Showing posts with label Attitude Theraphy. Show all posts
Showing posts with label Attitude Theraphy. Show all posts

Friday, September 2, 2016

Seminar Attitude Therapy


Pak Yoep hadir seminar anjuran Attitude Therapy buat kali ke-5 pada 27 Ogos 2016 di Tower Regency Hotel Ipoh. Terlibat dengan Attitude Therapy sejak 2004. Dah masuk tahun ke-12 bersama Attitude Therapy. Kini dah dilantik sebagai DUTA Attitude Therapy. Diberi kepercayaan untuk berucap pada seminar diadakan. Mempromosikan aktiviti, rawatan dan produk-produk Attitude Therapy melalui facebook Pengguna Setia Attitude Therapy,.

Terlibat dengan Attitude Therapy secara kebetulan untuk rawatan anak yang menghadapi autisme. Sehingga kini kekal sebagai pengguna setia Attitude Therapy untuk kegunaan seharian bagi memastikan tahap kesihatan kami sekeluarga kekal ditahap yang memuaskan.

Ini merupakan kursus kali ke-2 khusus berkaitan dengan produk Attitude Therapy. Kursus kali ke-2 fokus kepada CEO 2. CEO 1 telah diperkenalkan dalam kursus kali ke-4.

Pak yoep sedang berkursus. Dijangka 30 peserta hadir.

Alhamdulillah. Seminar dilaksanakan dengan jayanya. Banyak ilmu dapat ditimba terutama petua-petua rahsia yang diberikan oleh Dr Arif, Pengasas Attitude Therapy.

Sebarang pertanyaan. Boleh hubungi pak yoep.





Saturday, May 7, 2016

Fakta Ais dari kacamata Attitude Therapy


Ais adalah air dalam keadaan yang berbeza iaitu pepejal.
Molekul2 air telah tersusun rapat pada suhu rendah hingga membentuk pepejal ais.

Apabila molekul2 unsur dan bahan bercampur dengan ais , molekul2 juga akan tersusun rapat.
Susunan2 teratur molekul2 zarah2 dapat menghasilkan tenaga dan fungsi.

Atom2 karbon boleh wujud dalam berbagai bentuk kerana kepadatan dan susunan molekul2nya spt arang, kayu dan intan.

Semakin cantik susunan atom semakin kuat tenaga yang tersimpan.

Dalam rawatan vibration AT amat mementingkan suhu yang rendah kerana getaran gelombang akan dihantar dengan pantas dan cekap pada suhu rendah.

Suhu tinggi menyebabkan peruwapan dan kekeringan.
Mengapa kita perlu peti sejuk untuk penyinpanan bahan makanan kita?
Makanan dan sayuran boleh tahan lama dalam suhu sejuk kerana bakteria dan kuman tidak boleh hidup membiak dalam suhu sejuk.

Teknologi suhu sejuk boleh membantu memanjangkan usia sesuatu bahan.

Tubuh badan yang panas amat tidak seimbang kerana bakteria aktif mengganggu siatem tubuh.

Badan hendaklah sentiasa disejukkan dan elakkan ambil minuman dan makanan yang panas.

Attitude Therapy care4U2.F

Saturday, January 16, 2016

Rawatan Anak Istimewa

Jeri Quotient merupakan suatu penawar yang dapat membantu mengatasi masalah autisme yang dihadapi oleh kanak-kanak istimewa. 

Di antara masalah yang dihadapi kebanyakan kanak-kanak ialah tidak dapat berkomunikasi, tiada fokus, sukar tidur malam dan sering tantrum. 
Kanak-kanak ini sering juga dikenali sebagai kanak-kanak nakal kerana tingkahlakunya yang berbeza dengan kanak-kanak normal. 
Selain mengamalkan Jeri Quatient, kami juga syorkan kanak-kanak autisme ini dapat mengamalkan CL/CEO1 dan CL/CEO 18 termasuk mandian Shower Power dengan titisan Seri Wangi yang diamalkan secara mandi ais untuk menghasilkan impak maksimum. 
Jika berkesempatan bolehlah hadir ke pusat rawatan di ipoh, perak untuk mendapatkan pemeriksaan secara percuma.
Produk ini juga berkemampuan untuk merawat masalah-masalah yang dihadapi oleh anak-anak istimewa dalam pelbagai kategori. In Shaa Allah.

‪#‎Perkongsian‬ Pengalaman
‪#‎Duta‬ Attitude Therapy

Thursday, January 7, 2016

Formula Attitude Therapy


Attitude Therapy 

Merupakan perubatan alternatif termoden sebagai ikhtiar merawat pelbagai penyakit terutama yang kronik, kritikal atau yang dianggap tiada harapan untuk sembuh merangkumi rohani (spiritual), ihsan (emosi), aqli (mental) dan jasmani (fizikal). 

Formula rawatan adalah daripada bahan semulajadi yang selamat digunakan serta dihasilkan mengikut piawaian Biro Pengawalan Farmasutikal Kebangsaan Kementerian Kesihatan Malaysia (NOT120203157K). 

Pengamal Attitude Therapy adalah berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia, Bahagian Rawatan Tradisional dan Komplementari (20120523728).

Attitude Therapy dimiliki oleh Attitude Therapy Sdn. Bhd. (959694W) yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia.

Pusat rawatan Attitude Therapy mendapat permit daripada pihak berkuasa tempatan (MBIG1/C3/87/12).


Hubungi:  alkindi5919@yahoo.com




Formula Rawatan Attitude Therapy



Semua formula adalah berkonsepkan getaran tenaga cahaya, warna dan bunyi. Bahan yang digunakan adalah mengikut piawaian BKFK Kementerian Kesihatan Malaysia.

Friday, December 11, 2015

Penawar Murid Masalah Pembelajaran

Pak Yoep BELUM bersedia untuk pamerkan diri.
Bersama salah seorang duta Attitude Therapy. (Blogger Pak Yoep) 
— with Pak Yoep at Attitude Therapy.
Dilantik secara rasmi pada 23 Nov 2013

Sumber - FB Pengasas Attitude Therapy
Pak Yoep telah menghadiri Bengkel Pemasaran Online pada 8, 9 dan 10 Disember 2015 anjuran Onovasia vista di Ara Partners Taman Melawati KL atas usaha sendiri bagi membantu Attitude Therapy dalam aspek pemasaran dengan kebenaran pengasas Attitude Therapy kerana pak yoep hadir atas kapasiti Duta Attitude Therapy.

Banyak ilmu yang telah diperolehi terutama dalam aspek pemasasan online. Penyampaian penceramah amat memuaskan. Fasilitator yang terlibat juga telah memberikan komitmen tinggi membantu peserta kursus.

Salah satu hasil yang dapat dijelmakan dalam bengkel ini ialah pembinaan laman web yang bakal digunakan untuk pemasaran produk iaitu  web Penawar Murid Masalah Pembelajaran. Web ini diwujudkan dengan tujuan utama membantu ibubapa yang ada anak istimewa yang dikenali sebagai Murid Bermasalah Pembelajaran.

Terima kasih atas kepercayaan Attitude Therapy melantik pak yoep sebagai Duta Attitude Therapy sejak 2013.

Pak Yoep telah bersama-sama Attitude Therapy sejak 2004. Kisahnya bermula dengan mendapat rawatan anak istimewa pak yoep, Faqihah, yang mengahadapi masalah pembelajaran dalam kategori autisme.

Alhamdulillah, kini Faqihah dah menjadi remaja yang sempurna dalam pelbagai aspek hasil daripada rawatan yang diberikan oleh Attitude Therapy. Pengalaman kami mendidik Faqihah boleh diperolehi dengan melayari blog ini dalam topik anakku autisma.

Tuesday, March 24, 2015

Minum air sejuk punca gemuk?


Mitos mengenai air sejuk yang dikaitkan dengan kegemukan adalah kerana terpengaruh dengan logik suhu air sujuk membekukan lemak dalam badan.

Sebenarnya suhu air yg diminum akan bertukar dengan cepat ke suhu badan apabila ia mula masuk ke perut.

Tambahan pula suhu air sejuk cuma sekitar 28 darjah dan air berais sekitar 18 darjah.

Maka suhu air tersebut tidak mampu membekukan lemak dalam badan.

Kenyataan air sejuk sebagai punca kegemukan bukan sahaja salah malah terapi rendaman ais merupakan kaedah pemecahan lemak dan penyingkiran kolesterol yang terbaik.

Penduduk Eskimo yang tinggal di iklim bawah 0 darjah Celsius, terkenal sebagai penduduk paling sihat di dunia tanpa masalah lemak, kolesterol, obesity dan coronary


Sumber - Dr Arif, Attitude Therapy

Monday, March 9, 2015

Tanda Kolestrol Tinggi


Rasanya wajar pak yoep kongsikan sedikit ilmu yang dapat kita amalkan untuk tingkatkan tahap kesihatan kita. Isunya adalah berkaitan dengan kolestrol.

¤Tanda-tanda Kolestrol Tinggi¤
》Jom periksa samaada anda ada tanda-tanda kolestrol tinggi di bawah.

♧Sering berasa kebas-kebas pada kaki.

♧Timbul bintik-bintik putih(biji lemak) pada bahagian bawah mata, kawasan muka atau leher yang disebabkan oleh kadar trigliserida yang tinggi.

♧Mudah letih, penat dan cepat mengantuk.

Sering berasa sakit kepala. Arteri yang semakin sempit akan membuatkan aliran darah ke otak berkurangan, sehingga menyebabkan rasa sakit pada kepala.

Kaki membengkak akibat pembuluh darah semakin sempit. Kaki merupakan bahagian yang paling sedikit mendapat darah.
Senak dada sebelah kiri apabila pembuluh darah pada bahagian jantung mula tersumbat. Hal ini menunjukkan kadar kolestrol terlampau tinggi.

Sunday, February 15, 2015

Kos Rawatan adalah Sedekah


Penyakit berkaitan dgn tenaga. Penyakit berlaku krn kekurangan tenaga atau bentuk tenaga yg berubah kepada tenaga yg negatif.
Perut, tenaganya membantu perut berfungsi utk menghadam makanan dan mengeluarkan ilham atau idea kreatif.
Perut juga blh mencela, menghina, mengherdik dan menyumpah org lain. Tenaga ini apabila digunakan drp tenaga asal iaitu menghadam dan mengeluarkan idea kreatif. Akibatnya fungsi fizikal perut merosot dan melemahkannya.

Tenaga asal perut atau sebarang organ lain yg bersifat positif blh dikembalikan dengan cara mengalirkan keluar bentuk tenaga yg negatif.
Satu-satunya cara yg ada ialah melalui sedekah atau mengeluarkan belanja drp hasil yg kita perolehi.
Setiap kali mengeluarkan belanja.. aqat sgt penting. Betulkan juga niat.. niatlah utk bersedekah kerana Allah. InsyaAllah ini adalah salah satu faktor penyembuhan
Urusan penyembuhan ini adalah urusan rohani.
Wlp dlm keilmuan farmasutikal.. proses penyembuhan dikaji dgn data emperikal yg sgt tepat, ttp penyembuhan tetap urusan spiritual.
Hospital pakar swasta sememangnya blh membutikan penyembuhan rawatannya.. tetapi gagal mengurus pengaliran tenaga negatif. Ia masih berada dlm badan dan berterusan menyebabkan penyakit tdk blh pulih. Ia membingungkan mereka.
Penjelasannya mudah.. pesakit tdk mengeluarkan belanja atau sedekah atau tdk aqat atau tdk berniat sedekah.
Selain itu.. kegagalan yg plg besar ialah kos rawatan ditanggung oleh sistem insurance atau panel majikan. 90% pesakit mrk dtg drp pembiayaan insurance atau panel majikan.
Wang tersebut ialah caruman.. yg bkn milik mutlak di dalam tangan pesakit. Panel majikan ialah helah utk mengelakkan cukai.. ia terang- terangan bkn milik dlm tangan pesakit. Boleh jd kedua-duanya adalah helah utk pengecualian cukai.. niat sudah lari.
Oleh itu, tenaga negatif masih tdk dialirkan keluar dan penyakit masih berterusan.
Petikan hadis berkenaan kehebatan sedekah utk menghapuskan penyakit;
"Ujian yang menimpa seseorang pada keluarga, harta, jiwa, dan jiran boleh dihapuskan dengan puasa, solat, sedekah dan amar makruf nahi mungkar."
(Hadis Sahih riwayat Bukhari )
Rujukan Hadis:
Kitab Sahih al-Bukhari no.502
Bahagian Mawaqit As-Solat (Waktu Solat):
Bab Solat Adalah Penghapusan (dosa)

Sunday, February 8, 2015

SEMINAR WAJAH BERSERI DENGAN SERI WANGI


SEMINAR WAJAH BERSERI DENGAN SERI WANGI 

TARIKH: 28 & 29 Mac 2015
HARI: Sabtu dan Ahad
TEMPAT: Tower Regency Hotel, Ipoh
WAKTU: 8.00 pagi hingga 5.00 ptg
ANJURAN: Attitude Therapy Sdn Bhd


Tentatif Program 

HARI PERTAMA
Attitude Anatomy (Color Level)
Attitude Physiology (Pasangan CL)
Applied Kinesiology (Cara diagnosis)
Petua Kesihatan (pulihkan 60% penyakit tanpa ubat).

HARI KEDUA
Kesihatan Wanita
Facial Hydrotherapy Ice
Spa Hydrotherapy Ice

BONUS - Hadiah Percuma
1. Paper Bag Exclusive
2. Lanyard
3. Notebook & Pen
4. Face Towel Exclusive
5. Aromatherapy Seri Wangi bernilai RM79 dgn kelulusan Kementerian Kesihatan
6. Cleansaroma bernilai RM37

Hubungi - Dr Aishah 0163315764 atau Prof Arif 0163315761

Friday, November 7, 2014

Bahaya Sotong Kering



SOTONG KERING LEBIH BAHAYA DARI MEROKOK

Sedarkah anda, selalu makan sotong kering lebih merbahaya dari merokok.
Dalam mazhab Hanafi, sotong adalah haram dimakan.

Kanser daripada sotong kering - Mengandungi logam toksik sama seperti bateri, plastik dan baja fosfat
PEGAWAI penyelidik CAP, Hatijah Hashim menunjukkan sotong kering yang didakwa dicemari kadmium di pejabatnya di Pulau Pinang semalam.

GEORGE TOWN - Ramai mengetahui keenakan sotong kering ditambah lagi jika dimasak sebagai sambal. Namun Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mendedahkan, tidak mungkin ramai pengguna sedar bahawa sotong kering kaya dengan logam toksik jenis kadmium, bahan yang sama digunakan dalam membuat bateri, plastik dan baja fosfat.

"Kesan pengambilan kadmium mendedahkan seseorang terhadap kanser payu dara, kanser prostat serta penyakit buah pinggang,'' kata Presidennya, S. M. Mohamed Idris pada sidang media di pejabatnya di sini semalam.

Menurutnya, selain sotong kering, makanan laut kering lain seperti tiram, ikan bilis dan udang juga mengandungi kadmium tetapi pada kadar yang lebih rendah.

"Hasil ujian yang dilakukan mendapati kandungan kadmium dalam sotong kering melebihi empat kali ganda had yang dibenarkan,'' ujarnya.

Monday, October 27, 2014

Attitude Therapy dalam Akhbar Harian


Monday, October 13, 2014

Kenali potensi diri

Mengenali diri sendiri dengan lebih mendalam mampu menentukan kejayaan. Malah, jika tahu mengenai personaliti diri, ia menjadi pakej lengkap untuk terus mengecap kejayaan dalam pelbagai bidang termasuk kerjaya.
Pelbagai usaha boleh dilakukan untuk mengenali diri sendiri yang dapat membantu individu membentuk personaliti diri. 
Antaranya menerusi terapi warna yang mempunyai banyak kategori termasuk penyembuhan fizikal, emosi, arah mata angin atau feng shui serta pembentukan personaliti diri. 

Menurut Pakar Terapi Warna dan Pembentukan Personaliti Master Yourself Revamp Your Life (MYRYL), Shuhada Alauddin, terapi warna untuk mengenal diri berkait dengan pembentukan personaliti.
Foto
SHUHADA (kiri) melakukan kaedah AK kepada Maryati (kanan).

“Ia menggunakan empat warna utama iaitu putih, hijau, biru dan merah jambu yang setiap satu mempunyai karakter masing-masing.

“Apabila tenaga dipindahkan kepada individu yang diuji, ia akan memberi warna yang memberitahu mengenai personaliti atau karakter mereka,” katanya. 


Kaedah tentukan personaliti diri

Untuk membantu mengenal pasti personaliti diri seseorang, pakar terapi warna menggunakan kaedah Kinesiologi Gunaan (Applied Kinesiology - AK). 

Kaedah AK adalah teknik praktikal bagi mendapatkan jawapan secara refleks untuk menjawab persoalan mengenai warna dalaman dan luaran individu.

Titik tenaga diuji dan jawapan kepada soalan yang diajukan pakar terapi warna kepada individu yang diuji akan terjawab menerusi interaksi dalaman di bawah paras sedar. 

“Minda di bawah sedar dikuasai bahagian otak serebelum dan diisyaratkan pada saraf spina yang akan terus menghantar isyarat ke pusat kawalan bawah paras sedar. 

“Jawapan yang terhasil akan memberikan keputusan yang bebas daripada logik akal yang terhad. Kinesiologi adalah refleks suara hati yang memberikan isyarat berdasarkan niat dan memberikan hasil tindakan gerak balas otot tangan tanpa diganggu oleh elemen asing,” katanya. 

Kaedah AK diuji kepada peserta bagi menguji kekuatan otot tangan individu itu. Keempat-empat titik tenaga seperti putih menandakan bahagian atas kepala, merah jambu bahagian di antara kening, hijau bahagian dahi dan biru bahagian hati.

Untuk melakukan kaedah berkenaan, kedua-duanya sama ada yang menguji atau yang diuji perlu bersikap tenang dan menyerahkan 100 peratus tugas berkenaan dengan penuh kepercayaan. 

“Penting untuk individu itu tahu mengenai warna luaran dan dalaman mereka bagi keselesaan kepada diri sendiri selain dapat membantu memilih kerjaya yang sesuai dengan personaliti yang dikenal pasti.

“Selain itu, ia juga membantu untuk mengetahui kelemahan diri bagi mencari kebahagiaan dalam sesebuah rumah tangga.

“Misalnya, jika suami atau isteri mempunyai sikap pemarah sebaiknya salah seorang jangan pula mahu membangkitkan kemarahan dan mengeruhkan lagi keadaan,” kata bekas peguam ini. 

Selepas mengetahui kelemahan masing-masing, setiap individu harus mengelakkan pergaduhan dengan melihat kekuatan yang dimiliki pasangan masing-masing. 

Dia yang kagum dan pernah mengambil kursus bersama Pengasas Terapi Getaran Warna, Profesor Dr Nor Hisham Wahab menambah, setiap peserta akan diajar mengenai AK dalam bengkel yang diadakan MYRYL. 

Bengkel mengenai terapi warna berkenaan disediakan dalam dua pilihan iaitu bengkel sehari atau tiga hari bagi membantu mengajar mengenai potensi diri sendiri dan mengubah pemikiran individu itu untuk berjaya. 

Biasanya, peserta yang hadir pada bengkel berkenaan adalah golongan dewasa tidak mengira lelaki mahupun perempuan berusia 25 tahun ke atas dan kebanyakannya mahu memilih kerjaya sesuai dengan personaliti masing-masing.

Bengkel berkenaan yang bermula sejak Oktober 2012 bertujuan berkongsi ilmu pengetahuan dan menggalakkan orang lain mempelajarinya dengan kos lebih murah.

Sekurang-kurangnya, ia dapat membantu seseorang untuk melakukan pilihan terbaik dalam kerjaya mahupun kehidupan seharian.


Ikhtiar untuk berjaya

“Sebelum saya memulakan bengkel terapi warna ini, saya pernah menghadapi masalah dalam pekerjaan kerana ia tidak memberi kepuasan.

“Walaupun saya terbabit di bidang guaman selama 11 tahun, namun saya masih mencari perkara yang disukai untuk mencapai kepuasan. 

“Disebabkan memang sejak kecil gemar dengan warna, saya sentiasa mencari perkara berkaitan warna dan akhirnya menemui kursus mengenai terapi ini,” jelasnya.

Kini, selepas menyelidik mengenai potensi dan kriteria dirinya sendiri, sebenarnya Shuhada lebih sesuai untuk menjadi pakar motivasi kerana dia gemar bercakap.

Tambah Shuhada, terapi warna berkenaan juga sesuai dilakukan oleh individu lepasan sekolah atau ibu bapa yang mahu mengenali dengan lebih dekat potensi anak-anak mereka. 

Tegasnya, terapi warna bukanlah ramalan tetapi ia sebenarnya sudah dibuat kajian dan eksperimen sejak 20 tahun lalu oleh pengasasnya.

Ia bertujuan mengetahui frekuensi dalam udara sebelum disampaikan kepada pelajar yang mengikuti kursusnya. Namun nasihatnya, jangan terlalu taksub dengan keputusan yang diperoleh kerana semuanya harus diserahkan kepada Allah dan anggap ia sebagai ikhtiar kepada diri sendiri untuk mencapai kejayaan serta kebahagiaan. 

“Sebenarnya, jika diikutkan terapi warna itu sudah wujud sejak zaman Cleopatra. Ibnu Sina juga pernah mengkaji dengan lebih mendalam mengenai warna tetapi ia lebih cenderung dalam bidang perubatan. 

“Namun apabila perubatan secara saintifik mengambil alih zaman itu, ia sekali gus menjadikannya tidak diiktiraf lagi,” katanya. 

Jelasnya, selepas mengikuti kursus terapi warna individu itu tidak perlu tergesa-gesa untuk menukar kerjaya jika mendapati ia tidak sesuai dengan personaliti diri, sebaliknya teruskan bekerja dan cari kerjaya diminati secara perlahan-lahan. 

Sementara itu, menurut Koordinator MYRYL, Maryati Mohari, dia sememangnya agak keliru dengan fungsi sebenar pada peringkat awal dia belajar mengenai terapi warna.

“Sebelum menjadi koordinator, saya harus belajar mengenai terapi warna dan terlebih dulu mengamalkan tip mengenai penggunaan warna setiap hari. 

“Ia dilakukan bagi membantu diri mengubah pemikiran negatif kepada positif untuk meningkatkan keyakinan diri ketika berhadapan dengan orang lain. 

“Jika dulu saya seorang yang pelupa tetapi sejak amalkan penggunaan warna yang disarankan setiap hari, saya lebih bersikap tenang dan tidak panik apabila kehilangan barang,” katanya. 

Kemungkinan ia berlaku disebabkan dia sendiri sudah menanamkan dan mengamalkan warna yang disarankan untuk membantu melancarkan setiap urusan saban hari.

Ia menyebabkan dia lebih tertarik dengan kesan yang diterima sebelum disampaikan kepada peserta pada bengkel terapi warna. 

“Ia berkesan dan membantu untuk meningkatkan keyakinan diri malah dijadikan ikhtiar bagi memperbaiki personaliti diri.

“Ini terbukti apabila saya mengalaminya sendiri. Sejak mencuba kaedah AK dan mengetahui warna diri sendiri iaitu merah jambu, ia sekali gus dapat meningkatkan diri untuk berkomunikasi.

“Saya juga pernah melakukan kaedah AK sebanyak tiga kali kerana mahu mendapatkan keputusan telus mengenai warna diri dan ia memang tidak pernah berubah,” katanya. 

Warna merah jambu melambangkan seorang yang periang dan mempunyai pemikiran terbuka. Mereka dalam kalangan warna itu lebih cenderung memahami perasaan orang lain dan rasional dalam membuat sebarang keputusan. 

Malah mereka juga dianggap matang dalam kehidupan dan mempunyai sifat pemurah selain meminati bidang kreatif. 

Tambahnya, kebanyakan peserta yang menyertai bengkel warna berasa kurang yakin pada diri sendiri, tidak tahu kerjaya bersesuaian dan ingin mengubah jenis perniagaan sesuai dengan diri mereka. 

Biasanya, bengkel berlangsung selama tiga hari sudah lengkap untuk peserta mengenal personaliti diri. 

Namun, jika ada yang inginkan kepastian, mereka akan diberikan masa selama dua jam untuk melakukan bimbingan secara persendirian bersama pakar terapi warna.

Tegasnya, setiap individu perlu mengetahui alasan wujudnya warna di sekeliling hidup mereka. Ini kerana ia berfungsi untuk membantu mengubah pemikiran negatif kepada positif sebagai usaha meningkatkan keyakinan diri. 


Panduan pemilihan warna: 

Isnin
 - Dianggap sebagai hari permulaan dalam setiap minggu. Pilihan warna putih pada pakaian atau aksesori sesuai untuk Isnin bagi menjelaskan setiap kesukaran atau masalah pasti ada jalan penyelesaian. 

Selasa - Melambangkan emosi atau kasih sayang. Rona yang sesuai adalah merah jambu atau ungu lembayung. 

Rabu - Hari komunikasi dan warna biru sesuai untuk anda terutama apabila perlu membuat pembentangan atau berjumpa pelanggan supaya komunikasi berjalan lancar. 

Khamis - Kuning atau oren mempunyai kaitan dengan perut dan ia melambangkan hari yang kreatif. Justeru, Khamis sesuai jika ingin melakukan senaman latihan di gimnasium atau mengamalkan diet untuk menguruskan badan. 

Jumaat - Hijau berkaitan dengan paru-paru dan jantung serta melambangkan keagamaan. 

Sabtu - Merah sering dikaitkan dengan darah. Pada Sabtu, kebanyakan individu mudah terpengaruh atau cenderung untuk ditipu. Sebaiknya, elak memilih Sabtu jika ingin membuat urusan berkaitan kewangan. 

Ahad - Hitam warna yang sesuai. Ia menjadi hari yang penuh misteri atau rahsia. Biasanya, warna itu dikaitkan dengan otot, tulang dan sendi.

Friday, October 10, 2014

Belajar ilmu Kinesiology


'Kine' bermaksud otot
'siology' ilmu

Kinesiology bermaksud ilmu berkenaan tindakbalas otot.
Otot yang dimaksudkan ialah otot deltoid di lengan.
Otot deltoid seseorang dikawal oleh otak medulla oblongata yang bertindakbalas terhadap ransangan minda separa sedar dari pengamal yang mendiagnos.

Asasnya kinesiology ialah tindakbalas otot deltoid dalam mendiagnos penyakit.
Sebelum mendiagnos, pendiagnos mestilah mendapatkan titik keseimbangan tenaga dengan memberi tekanan pd tangan kanan yg didiagnos menggunakan tangan kiri.

Terbentuk satu aliran tenaga yang lengkap antara dua orang yg melakukan proses kinesiology. Tenaga yg digunakan tidak semestinya kuat, ia dibuat bersahaja supaya tidak keletihan.

Setelah mendapat keseimbangan tenaga barulah proses selanjutnya boleh dimulakan.


Tuesday, September 30, 2014

Kursus Pengamal AttitudeTherapy

Aura bakal pengamal Attitude Therapy

Kursus  bertempat di Tower Regency Hotel pada 27  dan 28 Sep 2014

Pengasas Attitude Therapy, Prof Dr Ariffaizal

Kursus yang dihadiri pak yoep buat kali ke-2... 2008

Friday, September 26, 2014

Kursus Intensif Pengamal Attitude Therapy



ATTITUDE THERAPY: akan menganjurkan Kursus Intensif Pengamal Attitude Therapy pada 27 dan 28 September 2014 bertempat di Tower Regency Hotel Ipoh. Peserta akan didedahkan ilmu anatomy dan physiology warna,kaedah diagnosis Applied Kinesiology serta scan penyakit.

Sesiapa yang ingin mendapatkan rawatan, sila ke tingkat 11 hotel tersebut.

Tawaran harga diskaun istimewa diberikan berserta  paper bag eksklusif diberikan.



Sila hubungi 


Prof.Arif: 0163315761
Dr.Aishah: 0163315764 .

Monday, July 28, 2014

Jeri Quotient bantu anak belajar

Saya mendidik pelajar sekolah selama 23 tahun dan melihat berbagai karektor dan minda pelajar. 

Banyak kaedah yang saya cuba untuk memberi pendidikan menyeluruh dari empat aspek iaitu Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelek. 

Semangat untuk melihat pelajar berubah dan dapat belajar dengan gembira tidak pernah luntur. 

Ada pelajar yang hatinya tak dapat diselami. Ia terhijab dari menerima nasihat dan tunjuk ajar guru. Ia seolah2 berada dalam dunianya sendiri. 

Ini mbuat guru amat kecewa kerana pengajaran yang tak efektif.

Ada banyak sebab mengapa ada pelajar yang tidak boleh mengikuti sesi pembelajaran normal disekolah.

Selalunya antara sebab utama mengapa anak2 x boleh belajar ialah faktor pemakanan yang tidak betul dari segi keperluan zat yang sebenar. Perkembangan minda tersekat kerana toksik yg terbentuk dari pemakanan yang diambil.

Selain dari faktor kelahiran yg menyebabkan kecacatan, terdapat juga gangguan2 tenaga asing yang mengganggu perkembangan minda anak yang sihat.

JERI adalah satu ikhtiar Attitude Therapy untuk merawat masalah karakter dan minda anak2 dan dewasa yang sukar untuk ditangani. Ia membekalkan tenaga organ2 pencernaan, keupayaan minda, sifat2 terpuji, makanan sunnah, zat2 mineral multi vitamin dan doa syifak.

Terdapat banyak testimoni yang memberangsangkan tentang kesan rawatan JERI seperti yang dilaporkan oleh blogger pak yob tentang anaknya nur faqihah azwani.

Cubalah merawat dan jangan berputus asa dengan ujian Allah kerana anak2 adalah merupakan ujian Allah.

Elok juga semasa merawat dengan JERI gunakan shower power sebagai mandian supaya anak2 rasa segar dan tenang, dapat rasa nak tidur awal waktu malam dan dapat bangun awal. 

Terimakasih kepada ibubapa yang datang ke klinik saya dari seluruh Malaysia kerana masalah anak masing2 semoga mendapat kesembuhan dari Allah swt.

Sumber - Dr Aishah, Pengamal Attitude Therapy

Sunday, July 27, 2014

Diagnos Percuma di Attitude Therapy

Assalamualaikum.

Diagnos Percuma.

InsyaaAllah pada setiap hari jumaat saya (Dr Aishah) akan memberikan khidmat diagnos penyakit dengan percuma dari jam 9 pagi hingga 12 tghr. Setiap seorang tetamu akan mendapat hadiah istimewa dari Attitude Therapy. 

Selamat datang ke klinik Attitude Therapy.
No91 jln raja musa mahadi,
Tmn hilview, ipoh.


05 3125764





Saturday, May 17, 2014

Rawatan Autisma Attitude Therapy


Jika ibubapa mempunyai anak kecil yang mempunyai kelainan, dari segi kadar perkembangan pertuturan atau kemahiran asas dalam pembelajaran dan respond yang lemah pada arahan, segeralah buat pemeriksaan pakar perkembangan kanak2. Pemeriksaan ini adalah untuk mengesan keupayaan anak tersebut.

Setelah mendapat keputusan pemeriksan oleh pakar kanak2 bahawa anak mengalami masalah  langkah merawat harus dilakukan dengan segera.

Kelewatan dalam pengesanan masalah anak melambatkan proses rawatan dan pemulihan.
Kebanyakan ibubapa yang datang keklinik saya untuk rawatan kes kelainan upaya anak2 menyatakan mereka mengesannya semasa anak mereka telah berumer 3 tahun.

Pada umur ini tidak terlambat untuk merawat masalah hyperaktif, lambat bercakap atau autisma.

Ada juga kanak2 yang mengalami masalah ini mengalami gangguan makhluk halus dan hijab terbuka sehingga mereka selalu bertembung dengan dimensi alam ghaib.

Kanak2 mengalami halusinasi lantas mengganggu perkembangan minda.

Klinik Attitude Therapy menyediakan rawatan mandi selama 3 hari berturut2 dan ubat2 yang sesuai bagi memulihkan minda dan karektor anak2 yang bermasalah.

Sumber - Blog Dr Aishah

alkindi5919@yahoo.com

Sunday, February 9, 2014

Larangan selepas makan

1. MAKAN BUAH – menyebabkan perut kembung. Digalakkan makan buah 1-2 jam selepas atau 1 jam sebelum makan.
2. MINUM TEH – daun teh mengandungi kandungan asid yang menyebabkan kandungan protein dalam makanan sukar dihadam.
3. MINUM AIS – meminum ais sebelum, semasa, dan selepas makan melambatkan proses pencernaan perut kerana air sejuk membekukan makanan berminyak yang dimakan.
4. MEROKOK – kesan menghisap sebatang rokok selepas makan sama dengan menghisap 10 batang rokok, menyebabkan risiko penyakit lebih tinggi.
5. BANYAK BERJALAN – menyebabkan kesukaran sistem penghadaman menyerap nutrisi yang terkandung dalam makanan yang diambil.
6. MELONGGAR TALI PINGGANG – melonggar tali pinggang secara tiba-tiba boleh menyebabkan usus terbelit atau tersekat.
7. MANDI – menyebabkan peningkatan aliran darah ke tangan dan jumlah darah sekitar perut berkurangan. Ia melemahkan sistem percernaan dan boleh membuat jadi buncit.
8. TIDUR – boleh menyebabkan kenaikan berat badan dan mengundang gastrik kerana penghadaman tidak dapat dilakukan dengan baik.

Monday, February 3, 2014

Sambutan pengguna produk Attitude Therapy


Cuba merekodkan penghantaran produk Attitude Therapy sepanjang 2014. Terdapat banyak penghantaran produk-produk tersebut sepanjang 2013 tapi tidak direkodkan. 

Memandangkan sentiasa mendapat permintaan, maka penghantaran akan direkodkan sebagai tanda penghargaan / ingatan senarai pengguna yang telah membuat pembelian. 

Produk yang sering mendapat perhatian ialah JERI QUOTIENT bagi tujuan rawatan anak-anak istimewa terutama autisma dan meningkatkan prestasi akademik anak-anak pengguna.


Di antara fungsi lain yang diperolehi daripada pengamalan JERI QUOTIENT ialah

1. Perlindungan ibu dan bayi.
2. Membantu menyerap nutrient.
3. Melegakan senak dan kembung perut.
4. Memulih gangguan genetik minda (Rawatan Autisma)
5. Memulih pesakit psikitrik.


Senarai pengguna baru / lama (susulan) sepanjang Januari 2014 ialah
  1. Marziera - Ipoh, Perak
  2. Rojimah - Klang, Selangor
  3. Bashirah - Sungai Buluh, Selangor
  4. Norshakila - Setapak, Kuala Lumpur
  5. Nursyima - Johor Bahru, Johor
  6. Siti Nur Rahmah - Bandar Baharu, Kedah
  7. Siti Suhaiti - Jitra Kesah
  8. Faridah - Kuala Lumpur
JERI juga telah dipasarkan ke Sabah / Sarawak.

Terima Kasih atas kepercayaan semua pengguna yang telah menggunakan produk Attitude Therapy.