Sunday, December 11, 2011

Merawat 6 orang pelajar yang histeria

Dr. Tengku Asmadi bin T. Mohamad
Antara pengalaman yang tidak dirancang dalam kem MAP Kembara 2011 hujung minggu baru-baru ini ialah mengurus dan merawat 6 orang pelajar yang histeria. Bukan kumpulan pelajar saya, tetapi kumpulan pelajar lain yang turut berada di situ bagi program bacaan Al-Quran. beberapa orang ustaz yang bijak al-quran, hafiz dan hafizah telah meruqyah tetapi gagal menghalau gangguan. Maka saya tergerak menolong mereka menggunakan cara saya dan alhamdulillah selesai. Persoalan yang bermain dikepala ustaz dan ustazah itu ialah kenapa jin-jin dan syaitan-syaitan itu tidak takut dengan al-quran. Saya tidak punya masa bagi menjelaskan kepada mereka sebab saya sendiri sibuk kerana ada program saya juga.

Banyak komen2 drp rakan2 FB Dr Tengku Asmadi bertanyakan bagaimana beliau berjaya memulihkan pelajar tsbt.

Beliau menjawab,

Dr. Tengku Asmadi bin T. Mohamad
Kekuatan sebenar bukan pada ayat. Ayat tidak punya apa-apa kuasa. Kekuatan sebenar letaknya pada tauhid. Sedikir rasa goyang dan ragu pada kebesaran Allah maka tewaslah kita. Untuk membina kekuatan ini perlu berguru. Ia bukan datang dengan hanya membaca buku dan memahami apa itu tauhid uluhiyyah dan tauhid rubbubiyyah. Perlu betul-betul berguru.

No comments:

Post a Comment