Wednesday, December 21, 2011

Pendidikan anak2 autisma

Selain drp Nasom. kelas2 Pendidikan Khas anjuran Kementerian Pelajaran, anak2 autisma boleh mendapat pendidikan di Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) anjuran Jabtan Kebajikan Masyarakat. Keutamaan diberikan kepada anak2 autisma yang tidak boleh mengurus diri.


Masih ada ibu bapa yang tidak tahu peranan PDK

Oleh : Wartawan Sinar Harian
Tarikh : December 17, 2011
Zuraida

JASIN – Rata-rata ibu bapa yang mempunyai anak orang kelainan upaya (OKU) masih­ ­tidak mengetahui peranan dan fungsi program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) yang diwujudkan di 17 lokasi PDK di negeri ini.

Penyelia PDK Seri Kemunting, Zuraida Jasmi, 31, berkata, kerana itu pihaknya sentiasa mencari pelbagai alternatif dengan menganjurkan pelbagai program supaya PDK ini lebih dikenali dan difahami fungsinya terutama untuk ­menempatkan golongan OKU dari pelbagai kategori.

Menurutnya, golongan berkenaan tidak boleh dipinggirkan, tetapi perlu ditonjolkan kerana mereka adalah insan ­istimewa yang diciptakan ALLAH SWT dan kita seharusnya menyokong mereka.

“Dengan adanya beberapa program luar, ia dapat ­membuka mata mahupun menjadi medium pengenalan kepada mereka yang mempunyai anak OKU untuk membuat pendaftaran di PDK.

“Banyak insentif yang ­dapat diperoleh selain ­pembelajaran, malah bantuan dari pihak kerajaan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) juga diberikan,” katanya pada Program Hari Keluarga dan Sukaneka PDK Negeri Melaka 2011 di Stadium Mini Jasin, baru-baru ini.

Hadir sama, Pengarah JKM Melaka, Daud Arbah dan Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Pem­bangunan OKU (JKM), Ismail Barom.

Zuraida berkata, pada Oktober lalu juga, pihaknya membawa 15 OKU yang berkerusi roda dengan dibantu 10 kakitangan PDK ke Pulau Langkawi sebagai salah satu pendekatan yang digunakan untuk menghiburkan golo-ngan berkenaan sekali gus memberi kekuatan dan ­motivasi kepada ibu bapa ­supaya tidak malu mempu­nyai anak sedemikian.

“Ia bukan sekadar ­ berhibur malah memberi peluang mereka melihat dunia luar dan berharap program itu dapat diteruskan pada masa akan datang.

“Saya juga berharap ­hubungan yang terjalin di antara PDK lain bukan sahaja dapat memberikan yang terbaik kepada golongan OKU, malah menjadikan PDK Melaka yang terbaik di negara ini,” katanya.

No comments:

Post a Comment