Monday, December 12, 2011

Terapi muzik

Oleh Shaidah Shafie
shasha@bharian.com.my
2011/12/06

Kanak-kanak dilatih mengenali apa saja bentuk permainan yang ada kaitan dengan muzik.
Kanak-kanak dilatih mengenali apa saja bentuk permainan yang ada kaitan dengan muzik.
Teknik bunyian cetus perkembangan minda kanak-kanak

MUZIK merujuk kepada bunyi-bunyian, menenangkan minda jika diperdengarkan kepada individu yang sedang tidak keruan manakala muzik juga dikatakan berupaya membentuk perilaku si kecil sejak di dalam kandungan.
Sama ada benar atau sebaliknya, ia diakui umum mengenai terapi muzik mampu menenangkan minda, menjadikan jiwa tidak tenteram kepada tenang dan selesa selain muzik juga dikatakan mempunyai kuasa untuk komunikasi secara tidak langsung antara ibu dengan bayi dalam kandungan.
Meskipun tiada kenyataan jitu mengenainya, menerusi muzik ia mampu menjadi penyembuh, juga mendatangkan kebaikan kepada si kecil yang lazimnya akan memberi keceriaan dan kegembiraan kepada kanak-kanak apabila mendengar muzik kesukaan mereka.

Justeru, sejak dalam kandungan ada ibu memperdengarkan bayi mereka dengan muzik bagi menyuburkan tumbesaran bayi manakala ada juga mendidik bayi mendengar alunan bacaan ayat suci al-Quran dengan iringan doa supaya bayi menjadi insan berguna, pada masa depan.

Pokok pangkalnya, apa yang diperdengarkan kepada bayi atau kanak-kanak ibarat muzik kepada mereka dan tentunya membawa pengaruh baik kepada kesejahteraannya.

Kini, tidak hairanlah banyak sekolah muzik wujud kerana masyarakat khususnya menyedari fungsi muzik mampu mendidik anak mereka berdasarkan kaedah tertentu diperkenalkan pengusaha sekolah muzik.
Pengarah Akademi Muzik Seimpi Sdn Bhd’s (Seimpi), Flora Lim, berkata otak terbahagi kepada beberapa bahagian dan sebahagian daripadanya mampu dirangsang dengan muzik.

“Memahami bagaimana otak berfungsi adalah amat kritikal kepada perkembangan minda yang muda. Walaupun tahap pembelajaran berbeza antara kanak-kanak, namun melengkapkan mereka dengan kemahiran sepanjang hayat amat penting untuk memberikan permulaan baik terhadap perjalanan kehidupan dan menyerlahkan potensi mereka.

“Pelajar muda akan melalui aktiviti otak kiri untuk mengenal pasti, menganalisis dan mentafsir corak muzikal manakala aktiviti otak kanan seperti mengimprovisasi corak untuk menyerlahkan kreativiti,” katanya mengenai program Music for the Intelligent Mind (MIM®).

MIM adalah program prasekolah yang pertama disokong oleh Kolej Peperiksaan Muzik London (London College of Music Examination (LCME) di luar United Kingdom (UK) dan dibangunkan Flora bertujuan mengembang dan membentuk minda menerusi muzik kanak-kanak di Singapura dan Malaysia.

“Program ini berdaftar dengan Kementerian Pendidikan Singapura dan banyak mengembang dan membentuk anak-anak Singapura dan Malaysia. Berikan anak anda permulaan terbaik mengembangkan kemahiran pembelajaran mereka dengan muzik dengan menyertai MIM.

“Ini kerana MIM berupaya memupuk perkembangan otak pemikiran kiri dan kanan semuda empat bulan hinggalah kanak-kanak berusia empat hingga tujuh tahun,” katanya.

Flora berkata, MIM dirangka berdasarkan susunan pembelajaran yang terperinci bagi menjamin keberkesanan terhadap kanak-kanak yang mengikutinya modul diperkenalkan di situ.

“Sukatan pelajaran MIM® dirangka dengan teliti untuk membimbing minda muda menjelajah kekayaan dan keseronokan muzik melalui pementasan menarik, bermain muzik dalam kumpulan kecil dan permainan muzikal inovatif.

“Program ini turut memperkenalkan asas latihan muzik pada usia muda dan menyediakan mereka untuk sistem penggredan Associated Board of Royal Schools of Music (ABRSM) dan LCME,” katanya.

Beliau berkata, muzik boleh digunakan sebagai alat membentuk jati diri kanak-kanak menerusi kaedah yang santai kerana muzik tidak meletakkan individu dalam keadaan tertekan sebalik menjadikan minda manusia lebih tenang, selesa dan teratur.

“Kajian mendapati pembelajaran melalui muzik adalah antara cara terbaik membentuk emosi, mental dan kemahiran fizikal yang akan menjadi asas kukuh kepada kejayaan dalam melalui pendidikan akan datang.

“Melalui MIM®, pelajar muda akan mempelajari kemahiran seperti untuk latihan mata, pembacaan cepat, latihan kawalan suara, teknik mengingat, konsentrasi, bermain muzik yang betul, pemetaan muzik, merencanakan muzik dan pemikiran kreatif,” katanya.

Kemahiran sepanjang hayat yang diperoleh melalui program ini akan dapat membantu secara akademik. Mungkin dengan menghantar anak mengikuti program MIM di Seimpi, anda sebenarnya memberikan anak permulaan terbaik untuk kehidupan mereka.

Sebarang maklumat lanjut mengenai MIM atau Seimpi, layari laman web http://www.seimpi-music.com.sg/web/.

No comments:

Post a Comment