Thursday, December 29, 2011

Mandi Ais... rawatan Faqihah bersama produk Attitude Therapy sejak 2004

Terapi ini dikatakan amat bekesan untuk merawat beberapa penyakit kronik daripada kanser sehinggalah sakit yang paling ringan seperti demam. Selain itu, terapi ini juga boleh memberi kesan kepada kecantikan dan awet muda.

Terapi ini bertindak untuk

  • Membunuh kulat, bakteria, virus yang tidak diperlukan dalam darah dengan cara tekanan daripada air.
  • Menguatkan sistem imun untuk menguatkan badan daripada jangkitan penyakit berjangkit.
  • Membunuh kuman pada luka, memecahkan darah beku.
  • Membaiki fungsi serta peredaran darah ke otak.
  • Boleh mengecilkan dan menghapuskan pertumbuhan sel barah, lymphoma dan leukimia.
  • Memberikan ketenangan, rehat yang sebenar, tidur yang lena dan secegaran yang cepat.
  • Mengawal dan membaiki denyut nadi, meningkatkan kadar metabolisma.

Mereka yang sihat juga boleh mengamalkan mandi ais untuk ketenangan, menghilangkan keletihan, kecantikan dan awet muda. Paling berkesan, mandi ais ini boleh melegakan keletihan dengan cepat dan memulihkan tenaga dengan pantas

Langkah-langkah Mandi Ais

Ada beberapa bahan yang akan dicampurkan di dalam tab mandi untuk terapi mandi ais. Bahan pertama yang mesti ada ialah air, iaitu perkara penting sebagai medium perantaran getaran tenaga dalam rawatan. Bahan-bahan... lain ialah garam, kapur, belerang, minyak aromatherapy dan buih mandian beraroma. Bahan terpenting yang berperanan menguatkan getaran tenaga bahan-bahan yang dinyatakan di atas ialah ais. Ais berperanan menyejukkan air supaya molekul bahan menjadi bertenaga apabila ia bergetar denagan frequensi yang tinggi.


Setiap bahan-bahan ini memainkan peranan seperti berikut;

Air: Unsur atom air paling cepat mengesan gema atau gelombang yang berlainan dan paling cepat bergetar

Ais: Memberikan tekanan yang boleh menolak benda-benda asing mendap ke dasar kolam

Kapur: Menguatkan semula sktruktur tulang, meningkatkan suhu darah dan merendahkan suhu tulang. Merangsang impuls saraf ke otak dengan cekap dan tepat. Memberihkan kulit supaya deria sentuhan lebih peka pada tekanan persekitaran

Sulfur: Membantu proses penghadaman, meneutralkan racun dan toksik dalam sistem penhadaman. Melancarkan penyerapan neutrient

Garam: Mencairkan darah, melancarkan aliran darah, mengeluarkan karbon dioksida yang terperangkap di dalm aliran darah dan memelihara sel darah

Aromatherapy: Merangsang kelenjar pineal untuk menguatkan sistem imun

No comments:

Post a Comment