Friday, December 16, 2011

IMAN .... Catatan Nur Ain Yusof Dunedin, New Zealand

As-salam.

Semoga rakan2 sekelian berada dibawah lindungan dan rahmat Allah. Lama sungguh saya berkeinginan menulis di ruangan ini, malangnya masa kurang mengizinkan, terikat tanggungjawab menghabiskan pengajian, disamping menguruskan lima putera puteri, dan diwaktu yg sama, menguruskan tugas2 rutin harian. Izinkan saya berkongsi pengalaman yg saya lalui bersama IMAN....

Kebanyakkan kita akan mencari punca ke'istimewa'an anak kita. Dan masing2 ada jwpan berbeza (atau tidak pernah menemui jwpnnya). Iman anugerah ke-4 Allah kepada saya. Lahirnya Iman banyak mengubah diri saya, samada secara sedar atau tidak. Cerita Iman begini... Iman lahir 5 tahun yg lalu. Dlm suasana gembira menyambut kelahiran Iman, tiba2 dihari ke-2 Iman bertukar kebiru2an. Saya kejarkan Iman ke HUKM. Dlm pjalanan, Iman mengalami 'mild fit'. Di hospital, doktor mengesahkan Iman 'hypoglycemic'- kekurangan gula dlm darah dan jangkitan meningitis. Kekuatan dan ketabahan saya terduga dengan maha hebat waktu itu. Terasa terlalu dekat diri saya dengan Allah, kerana saya tahu, cuma Allah shj yg boleh menentukan nasib Iman. Hampir sebulan Iman di NICU HUKM. Susu pun melalui tiub. Hari2 saya bacakan Al-Quran di sisi Iman. Doa saya waktu itu agar Allah berikan saya peluang melihat Iman membesar, berjalan dan berlari.

Dan hari ini, Iman boleh berlari pantas di depan kami sekeluarga, bermain2 bersama abang, kakak dan adik.... syukur ya-Allah.. Sewaktu Iman di hospital, doktor telah menyatakan bahawa Iman, di masa depan berkebarangkalian besar akan menghadapi masalah di beberapa segi, dan saya perlu memantau perkembangannya. Jadi saya telah sedikit sebanyak bersedia dengan kemungkinan yg bakal saya hadapi. Iman sekarang, di umur 5 tahun, tidak boleh bertutur selancar kanak2 seumurnya (speech delay). Dan tidak boleh memahami arahan yg panjang. Iman masih belum di diagnose masalah sebenar bagi saya letakkan kategorinya (e.g. autistic, dyslexic, etc..), kerana masih menunggu giliran berjumpa Pead psychologist. Tetapi, untungnya saya duduk di New Zealand kerana, seseorang kanak2 tidak perlu disahkan menghadapi masalah2 tersebut untuk mereka menerima bimbingan khas disekolah. Cukup dengan laporan dari tadika tmpt anak tsbt belajar, special education dept, dan ibubapa, untuk memohon skim yg dipanggil ORRS (Ongoing and Reviewable Resourcing Scheme). Bilamana difikirkan seseorang kanak2 itu memerlukan bantuan dari segi pembelajaran, tak kiralah apa masalahnya, maka layaklah dia. Alhamdulillah, Iman (despite his non-resident status), telah berjaya mendapat skim tersebut untuknya yang akan memulakan Darjah 1 awal tahun 2011 (di NZ, Darjah 1 brmula diumur 5 tahun). ORRS membolehkan Iman mendapat seorang pembantu khas (teacher aide untuknya seorang) selama 10 jam seminggu disekolah untuk memantau perkembangan dan keperluan Iman. Setiap 6 bulan, saya (ibubapa), guru Iman, teacher aide, speech therapist dan wakil special ed. dept akan berbincang matlamat/strategi yg perlu ditetapkan untuk Iman seterusnya berdasarkan kepada 6 bln sebelumnya.

Pada saya, Iman hari ini banyak dibentuk oleh persekitarannya terutama tadika tempat dia menghabiskan separuh harinya. Kanak2 ditadika2 NZ tidak langsung diajar ABC, membaca, mengira dsbgnya. Apa yg ditekankan ialah nilai2 hidup, cara2 bergaul/berkomunikasi dengan kawan2, menghormati kawan2, berkongsi, mengambil giliran, dan segala macam norma2 murni yg saya kira amat2 kritikal bagi anak2 di Malaysia.

Saya rasa, sistem seperti ORRS masih belum mampu kita dilaksanakan disekolah2 biasa di Malaysia atas banyak faktor, diantaranya, bilangan penduduk negara kita yg ramai (27juta berbanding 4-5 juta penduduk New Zealand, dengan saiz negara yg lebih kurang sama), dan yang paling penting sebenarnya ialah faktor SIKAP (ibubapa, guru, masyarakat) - (ini merupakan faktor yg perlu huraian/perbincangan/perubahan yg sangat besar, dan perubahannya tidak dapat dilakukan dlm masa setahun dua!!!)

Di fikiran saya skrg ini cuma satu.... bagaimanakah agaknya Iman akan menyesuaikan diri sekembalinya kami ke Malaysia awal 2012, setelah apa yang Iman nikmati sebagai kanak2 berkeperluan khas di NZ. Tapi saya pasti, kami akan dapat menyesuaikan diri, kerana kesedaran di Malaysia semakin tinggi (hopefully). Dan saya sedar, hidup mesti diteruskan walau apa keadaannya.....

Mmmmm... sekali lagi saya dihambat waktu... perlu menguruskan hal lain..

Semoga saya berkesempatan menulis lagi.... wasalam.

Nur Ain Yusof

Dunedin, New Zealand

No comments:

Post a Comment