Tuesday, December 13, 2011

Tidur anak autisma

Masalah tidur anak dibincangkan di sini. terdapat 82 komen, terpaksa edit untuk yg berkaitan shj. Moga dapat ilmu pengetahuan drp pengalaman rakan2 yg mempunyai anak autisma. Masalah yg dihadapi kebanyakan kanak2 autisma.

Maaf...tak sempat nak edit.

Pak Yoep
"Salam. Tolong. Spjg cuti akhir tahun ni, anak saya sukar nak tidur malam. Kerap gak. Kdg2 sampai pukul 5 pg br dia tidur. Tak pastllah dia dah tidur kemudian bangun balik. Mengapa? Cadangan... tindakan yg perlu dilakukan. Didahului dgn ucapan terima kasih semua di atas semua pandangan dan cadangan."

Komen sbhg Rakan2

1. Anis Safraz Bt Ahmad Jgn bagi tido siang.bykkan aktiviti

2. Betty Roz cuba mandi garam hari2..nnt dia akan kurang tantrum n more calm..tdur mlm pun mudah

3. Ira Adam klu ikut biomedical,boleh cuba epsom salt, ada kandungan magnesium dlmnya, bancuhkan 1cup epsom salt dlm air suam sket, masukkan dlm air mandian anak,anak rendam sekurang-kurangnya 20 min,selalunya time mandi ptg,tp ada jgk yg buat 2x sehari,utk lebih calm

Ery Kumagai Waah good info. Saya tumpang ya pak yeop. Ank sy pun masalah tido sikit, restless. Ira, kt mana kah nk beli itu epsom salt

4. Ira Adam sy beli kat bhg organik dkt village grocery yg kat sunway giza tu...sbb sy beli sikit2..1 peket cukup utk 2 cup je-hari tu beli la 5 peket-sbb utk percubaan..hehe..ada member2 yg beli 25kg terus sbb pakai hari2 kan,leh contact mr choo-0162858048

5. Rosnita Mohd Sadali http://www.care2.com/greenliving/use-epsom-salts-13-wonderful-ways.html

6. Ira Adam sy dpt kesan lps guna epsom salt yg br sy try dlm 2minggu nih..1) utk diajak mandi menjadi lebih mudah,klu dulu berperang jgk nk ajak dia mandi 2) mandi bwh shower pon mcm dia dh seronok,dulu pantang air kene rambut,sgt2 xsuka,jerit2 marah ...yg lain2 xnampak lg, anak sy xde masalah tdo sejak umur 2thn lebih

7. Marina Ariff ‎Ery Kumagai: epsom salt tu boleh cari kat Guardian, kotak warna biru.

8. Hasnah Toran ‎2. kurangkan junk food 3. bagi dia berendam dalam air bercampur epsom salt 4. gunakan aromatherapy - lavender 5. elakkan dia dari tidur siang

9. Hasnah Toran Pn Diana, u kena regulatekan balik time tidur mereka

10. Darnalis A Rahman saya cuba mcm2 cara,tp setakat nie x berjaya :( . saya pernah amik cuti 1 minggu ajar bgn awal tido awal. tghari saya control tido and tv, ptg bwk p main... but after one week still sama.any suggestion doc..mcmana nk ajar diorg tido awal,bgun awal.?

11. Ira Adam dulu anak sy sblm 2thn lebih pon ada masalh tdo sbb tdo lebih kul 12 and bangun kul 10 lebih,lps sy train pg2 mesti kena bgn kul 7.00,bg tdo kejap tghr n malam kul 10,ready2 masuk bilik tdo,yg penting tutup lampu suma,tepaksa dia tdo awal...insyaAllah,dia boleh tdo awal sbb pg td dia dh bgn awal,letih buat xtvt satu hari

12. Nurasma Nawawi Mungkin parent pun kena tido awal sama...saya tido dulu,pastu dlm kul 11mlm bangun buat keje rumah.Tu time sekolah.Time tak sek ni beri kebebasan sket.Dia tido juga ptg dlm sejam tp mlm takde masalah.Yg penting lampu kena tutup

13. Maslina Samidi Alhamdulillah good info.dah 4 bln sy x tentu tido.lepas bersalin hilang lebih 10kg melayan irfan yg berjaga 13-15 jam sehari.sepanjang mlm main game,menang jerit suke,kalu kalah menagis meraung2.satu mlm 3x mintak roti bakar/maggie/fries & susu.dah penuh perut buang air pulak.nak kene bgn buang pampers&cuci..mmg stress sampai x leh nak bg baby fully breast feed.kurang susu.dah bwk p darul syifa pun x jln..insyaallah akn try cara ni plak.

14. Maslina Samidi Irfan cuma perlu tido 4 jam je untuk berjaga 20 jam...mmg x tau nak buat apa..pernah sy tertido dia on iron dan iron baju abi die hampir nak terbakar.silap saya sbb biarkan iron kat luar.

15. Marina Ariff ‎Ira Adam dan Ery Kumagai: cuba cari kat link ni, ada EPSOM SALT distributor yg jual sekali byk...

16. Marina Ariff http://spectrummum.wordpress.com/2011/04/05/25kg-epsom-salts-and-sandy-bottoms/

17. Darnalis A Rahman lagi dasyat anak mislina ni.tidur 4jam je sehari.. anak2 saya masa baru lahir sampai dlm usia setahun suka menangis waktu mlm. waktu tu saya tidur 2-3jam je sehari..selepas maghrib diorg start nangis smpi masuk subuh.waktu paling kritikal tgh mlm..lepas berubat ngn ustaz,baru boleh tido sikit waktu mlm..pastu skg saya buat terapi al quran.baru diorg x bangun mlm.. Noradilah Abdullah dah lama tembus. bawak dia swimming kat pool dekat kompleks sukan pulak. kena beli balik la pool kecik tu.

18. Pak Yoep Darnalis..Terapi Al-Quran! Maksudnya?

19. Syahirah Omar Lana pon Ada problem ni.dia nanti pura2 tidur n bgn main malam2.tp kdg2 la.slalunya dia tidur pukul 12 walaupun pukul 7 Pagi kena bgn awal pegi sekolah:(

20. Noradilah Abdullah Cuti sekolah ni dzariff tido pukul 2 bangun ppukul 10. Jenuh mama susun aktiviti. kang naik sekolah kang dia tido pukul 10 bangun 630. ada jugak ticer cakap dia sambung tido sampai pukul 9 kat sekolah. nak kata takde aktiviti pagi petang ada sekolah....kenala cuba rendam pakai air garam and aromaterapi pulak

21. Maslina Samidi En/pn Darnalis..sy x berpeluang pegi tempat ust lokman lg.tp sy cuba amalkan semua surah yg ust lokman bg kat en/pn darnalis dan juga bonda mirza.mmg byk..tp sy gagahkan juga.mmg ada nampak slow sikit.tp dah 2 mggu tinggal sbb x leh nak baca...

22. Darnalis A Rahman pak yoep, terapi al quran tu, kite baca ayat2 tertentu dgn berdoa memohon kesembuhan buat anak2 kita.ayat tu saya dapat masa bwk anak2 p berubat kat sg pusu. Lagi satu cara terapi al quran yg saya amalkan smpi skg,setiap mlm saya akan pasang CD Al quran bagi anak2 dengar dari sebelum diorg lena sampai le pagi esok. surah wajib sy pasang, Yassin, Al rahman, dan lain2.. coz saya ada baca satu kajian dia ckp, minda separa sedar di antara nk lena dgn x.. adalah minda yg berada dlm keadaan paling tenang.selalunya dlm minda bergini kita di galakkan membisikkan kata2 positif kepada anak2 utk membentuk nilai positif dlm jiwa mereka.dlm minda yg bergini,segala yg kita katakan akan terus smpi ke otak. So bila dlm keadaan camni,kita bg diorg dgr Al Quran, Insyallah nilai2 yg positif akan berada dlm diri mereka. Lagi satu tubuh bdn manusia nie terdiri dari 70% adalah cecair,ada satu kajian diorg buat, apabila ayat2 al quran dibacakan pada air,molekul2 air akan berubah bentuk menjadi bentuk2 kristal yg sgt cantik, begitu juga dgn manusia.

23. Darnalis A Rahman ‎2-3 bln lepas saya ada baca satu kajian ttg Al Quran and human Brain. saya x igt dgn website yg mana, tp kajian tu dapati getaran dari bacaan al quran itu akan merangsang perkembangan otak manusia.Sb tu org yg selalu baca al quran,bila tua dia tidak mudah lupa.and sb tu ibu2 mengandung di galakkan membaca Al quran setiap hari. Sbnrnya ada banyak kajian ttg kebaikkan mendengar dgn membaca Al quran, apa yg perlu kita buat amalkan.. :)

24. Darnalis A Rahman Lagi satu amalan yg saya amalkan bila anak saya mengamuk,dulu2 selalu gak anak2 saya mengamuk,baling2 barang. bila dia mengamuk..saya akan peluk dia kuat2 and saya akan Istigfar kat telinga dia.. pastu saya akan baca ayat kursi and hembus kat telinga diri..skg nie dia dah kurang mengamuk,and klu mengamuk pun bila saya istigfar 7X, pastu baca ayat kursi sekali, hembus.. terus dia cool down..kita kena ingat, sifat amarah ini,byk di dorong oleh syaitan..kite kena elak syaitan dari merasuk anak2 kita..tu amalan mudah yg saya amalkan dan berkesan.doa panjang2 saya x pandai sgt :)

25. Fairose Adawiyah bila baca kes2 anak xnak tido kat atas ni..ku ingatkan anak ku dah kritikal dah..rupanya ada lg yg kritikal..anak saya kadang2 waktu tido dah tune cantik dah, tido kul 11pm, bangun kul 7am, nak g sekolah pun senang, alih2 esoknya tu langsung xnak tido ptg,dah tu kul 8pm dah tido..kul 2am bgn balik, x tido2 sampai nak g sekolah esok..balik sekolah tido sampai 3 jam, ha amik, mlm pulak susah nak tido..kul 1-2am br tido..kalau xleh tido dia main senyap2 xpe gak, ini lompat2 atas katil, bergegar2 kepala ku..pagi nak kejut g school keluar semua skill kejut2 yg ada..esok lusa kang elok pulak waktu tidurnye..redha je la..utk pgtahuan semua, anak saya mmg masalah tido sejak lahir lagi..

26. Jura Nizam sbb tu la insan2 yg terpilih je dpt jaga ank2 istimewa ni,kesabaran n ketabahan perkara paling utama,,chaiyok2

27. Syahirah Omar Mmg sabar.tp harini sabar sampai nak temuntah2.kdg2 nak suami kat sisi rasa mcm smgt sikit tp igt tmpt kojer tu bukan suami punya.kang Pak Arab ngamuk mcmana:))Lana dah makan ubat selsema,demam,batuk,dr Pagi td smpai tghari ni xde kesan lansung!xngantuk!:))

28. Hanizah Ibrahim Petua saya... bila nampak anak mcm agak susah nak tido, saya bagi dia makan pisang...Pisang mengandung melatonin dan triptofan (yang diubah menjadi serotonin) untuk membantu tidur. Melatonin adalah hormon yang memberi signal pada otak bahawa sudah sampai masa untuk tidur. Isi pisang juga mengandung magnesium yang dapat meringankan ketegangan fizikal dan stress...this works for her...cubalah...

29. Fairose Adawiyah sama la..uthman makan ubat camni xpernahnye ngantuk..dah penat main baru ngntuk kot..tu pon kdg2 x ngantuk, ngamuk ada la..nasib la i surirumah x bertangga..

30. Syahirah Omar Lana tgk pisang temuntah2:)) tgk je blom mkn tu
31. Fairose Adawiyah kalau anak saya allergic pisang..dulu blend dgn susu, kasi kenyang nak g sekolah nnti..test darah utk biomedical rupa2nya dia xleh makan pisang..soya susu lembu,gandum,gula,telur pon sama..

32. Hanizah Ibrahim Satu lagi cara...cahaya matahari pagi dapat membantu penghasilan melatonin dalam tubuh...jadi expose kan anak pada cahaya matahari pagi supaya mudah tidur pada waktu malam...

33. Zuhra Abdul Halim Sy kalau nk suruh miza tdo,tv & smua lampu kena tutup. Pastu smua org kena masuk bilik. Bgurau senda jap dgn dia pastu suruh baring tdo. Xleh bcakap2,biar suasana sunyi. Biasanya dia yg bckp sorg2,mbebel dgn bahasa yg dia sorg faham pastu lama2 dia trtdo sndiri. Kalau dia x tdo dr pg smpai mlm,kdg2 smpai 14-15jam bjaga,kena usap2 kpla,gosok2 bdn br dia tdo. Stkt ni xde prob sgt bab tdo.

34. Maslina Samidi Alhamdulillah..byknya dapat ilmu hari ni..td dah beli garam+minyak lavender kat farmasi..pasni nak beli pisang ngan beras perang pulak...

35. Eya Maria pisang bukan sebarang pisang..kate pengasas taska kat kuantan...pisang

36. Zamri Tembol Saya guna sikit ugutan spt simpan brg kegemaran kalau dia refuse utk masuk tido spt dijadualkan, lampu wajib padam 100% dark at early stage. Adakala dia xleh tido sbb otak dia sgt aktif.

37. Suzilawati Ghazali cdgan saya ..anak saya dulu mcm ni.. tpi ikut zon musim kdg2..ikut nasehat Dr hasnah..bg dia jogging or walk ptg2 til letih ..mybe dia blh tido awal sket. n jga mknn sbb bg sya bnda ni kdg2 mmpengaruhi..bergantung pd Individu anak kita.tq

38. Ju Mustapha insyaallah...bila start sekolah nanti rutin ok....anak saya pun sama gak...paling lewat jam 12 mlm....tapi pagi jam 7.30 dah bangun dan terus nak mandi....sbb nak jln pi breakfast kat kedai mamakkk.....rasanya ibu2 semua tidur pun tak cukup kannn....

5 comments:

  1. Baby bole ke bg mandi epsom salt ni ye??

    ReplyDelete
  2. Ye.good sharing. I pun ada dengar garam bukit sangat bagus,, ikut style Rasullullah. Garam +olive oil setitis dlm mandian. Rasa nya autis ni berkait dgn ultrasound. Saya p swasta, tiap Kali check up scan.. Compare anak last,yg 4. Elok ja cerdik. Alhamdulillah. Ikut progress. Scan just 2 Kali, SBB gov. Next time kalau x scan lagi bagus, apapun semua benda jadi dgn izin ALLAH SWT. Ya ALLAH kuatkn hambamu....

    ReplyDelete
  3. Boleh saya buat survey x... Adakah anak2 tuan tuan, puan pun autism. Dan berapa kerap buat scan ultrasound masa pregnant... Harap anda boleh berkongsi untuk manfaat parents yang lain

    ReplyDelete
  4. Boleh saya buat survey x... Adakah anak2 tuan tuan, puan pun autism. Dan berapa kerap buat scan ultrasound masa pregnant... Harap anda boleh berkongsi untuk manfaat parents yang lain

    ReplyDelete
  5. Ye.good sharing. I pun ada dengar garam bukit sangat bagus,, ikut style Rasullullah. Garam +olive oil setitis dlm mandian. Rasa nya autis ni berkait dgn ultrasound. Saya p swasta, tiap Kali check up scan.. Compare anak last,yg 4. Elok ja cerdik. Alhamdulillah. Ikut progress. Scan just 2 Kali, SBB gov. Next time kalau x scan lagi bagus, apapun semua benda jadi dgn izin ALLAH SWT. Ya ALLAH kuatkn hambamu....

    ReplyDelete