Wednesday, December 21, 2011

Sembang2 masalah pertuturan anak2 autisma

KELAB ANAK AUTISME
Definisi, ciri2 autisma telah diketahui...

Samsul Muariff Saroni
kes2 tersilap diagnose ni sering juga terjadi...anak kwn saya telah didiagnose terencat akal...padahalnya bila masuk kelas belajar spt anak2 lain yg sederhana IQnya...

Rahidah Rahim
Ramai ibubapa langsung x tau psl autisme.. doktor2 pun sama gak..

Zam Zarina
Dulu sy juga 'BUTA' mengenai Autisme...Tp skrg alhamdulillah...Naqiuddin adakala buat sy bingung...Hingga kini masih tak menunjuk kan perkembangan pertuturan... W/pun begitu dia boleh saya katakan bijak IT... Komputer / handphone , senang je untuk dia explore...Sy sendiri adakala 'fail'...

Hayati Hafiz
amat bersetuju dengan Zam Zarina. saya juga mempunyai anak lelaki autisme yg berumur 4 tahun. sekarang anak saya sedang mengikuti pelbagai terapi misalnya occupational therapy for special need dan juga speech therapy. namun pertuturannya belum lancar. saya sendiri sebagai guru khas sedang berusaha sedaya mungkin untuk membantu perkembangan nya.

Noor Mashitah
anak sy dah 2 tahun 4 bulan,masih blum bercakap..sblum ni bwk jumpe paeditrician,die ckp xde pape.tp bile bace artikel2 kat internrt,ade tanda2 autisme pd die.mcm blum bercakap,aktif,kdg2 menangis dan mengamuk x tau nape,x suka mainan,tapi suka main tayar2 kereta mainan,suka benda pelik2..ape patut sy buat ye?tlg share ye..

KELAB ANAK AUTISME
Jk dah lakukan pemeriksaan ENT..tiada masalah, maka anak2 kita sebenarnya boleh bertutur..ST diperlukan dan diteruskan di rumah.

Zam Zarina
ST mmg berterusan...Cuma di Batu Pahat Johor ni , hospital kerajaan hanya ada seorg juruterapi ST.Nak bawa ke swasta... Rasanya belum ada kemampuan...Di rumah pun peluang agak terhad sbb saya masih ada 2 org anak lain yg juga memerlukan perhatian...Apa yg sy buat adalah mengajak mereka belajar & bermain bersama...Tp Naqiuddin sgt sensetif , bila dia nampak adik atau kakaknya lebih menyerlah dia akan undur diri dari menyertai kami... Buntu juga saya , sbb sy bukan seorg pengajar.Mohon pendapat rakan² lain ye...

Hayati Hafiz
Noor Mashitah, anak saya juga begitu pada usia 2 tahun. malah Hafidh gemar menyusun kereta-kereta mainannya. selain drpda itu, saya menggunakan kaedah kad gambar sekiranya anak inginkan sesuatu .

Samsul Muariff Saroni
Noor Mashitah- anak saya mula nak bercakap dlm usia 4 thn...perkataan mula jelas selepas dia masyuk dgr lagu Mawi bila dlm kereta....dia mula menghafal lirik lagu dgn jelas...walaupun masa tu dia belum boleh bercakap..itu pengalaman saya...

Noor Mashitah
antara ciri2 lain yg ade pd anak sy yg ada pd autism child ialah, die x fokus,kdg2 berkali2 panggil, wat xtau je..yg plg ketara susah sgt nk sebut perkataan,kdg2 nmpak die try hard untuk nyanyi lagu yg die blaja di taska, tp word tu x kuar.yg die dpt nyanyi tatata,atau cecece..kdg2 bcakap bahasa die sndiri.adakah itu tanda2 mild autisme? perlu ke sy consult doctor lg skali? ST tu mcmane ye?

Samsul Muariff Saroni
Noor Mashitah- mmg mcm tu...usia dia( 2+thn) awal lagi bagi anak2 autistic utk bercakap...jgn putus asa....teruskan tarik perhatiannya utk melihat bibir kita berkata2 n teruskan perdengar apa yg boleh menarik minat dia utk bercakap...anak saya sebelum dia boleh berkata2 dia mmg ada keluarkan sound yg pelik2 spt lori dia panggil cecece....bila usia 4 thn baru bercakap sepatah dua perkataan yg jelas dgn bahasa bakunya....ini yg dikatakan bila dah besar nanti anak2 ini bercakap "like a littla professor"...ttg ST saya x pasti sbb anak saya pi jumpa ST bila dia dah mula berakap...semoga anak anda tergolong spt anak saya yg boleh bercakap spt kita w/pun antonasinya agak pelik di mata masyarakat...bahasa baku tiada shortform kalau sedih dia kata kesedihan...istimewanya mereka subhanallah...

Ros Ariff
anak saya pun baru 2thn.sblm setahun,byk bhsa dah ada,tp skrg dia ckp bhsa dia..eemm..eemm plg byk..cuba menvari sebanyak ilmu untuk bantu dia..

Eya Maria
‎Zam Zarina...anak hantar ke mane..? saye di ayer Hitam

No comments:

Post a Comment