|
Handsome boy
|
Insan lain juga boleh melakukannya...mengapa tidak kepada Syahmi walaupun dia seorang kanak-kanak istimewa. Syukur kepada Ilahi kerana anak ini dikurniakan kesempurnaan dalam kebanyakan aspek. Mata yang bulat bersinar untuk menyaksikan keindahan alam, hidung bagi menghela nafas dari ehsanNya untuk kelangsungan sebuah kehidupan, mulut yang comel untuk makan dan berkata-kata, kedua belah tangan bagi menggapai apa yang dihajat, juga kedua belah kaki untuk menjelajah alam semesta kurniaanNya. Cuma minda dan tingkah lakunya yang sedikit berbeza dari insan-insan normal lain maka dia tergolong dalam kelompok insan istimewa.
|
Seronoknya dia! |
Kalau mereka anak-anak normal boleh menguruskan diri....Syahmi pun boleh iaitu semenjak usianya 8 tahun lagi. Syahmi bolah mengenakan pakaiannya sendiri tanpa bantuan orang lain. Begitu juga pengurusan diri seperti ke tandas. Yang penting Syahmi juga boleh! Malah Syahmi enjoy ketika di bilik air dengan aktiviti bermain dengan buih sabun, shampoo rambut dan tidak ketinggalan memberus gigi. Gigi Syahmi juga putih bersih kerana dijaga dengan baik. Syahmi tidak dibiasakan dengan makanan seperti gula-gula dan junk food. Tapi Syahmi amat suka makan nasi seperti Nasi Goreng Cina, Nasi Beriani dan Laksa Kuala Kangsar/Penang.
|
Pergi ke sekolah |
Kalau mereka anak-anak normal boleh belajar di sekolah-sekolah...Syahmi pun boleh iaitu ketika berusia 6 tahun Syahmi telah belajar di Pra Pendidikan Khas, Sek Keb Seri Budiman II. Kemudiannya Syahmi telah meneruskan pelajaran di aliran perdana dengan menempatkan diri di Tahun 1 , Tahun 2 dan seterusnya Tahun 3 bersama-sama kanak-kanak normal lain dengan mendapat keputusan peperiksaan yang agak baik dan tidak kurang hebatnya dengan rakan-rakan sekelas yang lain. Tahun 2012 nanti, Syahmi akan meneruskan pembelajarannya di Tahun 4 dalam kelas pertama iaitu Tahun 4 Al Ghazali. Untuk maklumat semua, anak ini berjaya mendapat markah keseluruhan dalam peperiksaan akhir tahun 2011 di Tahun 3 yang lalu dengan peratusan 83.83%. Syahmi telah mendapat tempat ke 9 dari 35 orang murid.
|
Solat |
Kalau mereka anak-anak normal boleh melakukan ibadah asas agama...Syahmi pun boleh dimana dia telah pun boleh mengerjakan solat dengan bacaan yang betul. Tahun 2011 ini, Syahmi telah pun berpuasa penuh sebulan Ramadhan seperti kita semua. Cuma bila dekat-dekat nak berbuka puasa tu banyaklah keluh kesahnya yang keletihan dan kelaparan dimana terpaksa kita tangani sementara menunggu waktu berbuka. Syahmi juga boleh mengaji Al Quran walaupun setakat ini belum lagi menamatkan naskhahNya secara keseluruhan. Berkat usaha ibu yang mengajarnya, IsyaAllah kami akan cuba memastikan Syahmi menuju ke arah itu secepat mungkin.
Kalau mereka anak-anak normal lain boleh...Syahmi juga boleh! Saya akan memegang kuat kata-kata seorang Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas Sek Keb Seri Budiman II iaitu Puan Dhazita binti Abdul Rahman bahawa kita haruslah mencuba untuk menampilkan anak-anak istimewa kita seperti anak-anak normal lain atau sekurang-kurangnya meminimakan kekurangan mereka. Jauhkan persepsi masyarakat yang kurang pengetahuan dimana mereka sering memandang rendah kepada golongan istimewa ini seperti di'cap' golongan kelas ke dua dalam masyarakat. Saya pernah mendengar dan melihat penghinaan dari mereka-mereka yang kurang pengetahuan tentang anak-anak Pendidikan Khas. Saya akan menyahut cabaran ini kerana saya yakin Syahmi juga boleh!
Rujukan:
myautistichild.blogspot.com
No comments:
Post a Comment