau sudah 14 tahun. Namun, dia ada masalah dengan pergaulan dan keyakinan diri. Pernah masuk tahfiz dan kelas khas di Kelantan namun orang seperti beliau hanya menjadi lauk dan ulam pembuli-pembuli sahaja. Sangat imaginatif mencipta dunia dalam dimensi lain dan mampu menceritakannya seperti seolah-olah ia betul dan connected. Jika seseorang menipu dan bila kita tanya balik apa yang diceritakan lama dahulu, orang biasa akan kantoi menipu. Tetapi beliau tidak.
Beliau seorang anak austism atau lebih tepat penghidap Sindrom Aspeger. Penciptaan dimensi lain dalam fantasi anak-anak seperti ini membuatkan penipuan dan alam fantasi mereka kelihatan sangat realistik.

Monday, March 2, 2015

Masalah pembelajaran

Alhamdulillah, selama 18 tahun saya merawat penyakit pesakit2 yang datang brrjumpa saya, saya tak sangka pesakit cilik saya yang unik Noor Faqihah Izzah Iwani memberi kesan yang besar pada tugas saya membantu masyarakat yang memerlukan bantuan. 

Saya faham apakah tekanan ibubapa yang mempunyai anak autisma. Saya berdoa pada Allah ibubapa 2 ini mendapat pahala syurga.

Ilham yang saya perolehi dari masalah autisma membuahkan satu produk untuk merangsang minda dan karektor yang positif iaitu JERI Quotient.

Semua masalah karektor yang negatif termasuk autisma dapat dirawat menampakkan kesan yang amat ketara.

Pengambilannya bagi kanak bawah 12 tahun ialah sebiji pil untuk setiap 4 jam.
Untuk dewasa 2biji pil setiap 4 jam.


Sumber - Dr Aishah



Wednesday, January 28, 2015

Amalan Al-Quran Rawat Autism


Tuesday, January 27, 2015

Set Rawatan Autisma


Set Rawatan Autisma yang kami amalkan....

1. JERI QUOTIENT 
2. CEO 1 
3. CEO 20 
4. SERI WANGI
5. SHOWER POWER 


Dicdgkan rujuk anak2 autisma anda kepada Dr Aishah, Attitude Therapy untuk mendapatkan rawatan secara menyeluruh.


"Rawat Sihat Kongsi Manfaat"

Hubungi DUTA Attitude Therapy -  alkindi5919@yahoo.com

Saturday, January 17, 2015

Rawatan Asas Autisma - Attitude Therapy


Mengapa autisma BOLEH DIRAWAT?

Rawatan Attitude Therapy adalah sejenis rawatan alternatif yang lengkap saintifik dan terkini dengan gabungan konsep sains dan al Quran.

Produk rawatan autisma ialah -

1. JERI
2. SHOWER POWER
3. AIR ALKALI KANGEN

JERI juga adaĺah sejenis rawatan yang dibuat utk masalah karektor dan masalah minda anak2 termasuk autisma. Ia adalah antara rawatan wajib bersama mandian SHOWER POWER kpd pesakit autisma.

Dengan rawatan yg menguatkan fungsi sel2 otak dan organ2 bawahan maka rawatan Attitude Therapy mampu memberi kesan yg memberangsangkan kepada rawatan kanak2 atau remaja autisma.

Terkini AIR ALKALI KANGEN dng ph 9.5 dan 11.0 dapat melonjakkan kepantasan kesan rawatan pada pesakit autisma kerana air ini kaya dng oksigen dan ciri2 antiokidan yg tinggi menjadikan rawatan Attitude Therapy bertambah laju kesannya.


Ramai ibubapa merasa lega hasil rawatan Attitude Therapy pada anak autisma.

Ibu bapa mendapat kesan positif yang cukup menakjubkan yg hanya Allah dan mereka sahaja yg dapat merasainya dan sangat mensyukurinya.

Sumber - Dr Aishah, Pengasas Attitude Therapy

Hubungi DUTA Attitude Therapy : alkindi5919@yahoo.com

Photo: Mengapa autisma BOLEH DIRAWAT?

Rawatan Attitude Therapy adalah sejenis rawatan alternatif yang lengkap saintifik dan terkini dengan gabungan konsep sains dan al Quran.

Produk rawatan autisma ialah -

1. JERI 
2. SHOWER POWER
3. AIR ALKALI KANGEN

JERI juga adaĺah sejenis rawatan yang dibuat utk masalah karektor dan masalah minda anak2 termasuk autisma. Ia adalah antara rawatan wajib bersama mandian SHOWER POWER kpd pesakit autisma.

Dengan rawatan yg menguatkan fungsi sel2 otak dan organ2 bawahan maka rawatan Attitude Therapy mampu memberi kesan yg memberangsangkan kepada rawatan kanak2 atau remaja autisma.

Terkini AIR ALKALI KANGEN dng ph 9.5 dan 11.0 dapat melonjakkan kepantasan kesan rawatan pada pesakit autisma kerana air ini kaya dng oksigen dan ciri2 antiokidan yg tinggi menjadikan rawatan Attitude Therapy bertambah laju kesannya.

Ramai ibubapa merasa lega hasil rawatan Attitude Therapy pada anak autisma.

Ibu bapa mendapat kesan positif yang cukup menakjubkan yg hanya Allah dan mereka sahaja yg dapat merasainya dan sangat mensyukurinya.

Sumber - Dr Aishah, Pengasas Attitude Therapy

Thursday, January 8, 2015

Rawatan Genetik Minda


Kanak-kanak yang lahir dengan gangguan genetik minda seperti Down Sindrom, Autisma, Hyperactive, Dyslexia, ADHD, Impulsitivity, Palsi Seleberal dan sebagainya dapat dikurangkan simptomnya melalui JERI Quotient hingga memudahkan proses pemulihan.

Photo: Kanak-kanak yang lahir dengan gangguan genetik minda seperti Down Sindrom, Autisma, Hyperactive, Dyslexia, ADHD, Impulsitivity, Palsi Seleberal dan sebagainya dapat dikurangkan simptomnya melalui JERI Quotient hingga memudahkan proses pemulihan.

Saturday, October 18, 2014

Rawatan Islam Autisma

Soalan:

Assalamualaikum Tuan Haji. Saya Liyana Abdul Halim dan adik bongsu saya yang sudah dewasa dan berumur 20 tahun mempunyai penyakit Autisma. Ibubapa kami sudah tua dan uzur, dan sekarang saya pula yang bertanggungjawab untuk menjaga adik saya. Dia masih lagi susah untuk bercakap dan berperangai kebudak-budakan, selalu bersendirian dan tidak boleh mengurus diri sendiri. Adakah rawatan Al-Quran boleh digunakan untuk menyembuhkan penyakit adik saya ini? Terima kasih.

Jawapan:

Dewasa ini, semakin ramai ibubapa di Malaysia yang mempunyai anak-anak yang telah disahkan mempunyai masalah autisma. Malah, hampir setiap hari pasti ada ibubapa yang membawa anak mereka yang mempunyai masalah autisma tersebut ke Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah bagi tujuan mendapatkan rawatan Perubatan Al-Quran. Menurut Persatuan Kebangsaan Autisma Malaysia (NASOM), setiap seorang daripada 150 orang kanak-kanak yang dilahirkan pada masa kini di seluruh dunia memiliki autisma dan dianggarkan kira-kira 47,000 orang kanak-kanak di Malaysia menghidap penyakit autisma.Ada di antara mereka yang memiliki tanda-tanda masalah autisma yang kronik dan ada juga yang baru sahaja di peringkat awal masalah autisma. Umur anak-anak tersebut turut berbeza-beza; dari mereka yang berumur dari enam bulan sehinggalah kepada mereka yang sudah berumur lewat dua puluhan. Kadang-kala, bukan sahaja pesakit autisma yang mendapat rawatan daripada kami tetapi ibubapa & ahli keluarga mereka turut mendapat rawatan oleh sebab tekanan yang kuat daripada penjagaan pesakit autisma tersebut.

Maka, sifat sabar daripada ibubapa dan ahli keluarga amat dituntut dalam memberi penjagaan yang terbaik buat pesakit autisma. Ingatlah bahawasanya Allah swt sentiasa bersama mereka yang bersabar. Seperti di dalam firman Allah swt :

“Wahai orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan dengan sabar dan solat, sesungguhnya Allah bersama-sama orang yang sabar.” - Surah Al-Baqarah ayat 153

Pengenalan; Ciri-ciri Umum

Autisma merupakan satu bentuk kecacatan atau masalah kurang upaya sistem perkembangan saraf otak & minda yang boleh berlaku sejak di usia seawal enam bulan lagi dan merupakan satu sindrom ketidakupayaan yang boleh kekal sepanjang hayat jika tidak mendapat sebarang rawatan. Penyakit autisma mengakibatkan fungsi memproses maklumat di dalam otak seseorang itu terjejas & menyebabkan pesakit autisma menunjukkan tiga jenis ketidakupayaan umum, iaitu:

Masalah tidak mampu bersosial. Ini merupakan simptom utama penyakit autisma. Pesakit-pesakit autisma tidak memiliki keupayaan untuk bersosial dengan orang sekeliling mereka secara normal dan mereka selalunya tidak mempunyai mempunyai sifat empati terhadap orang lain. Mereka akan tidak mengendahkan orang lain dan kelihatan seperti termenung jauh seorang diri. Malah, ada pesakit autisma yang menunjukkan sikap-sikap yang tidak sepatutnya ditunjukkan di depan orang ramai seperti menjerit-jerit sekuat hati atau membaling-baling barang ke arah orang sekeliling. Malah, pesakit autisma lebih gemar untuk menyendiri dan bermain seorang diri walaupun dikelilingi oleh rakan-rakan sebaya yang tengah seronok bermain bersama-sama.

Kesukaran untuk berkomunikasi secara berkesan dengan insan lain. Mereka selalunya lambat untuk bercakap dan apabila mereka cuba juga untuk berkomunikasi dengan orang lain, selalunya orang lain sukar untuk memahami apa yang mereka cuba sampaikan. Mereka turut kadang-kala bercakap dalam nada yang pelik seperti menyanyi sebagai contoh. Malah, ada di antara pesakit autisma lebih gemar untuk menggunakan bahasa isyarat tangan untuk menyampaikan hasrat di hati kepada ibubapa.

Masalah dalam tingkah laku dan pemikiran. Ada di antara mereka yang gemar untuk melakukan satu-satu perkara berulang-ulang kali (compulsive behaviour). Ada juga yang mempunyai minat yang pelik dan berlaku agresif sekiranya ada sesiapa yang cuba menghalang minat tersebut. Sebagai contoh, ada pesakit kami yang hobinya adalah untuk membawa ranting pokok ke mana-mana sahaja yang dia pergi sehinggakan akan memarahi sesiapa sahaja yang cuba untuk mengambil ranting tersebut dari tangan pesakit tersebut.
Tanda-tanda penyakit ini selalunya muncul secara beransur-ansur dan terus bertambah kronik (jikalau tidak mendapatkan sebarang rawatan) sehingga ke umur dewasa.

Punca-punca

Masalah autisma ini berlaku tanpa mengira kira faktor bangsa, latar belakang pendidikan, kedudukan status sosial ekonomi dan gaya hidup. Sehingga ke hari ini, dunia perubatan moden masih lagi belum dapat mengesan secara pasti akan punca sebenar penyakit autisma. Namun, mengikut perubatan moden, pengaruh genetik boleh meningkatkan risiko seseorang itu untuk mendapat anak-anak autisma. Selain dari itu, sangat penting buat semua ibubapa yang mempunyai anak autisma untuk memahami bahawa penyakit tersebut tidak berpunca dari asuhan atau penjagaan yang tidak baik semasa anak-anak masih bayi.

Dalam pengalaman kami di Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah merawat anak-anak autisma, terdapat kes-kes yang melibatkan elemen gangguan makhluk halus terutamanya gangguan saka yang menyebabkan masalah autisma. Gangguan saka ini selalunya diwarisi melalui keturunan daripada keluarga yang terdahulu di mana makhluk-makhluk halus ini merosakkan saraf dan minda pesakit yang menyebabkan berlakunya autisma. Adalah sukar untuk perubatan moden untuk membuktikan wujudnya pengaruh makhluk halus ini dalam anak-anak autisma ini tetapi sudah ramai pesakit-pesakit autisma yang menunjukkan perubahan yang positif selepas makhluk halus ini dikeluarkan daripada tubuh badan mereka.

Tanda-tanda Awal Autisma

Antara tanda-tanda awal masalah autisma yang boleh berlaku adalah seperti;
Anak-anak yang tidak mengeluarkan sebarang perkataan yang boleh difahami sehingga umur 16 bulan
Tidak menunjukkan minat untuk bermain atau berinteraksi dengan kanak-kanak lain
Tidak menggunakan jari telunjuk untuk menunjuk sebarang objek
Gagal untuk memberi respon apabila nama dipanggil
Suka menyendiri
Suka menyusun objek mengikut susunan yang tersendiri
Tanda-tanda di atas hanyalah sebahagian daripada tanda-tanda awal masalah autisma & sebarang diagnosis akhir untuk autisma haruslah dirujuk kepada pakar perubatan kanak-kanak.

Rawatan Moden

Rawatan untuk penyakit autisma pada masa kini melibatkan banyak aspek terutamanya dari segi pendidikan khas dari usia awal. Objektif utama rawatan adalah untuk mengurangkan tekanan dalam keluarga, meningkatkan kualiti hidup pesakit dan melatih pesakit untuk mampu berdikari dalam hampir semua aspek kehidupan. Buat masa ini, tiada rawatan tunggal yang mampu merawat autisma. Rawatan selalunya memerlukan beberapa jenis rawatan yang diolah mengikut keperluan setiap kanak-kanak autisma. Contoh rawatan-rawatan yang selalu digunapakai adalah seperti senaman fisioterapi, terapi kognitif dan sikap (cognitive-behavioural therapy), terapi pertuturan dan kaunseling keluarga.
Ahli keluarga terutamanya ibubapa selalunya diberi kaunseling dan latihan dalam menghadapi kerenah anak-anak autisma mereka. Selain itu, guru-guru yang terlatih dalam bidang Pendidikan Khas turut memainkan peranan penting dalam memastikan kanak-kanak autism amendapat pendidikan mengikut cara yang sesuai dengan keperluan masalah autisma kanak-kanak tersebut.

Rawatan Penyakit Autisma Dengan Menggunakan Ayat-ayat Al-Quran

Di Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah, keluarga pesakit autisma akan diberi ayat-ayat berikut untuk mereka amalkan dan seterusnya disertai dengan doa kepada Allah untuk memohon penyembuhan.  Ayat-ayat tersebut adalah:

Surah Az-Zumar ayat 24 hingga 37
Surah Al-Hijr ayat 66 hingga 99
Surah Yaasin ayat 43 hingga 58
Surah Al-Hajj ayat 40 hingga 55
Surah Al-Hajj ayat 73 hingga 78

Cara amalan ayat-ayat Al-Quran tersebut ialah, keluarga pesakit hendaklah membaca surah pertama iaitu surah Az-Zumar  tiga kali pada waktu malam dan surah kedua iaitu surah Al-Hijr tiga kali pada waktu siang. Pembacaan ini hendaklah diamalkan setiap hari selama tiga hingga empat minggu. Selepas membaca tiga kali, keluarga pesakit perlu memohon doa kepada Allah swt untuk penyembuhan. Selepas membaca dua surah pertama tadi, keluarga pesakit hendaklah mengulang amalan-amalan tersebut dengan surah-surah yang berikutnya.

Adalah lebih baik sekiranya pesakit dan keluarga datang untuk berjumpa dengan perawat-perawat Al-Hidayah terlebih dahulu supaya dapat kami memeriksa jikalau ada sebarang gangguan makhluk halus seperti gangguan saka dan bolehlah dirawat dan diberi ayat-ayat Al-Quran yang lain yang boleh merawat gangguan tersebut.

Penutup

Kepada semua ibubapa di luar sana yang mempunyai anak-anak autisma, janganlah berputus asa dalam mencari cara dan berikhtiar untuk merawat anak masing-masing. Janganlah menganggap anak autisma itu tidak dapat lagi ditolong dan hanya berserah kepada takdir. Yakinlah bahawa pertolongan pasti akan datang bagi mereka yang mencarinya.

Dalam pengalaman kami merawat anak-anak yang berpenyakit autism, ada di antara mereka yang menunjukkan banyak perubahan yang positif dari segi sikap, kecekapan, pertuturan dan keupayaan untuk berdikari sendiri. Ada daripada pesakit kami yang mula mendapat rawatan daripada umur seawal enam bulan sehinggalah umur mereka 6 hingga 7 tahun. Baru-baru ini, ada daripada anak-anak autisma yang menyertai pakej rombongan umrah Al-Hidayah. Anak-anak ini walaupun berumur 6 hingga 7 tahun, mereka boleh menyesuaikan diri apabila menaiki kapal terbang, suasana asing di Tanah Suci dan boleh dibawa untuk melakukan ibadah tawaf dan sa’i bersama-sama ibubapa mereka. Ini membuktikan anak-anak ini walaupun mempunyai kecacatan minda, dengan keizinan Allah, mereka boleh dididik seperti anak-anak biasa.

Yang penting, kita haruslah yakin bahawa segala sesuatu yang berlaku itu hanya boleh berlaku dengan izin Allah swt. Kita haruslah redha akan ketentuan Illahi. Maka, jikalau ada masanya kita merasakan masalah autisma anak-anak kita itu sudah tidak dapat lagi kita tahan dan perasaan putus asa mula menguasai perasaan kita, cepat-cepatlah kita ingat bahawa apa-apa yang berlaku merupakan suatu ujian daripada Allah swt. Dan ujian atau dugaan daripada Allah merupakan tanda kasih sayang-Nya untuk menguji keimanan kita. Malah, jika kita bersabar dengan dugaan tersebut, ganjaran pasti akan menunggu. Anas bin Malik r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w pernah bersabda:

“Sesungguhnya besarnya ganjaran itu dinilai pada besarnya bala yang menimpa. Dan sesungguhnya Allah itu apabila mencintai sesuatu kaum, maka akan mereka itu diberi dugaan. Oleh sebab itu barangsiapa yang redha dengan ujian yang menimpa, dia akan memperoleh keredhaan Allah dan barangsiapa yang tidak maka padanya kemurkaan Allah.” (Riwayat al-Tirmidzi)

InshaAllah, dengan izin & kuasa Allah Yang Maha Penyayang, kami di Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah boleh membantu anak-anak yang mempunyai masalah autisma ini.

Sekian.

Sumber - Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah


Saturday, November 23, 2013

Pak Yoep - DUTA Produk

Pusat Rawatan di Ipoh Perak

Attitude Therapy merupakan rawatan alternatif termoden sebagai ikhtiar merawat pelbagai penyakit terutama yang kronik, kritikal atau yang dianggap tiada harapan untuk sembuh merangkumi spiritual, mental, emosi dan fizikal.

Sukacita dimaklumkan bahawa pak yoep telah dilantik sebagai DUTA PRODUK Attitude Therapy.

Catatan post Dr Ariffaizal dalam FBnya

Bersama salah seorang duta Attitude Therapy. (Blogger Pak Yoep) — with Hijrah Faqihah at Attitude Therapy.

Atas rasa tanggungjawab dan penghargaan pak yoep dilantik sebagai DUTA PRODUK maka dari masa ke semasa pak yoep akan postkan produk2 Attitude Therapy secara berkala sebagai pilihan kepada semua pengunjung laman ini yang memerlukan perkhidmatan khidmat nasihat dan rawatan yang menghadapi masalah kesihatan di Attitude Therapy. Pelbagai perkhidmatan disediakan untuk rawatan pelbagai penyakit di Attitude Therapy.

Kami adalah pengguna setia produk Attitude Therapy sejak 2004 terutama untuk rawatan anak ke-2 kami, Faqihah yang disahkan autisma. Pelbagai produk kami gunakan untuk keperluan keluarga.

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi pak yoep melalui email alkindi5919@yahoo.com. atau klik Faqihah@Biz4Autsim  di atas.



Pelbagai produk dihasilkan

Mendapat kelulusan daripada pihak berwajib

Latar belakang pengasas Attitude Therapy


Logo Attitude Therapy


Saturday, September 21, 2013

JERI untuk rawatan Autisma

JERI QUOTIENT


Atas cadangan Dr Aishah, pengasas Attitude Therapy,

Saya memperkenalkan produk ini kepada ibubapa anak2 autisma yang mengunjungi laman blog Anak Pak Yoep Autisma  dan laman facebook Kelab Anak Autisma. Amat wajar rasanya, manfaat JERI dapat dikongsi bersama. Sekurang2nya produk ini turut dapat membantu dalam rawatan untuk anak2 autisma masing-masing.

Anak saya, Faqihah telah menggunakan produk2 Attitude Therapy sejak 2004 untuk merawat Autisma yang dihadapinya termasuk menggunakan produk JERI. Alhamdulillah,  terdapat banyak perubahan berlaku seperti yang dicacatkan dalam blog ini. TIADA rawatan lain yang dilalui oleh Faqihah. Diharap ibubapa / penjaga anak2 autisma dapat turut mencuba produk ini untuk merawat anak2 autisma masing-masing.

Untuk mendapatkan rawatan terbaik untuk anak2 autisma, dicadangkan tuan/puan dapatkan khidmat nasihat TERUS daripada Dr Aishah.


Pengenalan 

JERI bermaksud J jasmani E emosi R rohani I intelek. Pil Glukos untuk meningkatkan kecergasan minda, mempositifkan attitude negatif, memantapkan sikap positif, multi vitamin, mineral2 suruh/ringan, food supliment dan gelombang2 keberkatan.


Teknologi Perubatan Gelombang dalam JERI

Minda yang lemah boleh dirangsang dan dirawat dengan Tenaga Gelombang yang dikodkan daripada puluhan bahan-bahan terpilih dan terbukti berkesan dan mampu membantu merawat minda yang lemah.


Rawatan dan Rangsangan JERI

1. Menggalakkan pertumbuhan sel-sel neuron.
2. Mudah lupa dan mudah rasa jemu.
3. Serabut fikiran dan kelesuan otak.
4. Pelbagaian gangguan otak.
5. Lemah daya ingatan, berfikir dan rasa malas.
6. Kurang daya tumpuan.
7. Bersifat pemisis dan bersikap negatif.
8. Pendiam, malu, takut dan pemarah.
9. Pesakit jiwa atau mental.
10. Sering diganggu kesedihan tidak menentu.
11. Membekal nutrient untuk tubuh.


Pengalaman

Selain daripada rawatan Faqihah, JERI turut diberikan kepada anak2 kami yang lain.

Produk ini juga akan dapat membantu meningkatkan pencapaian akademik. Ianya terbukti dengan pencapaian akademik anak2 saya termasuk Faqihah (autisma). Dengan pengambilan berterusan. Fakhira (Kak Long) kedudukan ke-30 dalam kelas ke kedudukan ke-8 dalam peperiksaan akhir tahun 2011 (Tahun 5). Kini masih mengekalkan kedudukan tersebut. Haziq kedudukan ke-22 ke kedudukan PERTAMA dalam ujian 1 (2012).


Anak bongsu (hampir 3 tahun) saya juga menggunakan produk ini sejak berumur 6 bulan, banyak perubahan dalam pelbagai aspek. Ummi Faqihah turut menggunakan produk ini untuk meningkatkan kecergasannya berkerja.

Ummi Faqihah turut menggunakan produk JERI untuk meningkatkan kecergasan berkerja kerana bebanan tugasnya melampau di tempat kerja. Lesu bila balik ke rumah. Penggunaan produk tersebut atas cadangan Dr Aishah sendiri. Abah Faqihah tidak menggunakan JERI kerana tiada keperluan.

Rakan2 saya telah menggunakan produk ini untuk anak2 mereka. Respon turut memberangsangkan terutama perkembangan diri anak2 mereka berbeza jika dibandingkan dengan rakan2 sebaya anak2 tersebut.


NaikTaraf

Kerana sambutan yang hangat dari pengguna terhadap JERI, pihak Attitude Therapy telah menambah kuantiti pil dari 100 bj kepada 180 bj pd harga yang sama. Semoga pengguna mendapat manfaat yang berganda2. Harga sebotol RM50.00 sahaja.


Tempahan

Untuk tempahan boleh HUBUNGI DUTA Attitude Therapy di email alkindi5919@yahoo.com.