Showing posts with label Sekolah Pak Yoep. Show all posts
Showing posts with label Sekolah Pak Yoep. Show all posts

Saturday, December 23, 2023

Team yang hebat.


Watak penting yang mengerakkan PPKI SK Tasik Damai awal tahun 2019.

1. Pn Nur Ain Asyikin - telah bertugas sbg PKPK di SK Pasukan Polis Hutan.

2. En Madavan - dah layak utk menjadi PKPK.

3. En Abdul Karim - berkelayakan untuk dilatih menjadi SU Kokurikulum.

Diucapkan jutaan terima kasih atas komitmen membantu pengurusan PPKI SK Tasik Damai.

Kenangan Terindah di SK Tasik Damai

 


26 Sep 2019 SK Tasik Damai berjaya sertai Pertandingan Bercerita di Peringkat Kebangsaan di Putrajaya (Hasmanajwa)



2 Julai 2021 Nurul Nasuha Farhana berjaya mendapat tempat NAIB JOHAN dalam Pertandingan e-NILAM Peringkat negeri Perak.



Amirul Daniel akan mewakili Perak dlm kejohanan olahraga peringkat kebangsaan pada 12-15 Sep 2022. Dalam tempoh 3 tahun, 2 orang murid PPKI SK Tasik Damai telah berjaya mewakili Perak bertanding sehingga ke peringkat kebangsaan. Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada semua guru yang terlibat melatih murid sehingga mampu mencapai tahap tertinggi.




18 Oktober 2023 SK Tasik Damai berjaya menjadi JOHAN dalam pertandingan GOT TALENT peringkat negeri Perak.

Tamat Tugas di SK Tasik Damai Ipoh

 9 Nov 2023 (Rabu) - Dipanggil ke PPD Kinta Utara.

10 Nov 2023 (Khamis) - Lapor diri ke KSpeed.

11 Nov 2023 (Jumaat) - Mula bertugas di KSpeed.

11 Nov 2023 (Jumaat) - Atas permintaan diraikan Majlis Perpisahan bersama guru/murid PPKI SK Tasik Damai.

23 Nov 2023 (Khamis) - Diraikan Majlis Perpisahan diperingkat sekolah.

24 Nov 2023 (Jumaat) - Bertugas sepenuhnya di KSpeed.


Monday, April 13, 2020

Arahan utk PPKI - PKP Fasa 3

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera sejahtera.

:pushpinRujuk ARAHAN drp pihak sekolah hari ini.
:pushpin:Rujuk ARAHAN drp KPM

1. Semua guru ppki WAJIB membuat catatan PDP - SATU kelas/hari.
2. Catatan PDP mesti upload dlm Google classroom.
3. Bahan PDP - diberi melalui whatsapp
4. Contoh bahan PDP - buku teks, buku aktiviti,kuiz google forms, youTube, eduweb DLL
5. Catatan PDP wajib dibuat bermula - 30 Mac 2020
6. Fokus kepada subjek utama.. BM, BI, MT, SN, PI
7. Guru kelas - wujudkan whatsapp kelas
8. Guru kelas - pantau perjalanan pemberian bahan.
9. Guru kelas - add semua guru yg mengajar dlm kelas
10. Guru kelas - add pkpk

:pushpin: Laksana tanggungjawab kita.
:pushpin: Terima kasih atas kerjasama semua.
:pushpin: Contoh bahan PDP - Rujuk Info SKTD


Sempena PKP Covid 19 - Study Online

Assalamualaikum n Selamat sejahtera kpd semua guru SKTD

Pengumuman terkini👇

✅Semua guru ( aliran perdana, pra sekolah dan ppki ) perlu membuat catatan PDP sekurangnya satu kelas sahaja berdasarkan jadual waktu. (kalau lebih terpulang pd guru).

✅Catatan PDP mesti upload dlm Google classroom seperti erph  yg telah buka bermula pada pkl 1pm hari ini. (13/04/2020)

✅Contoh catatan akan diberi. 

✅Erph akan dibuka setiap hari Isnin dan tutup hari Jumaat. 

Bahan PDP blh diberi melalui wassp, telegram.

Contoh bahan PDP ialah buku teks, buku aktiviti,kuiz google forms, youTube, eduweb dan Apa2 sahaja yg sesuai.

✅Guru PPKI boleh rujuk En.Rodi.

✅Catatan wajib dibuat bermula tarikh surat siaran dikeluarkan.. Pada 30 Mac 2020 (telah ada dlm tapak erph Google classroom) 

Note‼️
✅Bahan PDP yg diberi mesti berpatutan dan ikut kesesuaian murid. Tidak terlalu banyak utk 1 hari. 

✅Keutamaan pemberian kerja rumah fokus kepada subjek utama.. BM,BI,MT,SN, PI, BA

✅Semua tahun wajib menyediakan bahan.(bagi guru yg tidak mengajar subjek utama blh beri bahan melalui buku teks sh). 

✅Guru kelas memantau perjalanan pemberian bahan.

✅Guru kelas perlu add semua guru yg mengajar dlm kelas masing2 termasuk guru bukan subjek utama.

✅Guru kelas perlu add pk mengikut tahun seperti dibawah...
Tahun   1.. EN  Shariff
TAHUN 2.. EN Shariff
TAHUN 3..Pn. Puteri Salbatun
TAHUN 4..PN  Shazlizaini
TAHUN 5..PN  Fadhilah
TAHUN 6..PN  Fadhilah

🌹Harap semua guru dpt memberi kerjasama.
Terima Kasih.

Thursday, March 12, 2020

Tindakan Ponteng Sekolah

Hari ini merupakan tindakan kali ke-3 yang pernah pak yoep lakukan terhadap murid ppki yang ponteng sekolah. Pengajaran buat ibubapa yang tidak mementing kehadiran anak mereka ke sekolah. Ponteng sekolah dimasukkan ke dalam sistem apdm.

1. Guru kelas memastikan semua pelajar yang tidak hadir memberikan SURAT DOKTOR atau SURAT IBU BAPA/ PENJAGA DENGAN TANDATANGAN YANG SAH bagi tempoh masa pelajar itu tidak hadir. Pelajar yang tidak hadir selama dua hari TANPA surat itu dikehendaki MEMBAWA PENJAGA ke sekolah berjumpa pihak sekolah (kecuali ada bukti yang nyata bahawa ketidakhadiran pelajar itu ada sebab munasabah). Sila tanda (S) sekiranya ada surat dan (P) jika tidak memberikan surat sebelum hujung minggu.

2. Surat Amaran Pertama hendaklah dihantar pada hari ketiga untuk pelajar yang tidak datang ke sekolah selama tiga hari berturut-turut atau pada hari kesepuluh pelajar tidak hadir bukan secara berturut-turut tanpa surat.

3. Surat Amaran Kedua hendaklah dihantar jika pelajar tidak datang ke sekolah 7 hari berturut-turut selepas Surat Amaran Pertama. Surat Amaran Kedua hendaklah dihantar juga sekiranya telah ditandai (P) sebanyak 20 hari bukan secara berturut-turut.

4. Surat Amaran Terakhir hendaklah dihantar sekiranya tiada apa-apa komunikasi 7 hari selepas Surat Amaran Kedua. Sila hantar surat tersebut juga untuk pelajar yang telah ditandai (P) sebanyak 40 hari bukan secara berturut-turut.

5. Selepas tempoh 14 hari ponteng sekolah daripada tarikh penghantaran Surat Amaran Terakhir bagi hari tidak hadir berturut-turut atau selepas 20 hari ditandai (P) bagi hari tidak hadir bukan berturut-turut, pelajar boleh dibuang sekolah. Surat untuk tujuan memberitahu ibu bapa/ penjaga bahawa pelajar telah dibuang sekolah hendaklah ditandatangani oleh Pengetua. Pelajar tidak boleh diterima balik selepas itu tanpa merujukkannya kepada Pengetua.

Semua surat doktor, surat daripada ibu bapa/ penjaga dan surat keluar kawasan sekolah hendaklah disimpan dengan baik di dalam fail. Sila pastikan nama, tingkatan, dan tarikh tidak hadir ternyata dalam surat-surat. Sila susun surat mengikut tarikh dan bulan (kumpulkan semua surat untuk satu bulan bersama-sama untuk kemudahan rujukan apabila perlu).

Untuk makluman, pelajar yang balik dengan kebenaran/ kenyataan sebelum masa ketiga dianggap tidak hadir (S). Pelajar yang keluar kawasan sekolah untuk mewakili sekolah dalam pertandingan rasmi dianggap hadir pada hari itu.

Penghantaran surat-surat adalah seperti berikut:

Surat
Hari Tidak Hadir (P)
Berturut-turut
Hari Tidak Hadir (P) Bukan Berturut-turut
Amaran Pertama
pada hari ke-3
pada hari ke-10
Amaran Kedua
7 hari selepas Amaran Pertama
10 hari lagi selepas Amaran Pertama
Amaran Terakhir
7 hari selepas Amaran Kedua
20 hari lagi selepas Amaran Kedua
Buang Sekolah
14 hari selepas Amaran Ketiga
20 hari lagi selepas Amaran Ketiga
Jumlah Hari Tidak Hadir
31 hari berturut-turut
60 hari bukan berturut-turut

Wednesday, February 26, 2020

Persaraan Pn Khatijah 18 Feb 2020


Image may contain: 6 people, people standing and wedding


Image may contain: 2 people, people standing



Image may contain: 3 people, including Nieza Yuyuzz and Wan Mazlina Wan Din, people smiling, people standing, flower, wedding and outdoor



Image may contain: 2 people, including Fatin Nadia, people smiling, people standing and flower



Image may contain: 2 people, people standing

Image may contain: 6 people, people standing and wedding







Saturday, February 22, 2020

Kemenjadian Murid PPKI Pak Yoep

KEMENJADIAN murid ppki 
Inklusif Penuh (Perdana)
1. Hasmanajwa - Tahun 6 (UPSR)
2. Khairul Nazmi Afif - Tahun 4
Pengawas Sekolah (PPKI)
1. Syakir
2. Amirul
3. Nabila
4. Nurain
5. Nasuha
Pengawas Pusat Sumber Sekolah (Perdana)
1. Irish Insyirah
2. Akif Mikail
15/1/2020 - Pertandingan Merentas Desa (Perdana)
1. Hamzah - Tempat ke-8
11/2/2020 - Pertandingan Boling PPD Kinta Utara (Daerah)
1. Hamzah - Penyertaan
2. Nabila - Penyertaan
15/2/2020 - Kejohanan Olahraga Tahunan Sekolah (Perdana)
1. Syakir - 2 Perak dan 1 Gangsa
2. Hamzah - 1 Emas
3. Eirwan - 1 Emas
20/2/2020 - Kem Bestari Solat PPD Kinta Utara (Daerah)
1. Fiqri
2. Fatiha
3. Farisha
4. Amirul
27/2/2020 - Pertandingan Merentas Desa JPN Perak (Negeri)
1. Ikram
2. Amirul
3. Akif Mihail
3 dan 4/3/2020 - Kejohanan Olahraga PPD Kinta Utara (Daerah)
# Masih dalam sesi pemilihan peserta

Saturday, February 8, 2020

Murid PERDANA to PPKI

Pertama kali. 

Dipanggil ke pejabat. 

Ada kes katanya. 

Tertanya2 jugak. 

Rupanya kes murid perdana yg ada masalah tingkah laku. Masuk pejabat ada anak, ibu & guru kelas. Tengok murid tu. Okey je nampak. Guru kelas bgtau kisahnya. Ibu akui apa yg diceritakan guru. 

Bila pak yoep mula berbicara. Berterusan berbicara. Pak Yoep terhenti seketika berbicara. Tersentuh hati.Terkelu seketika. 

Rasa tak mampu untuk terus berbicara. Bila lihat ibu berkenaan....

MENANGIS dengan penuh emosi.

Tak pasti apakah perkara yang menyentuh hati ibu berkenaan.

Ibu menangis dihadapan Pak Yoep semasa bersembang & beri penerangan kali ini merupakan kali ke-2.

2018 - SK Pinji Ipoh, Ibu berbangsa CINA
2020 - SKTD, Ibu berbangsa INDIA.

Murid telah dirujuk ke JPN Perak untuk pengesahan MBK oleh pegawai yang ada kepakaran. Pengesahan mereka diperlukan untuk tujuan penempatan murid berkenaan ke PPKI.

Kongsi maklumat sekiranya murid perdana mahu ditempatkan di kelas PPKI dimana murid berkenaan ada ciri-ciri MBK. Apa itu MBK? MBK - Murid Berkeperluan Khas.

Keadahnya.

Murid perlu dirujuk kepada Pengamal Perubatan @ pegawai 3PK di Jabatan Pendidikan Negeri. 

Dokumen yang diperlukan - Laporan Bertulis Guru, Buku Tulis dan Hasil Kerja murid.
IBubapa/penjaga WAJIB hadir bersama semasa berjumpa Pengamal Perubatan atau Pegawai 3PK.

Sekiranya murid dirujuk kepada pegawai 3PK, murid boleh ditempatkan ke kelas PPKI. Murid tersebut WAJIB juga dirujuk kepada Pengamal Perubatan dalam tempoh 6 bulan berada di kelas PPKI.

Sekiranya gagal mendapatkan pengesahan Pengamal Perubatan, murid tersebut WAJIB dipindahkan semula ke arus perdana.

Thursday, February 6, 2020

Program Peningkatan PPKI sktdi 2020


Pak Yoep dipindahkan ke sktdi pada Jun 2019. Berdasarkan pemerhatian terhadap murid terdapat beberapa kelemahan murid perlu diambil perhatian. Kelemahan yang ada ini perlu diambil tindakan serius kerana dasar ppki yang sedia ada di ppki tidak mencerminkan situasi sebenar. Memerah keringat memikirkan apa yang perlu dilakukan pada tahun 2020.

Dasar PPKI sktdi
1. Menjadi contoh ppki terbaik di Daerah Kinta Utara.
2. Tingkatkan kemenjadian murid.
3. Murid boleh berdikari sendiri.

Dengan kerjasama En Madavan yang dilantik sebagai Penyelaras Program Peningkatan, maka terhasillah kertas kerja yang telah ditaklimatkan dan diluluskan oleh Guru Besar. Beliau amat gembira dengan program yang dirancang selari dengan kehendak PPD Kinta Utara.

Program Peningkatan PPKI sktdi dirancang untuk dilaksanakan sebulan 2 kali. Bermula jam 7.30 pagi hingga 12.00 tengahari. Aktiviti yang dilaksanakan ialah

1. Peningkatan Ko-kurikulum/Ko-Akademik.
2. Terapi Dalaman.
- Kemahiran Motor Kasar/Halus
- Kemahiran Kognitif
- Integrasi Sensori
- Pengurusan Emosi
3. Intervensi RPI
4. Plan Strategik - Pengurusan Diri

Telah dilaksanakan bermula pada 4 Feb 2020. 

Program berjalan dengan lancar.

Respon guru - Tiada laporan negatif diterima.

Sunday, January 26, 2020

Pesan Pak Yoep kpd Ibubapa 2

MINGGU KEDUA PERSEKOLAHAN

Bukan nak claim parent. Tapi inilah hakikatnya. Peringatan untuk parent yang hantar anak di kelas pendidikan khas. 


Ramai parent yang ambil lewat anak autisme selepas tamat waktu sekolah.Bukan setakat 5, 10 minit lewat tapi ada yang ambil lewat sehingga melebihi 30 minit. 

Tanpa rasa bersalah pulak tu. 

Malah, ada parent demand untuk tinggalkan anak autisme di kelas pendidikan khas sehingga jam 1.30 ptg yang sepatutnya balik pada jam12,20 tgh. 

Alasan tak dapat ambil awal. Dengan pelbagai alasan. 

Bukan sehari dua... tapi nak demand sepanjang tahun. Diingatkan kelas pendidikan khas bukan pusat jagaan kanak-kanak. 

Aturkanlah pengurusan anak masing-masing. Jangan bebankan guru/ppm diluar waktu mereka mengajar. 

Banyak kerja yang mereka perlu lakukan selepas tamat waktu sekolah. Admin dah melalui pengalaman ini dalam menguruskan anak autisme, Faqihah. Tak sampai hati nak bebankan guru setelah mereka mengerah otak dan keringat dalam memberi didikan terbaik untuk anak kita. 

Pengalaman. Waktu pagi....Admin hantar lewat.. gam-gam nak masuk waktu belajar baru hantar ke kelas pendidikan khas. Waktu balik. Ambil awal... sampai sekolah. Terus tangkap Faqihah. Yang ketika itu.. sangat... sangat.... sangat..... hiperaktif. Tak mahu guru/ppm jaga Faqihah lama-lama. Kadang lewat jugak tapi bersebab dan dimaklumkan awal kepada pihak sekolah. 

Tolonglah... Jangan wujudkan perasan kurang senang dikalangan guru/ppm yang sepatutnya tidak perlu wujud perasaan sedemikian dikalangan mereka. 

Agar didikan yang diberikan oleh mereka penuh dengan keberkatan. 

Bila ada keberkatan. 

Guru/ppm - hidup penuh dengan kedamaian, kebahagiaan In Sha Allah. 

Murid - Bakal menjadi lebih baik daripada sebelumnya. In Shaa Allah. 

Ibubapa - ????

Saturday, January 25, 2020

Kelas PPKI sktdi 2020

Rombakan besar-besaran telah dilakukan kepada penempatan murid kelas ppki yang berdasarkan tahap kefungsian murid semasa.

Tahun 2019

Tahun 1 - 2 kelas
Tahun 2 - 2 kelas
Tahun 3 - 2 kelas
Tahun 4 - TIADA
Tahun 5 - 1 kelas

# Dalam setiap kelas ditempatkan kepelbagaian tahap kefungsian murid.
# Kesan - Kesukaran guru melaksanakan PdPC.
# Kesan - Tahap kemenjadian murid sukar untuk ditingkatkan.

Tahun 2020

Tahun 1 - 3 kelas (3 Tahap kefungsian murid)
Tahun 2 - 1 kelas
Tahun 3 - 1 kelas
Tahun 4 - 1 kelas (Calon PASR - 2 orang)
Tahun 5 - 1 kelas (Calon PASR - 5 orang)

# Murid ditempatkan berdasarkan tahap kefungsian murid.
# Disamping PdPC diadakan program khusus untuk meningkatkan kemenjadian murid yang dikenali sebagai program peningkatan yang diadakan setiap bulan yang merangkumi program berikut:

  1. Program Peningkatan Kokurikulum
  2. Program Peningkatan Ko-akademik
  3. Program Terapi Dalaman
  4. Program Intervensi RPI
  5. Program Intervensi Plan Stategik
# Semoga perancangan yang dibuat pada tahun ini dapat meningkatkan kemenjadian murid seperti termaktub dalam Dasar PPKI SKTDI yang telah ditetapkan sejak penubuhan PPKI SKTDI pada tahu 2013.

Pesan Pak Yoep kpd Ibubapa 1

MINGGU PERTAMA PERSEKOLAHAN (Murid Baru)

Nak minta sangat kepada ibubapa/penjaga terutama yang ada anak autisme dalam kategori yang sukar diuruskan seperti hiperaktif. 
Mohon beri kepercayaan penuh kepada guru untuk memahami dan mengendalikan anak mereka. Janganlah cepat sangat komplen itu...komplen ini. 
Situasi ini akan akan menyebabkan emosi guru terganggu dalam memberi perkhidmatan terbaik kepada anak-anak autisme ini (Diharap tidak berlaku). 
Tempoh 3 bulan diberi kepada murid baru mendaftar di ppki bagi melihat kesesuaian anak autisme ini untuk penempatan seterusnya samada kekal di kelas pendidikan khas ataupun tidak. 
Penempatan seterusnya yang dimaksudkan ialah PPI (Berkefungsian tinggi), PPKI (Berkefungsian Sederhana) atau PDK (Berkefungsian rendah) sebagaimana yang telah dinyatakan dalam Akta Pendidikan 1996 Peraturan-peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 2013. 
Mohon kerjasama tuan/puan sekalian..
Nota:-
PPI - Program Pendidikan Inklusif
PPKI - Program Pendidikan Integrasi
PDK - Program Pemulihan Dalam Komuniti

Wednesday, January 15, 2020

Inklusif sktdi 2020 - Penambahbaikan 1

Pertama - INKLUSIF SOSIALISASI diamalkan semasa WAKTU REHAT KANTIN bersama murid perdana terpaksa ditangguhkan atas faktor teknikal dan akan diteruskan selepas tahun baru Cina. 

Kedua - INKLUSIF KOKURIKULUM diamalkan dalam Rumah Sukan peringkat sekolah. 

Wakil murid ppki menjadi ahli rumah sukan perdana. 

Murid ppki akan terlibat dalam unit uniform sertai aktiviti pengakap perdana.

Wakil murid ppki juga telah menjadi ahli kelab permainan perdana seterusnya mengikuti aktiviti rumah sukan perdana. 

Moga sasaran 55% murid ppki diinklusifkan akan tercapai tahun ini. Sasaran telah dapat ditingkatkan kepada 58%. Terkini JPN Perak telah tetapkan sasaran inklusif kepada 65%.

Ketiga - LADAP telah dilaksanakan pada 21 Jan 2010 melibatkan guru perdana dan gpki yang disampaikan oleh JU Inklusif JPN Perak.

Keempat - INKLUSIF SOSIALISASI dengan penglibatan murid ppki dalam tugasan pengawas sekolah.

  1. Pengawas Sekolah - 6 orang
  2. Pengawas Pusat Sumber - 2 orang
  3. Pengawas ICT Sekolah - 1 orang

Monday, January 13, 2020

PPKI sktd pada Minggu Pertama

Seminggu dah sesi persekolahan bermula. Banyak sudah peristiwa menjelma. Diberitakan hanya 7 yang mendaftar tapi pada hari pertama bertambah 4 menjadikan jumlah keseluruhan 52 orang. Rombakan kelas berlaku setelah murid baru selesai ujian diagnostik, Murid kelas TEACCH yang sepatutnya ada 3 murid lama terpaksa dikeluarkan tinggal 1. Murid dipindahkan ke kelas lain, ada pulak ibubapa tak setuju. Pihak pengurusan bermesyuarat untuk memutuskan penempatan terkini. Murid dan ibubapa adalah pelanggan yang perlu diberi keutamaan. Penempatan murid tahun 2020 bermatlamatkan KEMENJADIAN murid, Ditempatkan mengikut tahap kefungsian murid agar dapat mengikuti pdpc selaras dengan dasar kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia yang ditetapkan. Berkefungsian tinggi akan mengikut DSKP sedia ada. Berkefungsian rendah masih mengikut DKSP sedia ada tetapi fokus utama untuk meningkatkan tahap kefungsian ke arah yang lebih baik. Kelas TEACCH ikut DKSP sedia ada tapi fokus kepada murid AUTISME dengan keadah pengajaran yang berbeza. Penempatan murid yang telah ditetapkan pada minggu pertama ini akan kekal untuk tempoh 3 bulan (Tempoh Percubaa). 50 di ppki manakala 2 telah diinklusifkan penuh. Dalam sejarah 1 akan menduduki UPSR tahun ini. Murid tersebut juga telah mencipta sejarah sertai pertandingan sehingga peringkat kebangsaan.

Saturday, December 28, 2019

Takwim ppki 2010


Aktiviti ppki dihadkan mengikut pilihan waktu pdpc yang dipilih. PPKI sktdi memilih waktu minima pdpc untuk tahun 2020 sebanyak 32 waktu. Dalam seminggu murid akan belajar sebanyak 41 waktu. Senarai aktiviti yang dirancang seperti berikut:

1. Aktiviti ppki/sekolah - 14
2. Minggu ppki - 5
3. Minggu peperiksaan - 6

4. Program peningkatan - 22 (separuh hari)
5. Aktiviti semasa upsr - 5
6. Cuti umum - 14 

Jumlah keseluruhan - 55 hari
Jumlah minimum pdpc - 32 minggu

Friday, December 27, 2019

Pendaftaran Tahun 1 - Sesi Taklimat Program Pendidikan Khas Integrasi


Alhamdulillah. Buat pertama kali diberi peluang oleh pihak pengurusan sekolah untuk memberi taklimat kepada ibubapa semasa majlis pendaftaran murid tahun satu dan prasekolah tahun 2020 pada 27 Dis 2019. Taklimat seumpana ini pertama kali diberikan di sekolah ini.

Diantara intipati taklimat ialah:

1. Maklumat berkaitan kelas pendidikan khas.
2. Penerangan berkaitan murid berkeperluan khas (MBK).
3. Perbezaan murid MBK dengan murid normal.
4. Peranan ibubapa apabila anak dikenalpasti murid MBK.

Taklimat ini penting untuk memberi kesedaran kepada ibubapa mngenai kewujudan murid MBK. Mungkin ibubapa tidak menyedari anak mereka adalah murid MBK. Tindakan awal boleh dilakukan sekiranya murid dikenalpasti murid MBK.

Kegagalan murid MBK dikenali murid MBK akan menyebabkan mereka terus ketinggalan dalam pelajaran.

Monday, November 18, 2019

Projek ppki SKTD 2020


Saturday, November 16, 2019

Projek ppki SKTD 2020

KERTAS KERJA TAMAN HERBA


KERTAS KERJA CADANGAN PENAMBAHBAIKAN TAMAN HERBA
 SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SUNGAI BESAR 

1.0   PENDAHULUAN .
Taman Herba Sekolah merupakan salah satu instrumen yang dinilai oleh pemantau kualiti sekolah di setiap Pejabat Pelajaran Daerah. Oleh itu, Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Besar juga telah mewujudkan Taman Herbanya sendiri. Taman Herba SMK Sungai Besar adalah dibawah pengawasan Panitia Kemahiran Hidup dan kerjasama daripada Koperasi Sekolah SMKSB Berhad. Taman Herba ini telah dianugerahkan Taman Herba Terbaik sempena Anugerah  Kualiti Daerah Sabak Bernam pada tahun 2010. Untuk mengekalkan kedudukan sebagai taman herba terbaik daerah Sabak Bernam, kertas kerja ini dibentangkan untuk mencadangkan beberapa perkara  yang perlu dilakukan untuk penambahbaikan Taman Herba SMK Sg Besar. Penambahbaikan ini berdasarkan komen dan ulasan yang diberikan oleh para hakim yang memantau kualiti  taman-taman herba sekolah pada tahun 2010.

2.0   MISI .
Penubuhan Taman Herba Sekolah adalah untuk memelihara warisan ubatan-ubatan yang berasaskan herba yang diwarisi oleh nenek moyang kita dahulu. Kewujudan taman herba ini juga dapat meningkatkan pengetahuan  tentang tanaman-tanaman herba dan kegunaan-kegunaannya yang semakin dilupakan oleh generasi masa kini.

3.0   VISI
Menjadikan Taman Herba ini sebagai sumber rujukan kepada para pelajar  dan warga SMK Sg Besar  . Senantiasa menambah baik dan menambah koleksi herba dan tanaman yang mempunyai nilai  perubatan .

4.0   OBJEKTIF.
Objektif  Kertas Kerja ini ialah :
  1. Untuk mendapatkan kelulusan daripada pihak pentadbiran sekolah tentang cadangan penambahbaikan Taman Herba Sekolah.
  2. Mendapatkan peruntukan yang diperlukan untuk proses pemulihan dan penambahbaikan yang difikirkan perlu mengikut skema Penilaian dan Pemantauan Program Warisan Taman Herba Peringkat Daerah Sabak Bernam.
  3. Mewujudkan sebuah Taman Herba yang kemas , cantik dan teratur dari segi landskap dan susun atur tanaman herba yang dipamerkan.
  4. Mendapatkan  kerjasama yang erat daripada pihak pengurusan sekolah  dan pihak jawatankuasa pelaksana Taman Herba .
  5. Menyelaras setiap tugas dan tanggungjawab supaya tidak berlaku pertindihan tugas dan memastikan kelancaran aktiviti yang dirancang.

                                    5.0 AHLI JAWATANKUASA TAMAN HERBA

PENASIHAT                 :          PN HJH ZURAIDAH BT HJ MOHD SANIF
                                               PENGETUA CEMERLANG

PENGERUSI                :           PN  SAZUNA BINTI BINTI ABDUL WAHID
                                               PK KOKURIKULUM

PENYELARAS I            :           EN ALI ASAD B MAT JUBAIDI
                                               GKMP TEKNIK DAN VOKASIONAL

PENYELARAS II           :           EN AHMAD LUTFI B HASHIM

SETIAUSAHA 1            :           PN HJH SABRINA CHUA BINTI ABDULLAH

SETIAUSAHA II :           PN FARIDAH BINTI SARANI

AJK GURU DAN KAKITANGAN :          
 1. EN SALIHIN B AMAT 
                                                            2. PN SOLEHA BINTI MAHMUD 
                                                            3. EN AZMAN BIN SAIRI 
                                                            4. PN RESIMAS YONG BINTI BAHROM 
                                                            5. PN NORHAYATI BINTI MUBIN
 AJK PELAJAR :
1)       MOHD MIZZI BIN SOHAMI ( 5S3 )
2)       FAHREN FAZZER BIN SUKATIS ( 4S1 )
3)       MOHD SHAFA AMIRUDDIN BIN MOHD SHAZARI (4A3 )
4)       MUHAMMAD KHAIRUL SYAFIQ BIN  ABDUL HAMID (4A3)
5)       MOHD FAUZAN BIN BAINURI (4S2)
6)       ABDUL HALEEM BIN ABDULLAH SANI (4S3)
7)       MOHD ARIF BIN JAMALUDIN (4A4)
8)       MOHAMMAD RAZZIE BIN OTHMAN (4S3)
9)       MUHAMMAD IZZ ZULKARNAIN BIN DARWIS ( 4S3)
10)   FAKHRUL HELMI BIN ROSLAN ( 302 )


6.0 KEKUATAN DAN KELEMAHAN  

Berdasarkan pemantauan yang telah dilakukan oleh Jawatankuasa Penilaian dan Pemantauan Program Warisan Taman Herba Peringkat Daerah Sabak Bernam 2010 beberapa perkara telah dikenal pasti  untuk dijadikan  rujukan untuk menambah baik program Warisan Taman Herba Sekolah.

Kekuatan :
  1. Mempunyai pelbagai  variasi tumbuhan mengikut kategori herba yang dipertandingkan. Setakat ini , taman herba ini mempunyai lebih 60 jenis tanaman herba pelbagai kategori.
  2. Penggunaan sistem pengairan yang sistematik seperti sistem pancuran automatik dan sistem fertigasi.
  3. Mempunyai jaringan Taman Herba antara unit-unit lain seperti Taman Herba SBPT dan Taman Herba Pendidikan Khas.
  4. Kerjasama dengan Koperasi Sekolah yang merupakan penyumbang dana kepada program Taman Herba Sekolah.

Kelemahan :
  1. Kurang  mempunyai koleksi tanaman herba yang  eksotik dan jarang  didapati .
  2. Tidak mempunyai unsur air dalam Taman Herba.
  3. Landskap Taman Herba Sekolah kurang menarik dan ceria.
  4. Pendokumentasian aktiviti  dan pelabelan tanaman yang masih belum lengkap dan sempurna.

7.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN .

Berdasarkan beberapa kelemahan yang telah dikenal pasti , pihak jawatankuasa telah mencadangkan beberapa perkara untuk dipertimbangkan oleh pihak pengurusan untuk diambil tindakan segera , antaranya ialah :
  1. Membina kolam ikan mini untuk mewujudkan unsur air di dalam Taman Herba Sekolah.
  2. Membina landskap yang menarik dengan menambak kawasan Taman Herba dengan  batu-batu krikil   dan tempat pejalan kaki yang selesa dan menarik . Kawasan Taman Herba sekarang ini dilitupi tanah merah yang menyebabkan tanah lecah apabila hujan dan berdebu  apabila cuaca panas , menyebabkan kawasan taman tidak ceria dan menarik.
  3. Memasang label dan papan tanda kekal dan tahan lama.
  4. Membeli pokok-pokok herba yang mempunyai nilai eksotik dan sukar didapati .
  5. Menambah kawasan Taman Herba , kami cadangkan kawasan belakang Hub Kosmek dan Bilik PLBS sebagai kawasan tambahan Taman Herba Sekolah.
Kawasan yang sedia ada walaupun agak luas namun tidak dapat menampung jumlah tanaman yang semakin bertambah pada masa akan datang.


                                    8.0 ANGGARAN KOS MENGIKUT CADANGAN  DAN SUMBER KEWANGAN
                                     
Bil
Perkara
Jumlah Kos
Sumber
1
Kolam Ikan Mini ( 1 set, sistem pam dan kolam )
1000.00
SEKOLAH
2
Menambak Kawasan Taman / 1 lori batu krikil
350.00
SEKOLAH
3
Lapik batu Pejalan Kaki / 20 unit x RM15.00
300.00
SEKOLAH
4
Memasang Papan Tanda dan Label Pokok herba
300.00
SEKOLAH
5
Membeli anak pokok dan benih herba
200.00
KOSMEK BHD
6
Kos penyelenggaraan  ( Tanah semaian, racun rumpai, kawalan serangga dan penyakit tanaman , baja , makan minum, peralatan )
300.00
KOSMEK BHD
JUMLAH
2450.00





9.0 PROJEK KEUSAHAWANAN TANAMAN HERBA.
Mulai tahun 2010 , Taman Herba Sekolah telah mendapat kerjasama daripada Koperasi SMK Sungai Besar Bhd sebagai penyumbang dana dan kerja-kerja pengoperasian taman herba sekolah . Pihak koperasi telah menjadikan penanaman herba ini sebagai Projek Keusahawanan Koperasi Sekolah pada tahun 2010 dan 2011 . Melalui peruntukan Projek Bumi Hijau sebanyak RM 2000 pada 2010, telah digunakan untuk menaik taraf sistem pengairan Taman Herba SMK Sungai Besar . Sistem yang digunakan ialah gabungan dua sistem pengairan iaitu sistem pengairan secara fertigasi dan pancuran automatik . Melalui sistem pengairan ini penjagaan tanaman-tanaman herba akan lebih mudah dan dijangka hasil pengeluaran taman herba juga akan meningkat .
Walau bagaimanapun, untuk mencapai hasil yang memuaskan , pihak jawatankuasa  telah meletakkan 3 fasa dalam proses penanaman herba, iaitu fasa pertama ialah fasa penyelidikan . Fasa kedua ialah fasa penanaman dan fasa ketiga ialah fasa penuaian  . Taman herba ini telah menjalani fasa pertama pada 2010 untuk fasa penyelidikan dan latihan penanaman herba yang boleh dikomersialkan. Oleh itu,pada tahun 2011 ini, perancangannya adalah bertumpu kepada penanaman herba-herba kormersial yang boleh dijual terus kepada pengguna seperti serai makan, kunyit, lengkuas, cekur , cili padi dan tanaman ulam-ulaman seperti kacang botor, ulam raja dan pegaga.  Manakala untuk herba-herba eksotik yang lain seperti lempoyang, temu lawak, halia bara, patawali , manjakani ,kacip fatimah , Mas Cotek , Misai Kucing dan sebagainya, tumpuan akan diberikan kepada pembiakan anak-anak pokok untuk dijual kepada peminat-peminat tanaman herba dan nurseri-nurseri di sekitar daerah Sabak Bernam .
Fasa ketiga dijangka dapat direalisasikan pada tahun 2012  . Mengikut perancangan tanaman-tanaman herba ini sudah mula membiak dan mengeluarkan hasil  . Hasil jualan ini nanti diharapkan dapat menampung sebahagian kos penyelengaraan taman herba dan dapat mencatat keuntungan seawalnya pada tahun 2013 atau 2014.
Perlu dingatkan setengah-setengah tanaman herba ini agak sukar untuk dibiakkan dan memerlukan masa untuk membiak dan mengeluarkan hasil . Oleh itu,perancangan yang teliti dan komitmen yang tinggi diperlukan untuk menjayakan Projek Keusahawanan Tanaman Herba ini. Justru, Projek Tanaman Herba ini perlu dijalankan sepanjang tahun dan berterusan pada tahun-tahun yang akan datang , bukan hanya sekadar mempamer tumbuhan-tumbuhan herba untuk  pertandingan  Kualiti Taman Herba semata-mata tetapi juga  mewujudkan satu peluang perniagaan berasaskan tanaman herba.

10.0 PENUTUP :
            Program Warisan Taman Herba Sekolah SMK Sungai Besar 2011 merupakan projek serampang dua mata , yang salah satu matlamatnya ialah mengekalkan Taman Herba Sekolah sebagai Taman Herba Terbaik Daerah Sabak Bernam pada tahun 2010 dan juga menjadi salah satu projek Keusahawan Koperasi Sekolah  yang berasaskan tanaman herba . Sehubungan itu, kertas kerja ini telah dirancang untuk mencapai matlamat tersebut. Diharapkan segala cadangan  dan masalah yang dikemukan dalam kertas kerja ini akan mendapat perhatian yang sewajarnya daripada pihak pentadbiran sekolah supaya projek ini dapat dijalankan mengikut perancangan yang telah dirancang oleh pihak jawatankuasa Taman Herba SMK Sungai Besar. Akhirnya, dengan kerjasama pelbagai pihak diharapkan Taman Herba SMK Sungai Besar akan mendapat mencapai kejayaan yang lebih membanggakan pada tahun ini dan tahun-tahun yang akan datang.

Sekian, terima kasih.

PERTANIAN ADALAH PERNIAGAAN


DISEDIAKAN OLEH :




............................................
(AHMAD LUTFI BIN HASHIM)
Penyelaras II
Taman Herba SMK Sungai Besar.