PENGALAMAN

Assalamualaiku dan Slm Sejahtera.

Dikesempatan ini, aku coretkan serba ringkas ttg pengalamanku dlm mendidik Faqihah. Semoga, pengalaman ini akan dpt dikongsi bersama terutama yang baru mengetahui anak masing2 adalah autisma. Banyak dugaan dan cabaran yg bakal ditempuhi. Berilah komitmen yg tinggi dlm mendidik anak2 autisma masing2.

Faqihah, anakku yang mengalami autisma dan hiperaktif sejak lahir. Gambar di atas Wajah Faqihah semasa berumur 4 tahun. Kini (2011) beliau sudah berumur 10 tahun. Bersekolah di SK Seri Mutiara Ipoh. Pada tahun pertama di SK Seri Mutiara, Faqihah berada dalam kelas pertama (PK Dinamik) ditempatkan bersama pelajar-pelajar berumur sehingga 14 tahun disebabkan keupayaannya dalam akademik. Banyak perubahan yang telah berlaku sehingga kini berbanding 10 tahun yang lepas. Faqihah berjaya menerima anugerah setiap tahun sempena Hari Anugerah Gemilang peringkat sekolah.

Dalam memberi pendidikan terbaik untuk Faqihah, cabaran bermula apabila pihak tadika yg sepatutnya Faqihah melapor diri selepas tamat tempoh taska, tidak mahu menerima kehadiran Faqihah kerana tingkahlakunya yg hiperaktif disamping ciri2 autismanya. Mereka mencdgkan kami mencari tadika lain. Banyak tadika yg kami tanya, setelah menceritakan keadaan Faqihah, mereka enggan menerima. Malah ada yg memberi tempoh pemerhatian sementara diterima. Ada juga tadika yg menerima, sanggup terima Faqihah tp sehari shj kami tempatkan Faqihah, lebam2 Faqihah dibuat mereka. Alasan menggangu kanak2 lain tidur tengahari. Bayaran telah dibuat RM220.00, tapi mereka tidak mahu pulangkan wang semula kami walaupun sehari sj kami letakkan Faqihah di situ. Akhirnya, kami membuat keputusan untuk melakukan suatu pengorbanan. Isteriku mengambil cuti tanpa gaji selam 6 bulan untuk uruskan Faqihah.

Dalam tempoh isteriku bercuti, kami hantar Faqihah ke Sekolah Semangat Maju, Tasek Ipoh tp tak lama krn memikirkan aktiviti yg diajar di sana tidak sesuai untuk Faqihah. Sekolah tsbt fokus kepada kemahiran. Selepas itu, kami hantar ke Nasom, juga tak mampu bertahan lama kerana tiada perubahan berlaku kepada Faqihah sebaliknya, Faqihah takut nak datang ke Nasom. Akhirnya, kami diperkenalkan Brighter Future yg dikendalikan oleh Pn Ruby Lee. Alhamdulillah, banyak perubahan yang berlaku. kami terus tempatkan Faqihah di situ sehingga kini, walaupun Brighter Future telah berpindah sebanyak 3 kali. Mula2 dekat, kini dah jauh. Demi Faqihah, kami terus kekalka Faqihah di situ.

Dari segi kewangan, banyak wang telah dibelanjakan. Kadang2, mencecah ribuan juga untuk rawatan Attitude Therapy, Terapi Pertuturan, Nasom dan Brighter Future. Mujurkan Terapi cara kerja percuma sbb anjuran Yayasan Sultan Idris.Kesusahan, kepayahan amat dirasai dalam mendidik faqihah termasuk aspek kewangan untuk pendidikan dan rawatan Faqihah.

Faqihah mendapat rawatan utama di Pusat Rawatan Alternatif ATTITUDE THERAPHY sejak berumur 4 tahun sehingga kini. Alhamdulillah, setelah menjalani rawatan yg berterusan, Faqihah telah hampir pulih sepenuhnya walaupun masih terdapat ciri2 autisma. Sebelum itu, rawatan tradisional (bomoh) juga telah dilakukan untuk menjaga hati ibubapa/mertua tapi tiada sebarang perubahan.

Kami amat bersyukur, Allah beri kekuatan kepada kami sekeluarga menunaikan amanah menjaga Faqihah yang dikategorikan sebagai anak istimewa. Sehingga isteriku terpaksa bercuti tanpa gaji selama 6 bulan untuk mempastikan Faqihah mendapatkan pendidikan dan rawatan sewajarnya. Banyak perbelanjaan telah dikeluarkan untuk tujuan rawatan Faqihah. Aku berkursus selama satu tahun di IPPM, Melaka dalam pendidikan khas bagi meningkatkan pengetahuan mengenai pendidikan khas. Bayangkan suatu pengorbanan isteriku membenarkan aku menimba ilmu pendidikan khas di mana beliau terpaksa menguruskan keluarga seorang diri selama setahun. Aku setiap mggu berulang-alik Ipoh-Melaka bagi memberi sokongan kepada keluargaku setelah seminggu tiada bersama mereka. Manakala, Aku dipaksa menukar kerjayaku drp guru biasa kepada guru pendidikan khas.

Demi Faqihah kami kena berkorban untuk masa depannya. Jika kami telah tiada...bagaimana kehidupan Faqihah. Maka kami perlu membuat pengorbanan. Terima kasih kepada ahli keluarga dan jiran-jiran yang terus memberi sokongan dan dorongan.

Berkat usaha yang berterusan, suatu yang amat mengembirakan kami, dipanjatkan kesyukuran kepada Ilahi, mulai tahun 2012. Faqihah akan ditempatkan bersama2 dgn murid normal untuk mengikuti pelajaran seperti kanak2 normal yang lain.

Kunci Utama dlm usaha kami mendidik Faqihah ialah:
1. KERJASAMA AHLI KELUARGA
2. KETEGASAN IBUBAPA
3. KASIH-SAYANG
4. SOKONGAN MASYARAKAT (Pusat Jagaan, Pusat OT/Terapi, Brighter Future, SK Seri Mutiara.

Alhamdulillah...Segala Puji bagiMU Allah


Di antara senarai barangan yang telah dimusnahkan Faqihah

1. TV - Pecah berderai.
2. Kabinet TV - Cermin pecah
3. Wall paper - Ditarik, musnah semuanya
4. Kereta - Tempat duduk digigit
5. Peti ais - Tak berfungsi sbb dibuka kerapkali
6. Peti ais - Tempat letak brg2 musnah
7. Katil besi - Bengkok
8. Katil kayu - Patah
9. Komputer - Tidak berfungsi
10. Misen basuh - Musnah
11. Basikal - Rosak
12. Tangga rumah - Pemegang
13. Buaian bayi - Patah
14. Kipas - Rosak
15. Sofa - Rosak
16. Kerusi makan - patah
17. Pagar rumah - Hampir patah
18. Handphone - Musnah (masuk akuarium)

Penceritaan pengalaman dalam blog terhenti pada tahun 2012. Umur Faqihah ketika itu 11 tahun. Boleh dapatkan pengalaman mendidik anak autisme dalam post-post yang Pak Yoep hantar secara berkala.


16 comments:

  1. terharu dgn coretan pengalaman dlm mdidik faqihah.semoga ia akan memberi panduan untuk ibubapa muda yang juga memiliki anak autism.

    ReplyDelete
  2. TERIMA KASIH ATAS PERKONGSIAN INI..SAYA BARU TAHU ANAK SAYA AUTISME. SAYA DAH BERNIAT KALAU SLPS HARI LAHIR YG KE 3 DIA MASIH X PANDAI BERCAKAP, SAYA AKN BAWAK DIA JUMPA DR. DAN 29 OKTOBER LEPAS, ULANGTAHUN KE3, DIA MASIH X BERUBAH..SAYA TERUS JUMPA DR DAN AKHIRNYA SAYA TAHU DIA ADA MASALAH NI..SAYA MASIH TERAWANG2 DAN MENCARI SOONGAN ORG SEKELILING SAYA..

    ReplyDelete
  3. mohon doakan kami sekeluarga setabah keluarga ni sbb saya juga mempunyai seorang anak hiperaktif dan austima

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum, alhamdulillah Allah tunjukkan jalan dengan membaca blog Pak Yeop tentang anak autisme. Anak saya juga didiagnos sebagai autistic tahun lepas pada umur 5 tahun. Dato Dr Amar Singh di HBI mencadangkan beberapa nama dan arah untuk kami pergi mendapat sokongan, tapi hati agak risau kerana saya berharap agar dapat rawatan yang islamic..amir di tadikanya kurang bercakap..dan amir seorang yang bertutur dalam bahasa inggeris (with true english accent) walaupun kami sekeluarga cakap melayu je kat rumah..mungkin faktor channel disney junior di astro..apa lagi..terkial2lah kami speaking di rumah kerana amir akan respond bila kita speaking..cakap melayu seolah2 dia tak faham.

    dipendekkan cerita kami pergi ke attitude therapy selepas saya baca cerita tentang faqihah..alhamdulillah jumpa dr aishah dan amir kata only 10% autistic dan ada masalah lemah pada saraf. belumpun sebulan amalkan ubat attitude therapy..saya dah perasan perubahannya..(tak panjat pagar depan rumah lagi kalau mogok...) dan guru-guru tadika pun sgt excited sebab amir dah mula menulis sampai tak sabar-sabar nak habiskan buku...kawan-kawan amir pun bagi komen .."cikgu, amir dah boleh cakap melayu.." (banyak jugalah perkataannya banding dengan dulu..pelat omputih tu masih adala...)

    panjang kalau nak cerita semua, but the point is saya nak ucapkan terima kasih pada dr aishah , pak yeop walaupun saling tak mengenali..kerana memperkenalkan saya dengan attitude therapy...dengan izin Allah amir semakin baik..

    produk amir : CEO 20, CEO 2, SL 9, Shower Power dan Seri Wangi

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum, anak saya mempunyai ciri2 yang lebih kurang sama dengan amir tp saya tak tahu mana nak dapatkan bantuan. saya kini menetap di shah alam. Tambahan skrg anak saya dah 5 thn dan cikgu tadika dia minta ditukarkan ke sekolah lain kerana perbezaan perangainya dengan kanak2 lain.. sedih mmg sedih tp sy tak tahu nak buat mcm mn lg

    ReplyDelete
  6. apa kata puan cuba contact dr aishah di attitude therapy...kita usaha, Allah yang menentukan segala dan jangan putus berdoa. Sebelum tu, adakah anak puan memang dah disahkan autism? No dr aishah ada dalam blog pak yeop ni kalau berminat..saya cuma mencadangkan atas pengalaman sendiri..pengalaman dengan amir ni sebenarnya banyak mendekatkan diri kita dengan Allah..saya yakin ibu2 anak autism yang lain pun begitu..kita kena kuat..barulah kita boleh bantu anak kita...masa nak jumpa pakar di HBI untuk sahkan amir autism, kepala saya pun serabut..perasaan bercampur baur...tapi selepas berfikir panjang...buang perasaan sedih tu dan tukarkannya menjadi usaha untuk menolong anak syurga kita ni....Insya Allah Tuhan akan bantu..

    ReplyDelete
  7. Baru terjumpa blog ni. sangat membantu dan memberi motivasi. Anak saya baru disahkan oku pembelajaran dan sekarang ni dia berusia 8 tahun. Doktor maklumkan ini berpunca daripada penyakit jantungnya kerana anak saya dulunya telah menjalani pembedahan jantung seawal 24 hari dan hanya mampu menjalani kehidupan normal (tanpa bantuan oksigen) pada usianya 3 tahun. Perkembangannya nampak normal cuma pembelajarannya agak perlahan. Saya dah perasan pada usianya 6 tahun tapi saya merasakan perkembangannya lambat disebabkan penyakitnya ditambah lagi dengan persekitaran sekeliling yang memberikan nasihat yang sama. Bila anak saya disahkan oku pembelajaran perasaan seorang ibu sangat terusik. Apatah lagi anak sulung saya yang tiada sebarang penyakit meninggal tanpa sebab ketika usianya 4 tahun iaitu sewaktu masa saya banyak ke arah adiknya yang sakit. Terasa Allah sedang menguji saya sebagai hambanya. Saya sedang mencari kekuatan dan blog cikgu sedikit sebanyak memberikan saya kekuatan itu. Kepada ibu bapa yang perasan ada kelainan pada anak, bawak ke doktor atau mereka yang pakar. Jangan dengar 100% perbandingan cerita kelemahan anak kita dengan anak orang lain. Sebab anak2 ini berbeza. Semoga cikgu dan isteri terus kuat untuk mendidik Faqihah.

    ReplyDelete
  8. Baru terjumpa blog ni. Saya mohon pendapat tentang anak saya 15 y/o. baru lepas ambil upsr 2015. result 3B1C1D. pada saya itu satu pencapaian yg baik bagi anak saya. Sekarang belajar di SMK Jln Pasir Puteh dan hari ini akan bermula kelas inklusif di form 2 utk percubaan selama 3 bulan. saya bercadang utk masukkan dia ke tuition center. boleh bagi pendapat tuition centre yg boleh menerima anak autisme ni?

    ReplyDelete
  9. Baru terjumpa blog ni. Saya mohon pendapat tentang anak saya 15 y/o. baru lepas ambil upsr 2015. result 3B1C1D. pada saya itu satu pencapaian yg baik bagi anak saya. Sekarang belajar di SMK Jln Pasir Puteh dan hari ini akan bermula kelas inklusif di form 2 utk percubaan selama 3 bulan. saya bercadang utk masukkan dia ke tuition center. boleh bagi pendapat tuition centre yg boleh menerima anak autisme ni?

    ReplyDelete
  10. Terima Kasih.. Perkongsian yang menarik

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum...bolehkah sya tau dimana attitude theraphy tu....

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum...bolehkah sya tau dimana attitude theraphy tu....

    ReplyDelete
  13. Salam pak yeop...
    Sy terharu dgn pengorbanan pak yeop dan isteri..saya x pasti anak sy ada autis atau tak tp tanda2 mcm ada...anak sy berumur 6 tahun..jd lambat plak detect keadaan dia..blh bg sy cadangan atau pendapat apa yg sy perlu buat? Saya tinggal di ipoh

    ReplyDelete
  14. 1 ID For 7 Games
    POKER
    SAKONG
    BANDARQ
    CAPSA SUSUN
    ADUQ
    BANDAR POKER
    DOMINO99

    Minimal Deposit 20.000
    Minimal Witdraw 20.000

    Dapatkan Kelebihan VipDomino
    - PROSES DEPO & WD LANCAR DAN CEPAT
    - ONLINE 24 JAM NONSTOP
    - PELAYANAN YANG SUPER CEPAT DAN SANGAT MEMUASKAN
    - KARTU NYA BAGUS2
    - LEBIH MUDAH MENANG NYA
    - BONUS ROLLINGAN TERBESAR
    - BONUS REFFERAL TERBESAR SEUMUR HIDUP

    Tunggu Apa Lagi Boss ku^^
    Let's Join With Us At Domino1945.com
    Untuk info lebih jelas silahkan hubungi CS kami :
    - BBM : D6123C68
    - Skype : Vip_Domino
    - WHATSAPP : +6281226700823
    - LINE : VIPDOMINO99
    - No Hp : +855-8173-4523

    ReplyDelete

  15. http://berutahits12.blogspot.com/2017/06/taipanqq-bila-terbukti-waras-vm-yang.html


    Kami tantang para bos semua yang suka bermain kartu
    dengan kemungkinan menang sangat besar.
    Dengan minimal Deposit hanya Rp 20.000,-
    Cukup Dengan 1 user ID sudah bisa bermain 7 Games.
    Kami juga akan memudahkan anda untuk pembuatan ID dengan registrasi secara gratis.
    Untuk proses DEPO & WITHDRAW langsung ditangani oleh
    customer service kami yang profesional dan ramah.
    NO SYSTEM ROBOT!!! 100 % PLAYER Vs PLAYER

    ReplyDelete
  16. Sukar bagi ibubapa yang mempunyai anak-anak istimewa seperti autisme..org di luar tak memahami. Isu di tempat kerja pun sama...kelonggaran bagi penjawat awam yang ada anak oku diabaikan...di tolak ketepi..sukar nak diluahkan...

    ReplyDelete