Sunday, December 25, 2011

Kemudahan Dan Keistimewaan Kepada OKU Yang Berdaftar

Bil.

Perkara Kementerian/ Jabatan/Agensi
1.

Pengecualian Cukai Jalan.
OKU Fizikal.
Kereta,van, motosikal buatan tempatan sahaja

Kementerian Pengangkutan

Jabatan Pengangkutan Jalan
2.

Kemudahan pengangkutan awam

  • Potongan harga sebanyak 25% diberikan kepada OKU dan warga tua yang berumur 60 tahun ke atas bagi semua bas ekpress ( Mulai 20 Julai 2009 )
  • MAS 50% penerbangan domestik
  • KTM 50% bagi semua kelas
Kementerian Pengangkutan/ Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan Semenanjung Malaysia
3.

Program Pendidikan Khas

Kem. Pelajaran/Bah. Pendidikan Khas
4.

Program Pendidikan Integrasi

Kementerian Pelajaran
5.

Elaun RM150.00 sebulan kepada pelajar Sekolah Rendah dan Menengah

Kementerian Pelajaran
6.

i. Bantuan Kewangan Pelajar OKU IPT

  • Diberikan kepada pelajar OKU yang mengikuti pengajian peringkat tertiari (Diploma ke atas) secara sepenuh masa di IPTA, IPTS, politeknik dan kolej komuniti.
  • Bantuan kewangan pelajar OKU IPT tempatan (sepenuh masa) meliputi perbelanjaan bagi yuran pengajian dan wang saku yang kedua-duanya diberi pada kadar tidak melebihi RM5,000 setahun atau RM20,000 bagi sepanjang tempoh pengajian.
  • Bantuan kewangan pelajar OKU IPT tempatan (separuh masa/ pengajian jarak jauh) diberi pada kadar tidak melebihi RM5,000 setahun atau RM20,000 bagi sepanjang tempoh pengajian meliputi perbelanjaan yuran pengajian sahaja.
  • Maklumat lanjut di laman web : http://www.portal.mohe.gov.my/biasiswa/oku-ipt

ii. Bantuan Kewangan Program Pendidikan Khas di Politeknik/Kolej Komuniti

  • Diberikan kepada pelajar OKU (kurang upaya Pendengaran) yang mengikuti program pendidikan khas ( sijil kemahiran khas ) di politeknik terpilih.
  • Kadar bantuan adalah RM3360/semester, mengambil kira bantuan yuran, sara hidup, penginapan dan alat bantuan belajar.

iii. Saluran khas bagi pengambilan OKU di IPTA

  • Pengambilan pelajar OKU dibuat menerusi saluran khas (tanpa perlu bersaing dengan kategori biasa) yang hanya berdasarkan kelayakan minima sajaha.
  • Penempatan universiti disesuaikan dengan kemudahan dan bidang yang disediakan oleh IPTA.

Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia

Bahagian Biasiswa

7.

Kod amalan akses bagi OKU:-

  • Bangunan baru wajib ada ram dan railings
  • Laluan yang bersesuaian dengan kerusi roda
  • Lif khas dengan rekabentuk yang sesuai
  • Tempat letak kereta,tandas khas dan sebagainya
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan/ Majlis Kerajaan Tempatan
8.

Kemudahan dan galakan pelepasan cukai pendapatan.

  • Pelepasan cukai berganda kepada majikan yang melatih dan mengambil pekerja OKU
  • Pelepasan cukai sebanyak RM 5000 kepada pembayar cukai yang mempunyai anak OKU.
  • Pelepasan cukai sehingga RM 5000 bagi membeli alat-alat khas untuk kegunaan sendiri,anak atau ibubapa OKU.
  • Mulai 2005 pelepasan cukai diri sebanyak RM 6000 kepada OKU dan kepada pasangan OKU dari RM 3000 kepada RM 3500.
Kementerian Kewangan/ Lembaga Hasil
9.
Kadar sewa rumah yang rendah

DBKL

10.

Potongan harga 20 % pembelian rumah

Kementerian Kewangan/ Syarikat Perumahan Negara Berhad

11.

Pengecualian bayaran rawatan perubatan :

  • Bayaran wad kelas 3
  • Bayaran pakar
  • Bayaran ubat
  • Hanya hospital kerajaan
Kementerian Kesihatan
12.

Pengecualian Bayaran dokumen perjalanan

  • Pasport
Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri/Jabatan Imigresen
13.

Kemudahan peluang pekerjaan

  • Pekeliling Perkhidmatan Bil 3/2008 : dasar 1% peluang pekerjaan dalam perkhidmatan awam kepada Orang Kurang Upaya
  • Perkhidmatan pendaftaran pekerjaan secara online
Kementerian Sumber Manusia/Jabatan Tenaga Kerja
14.

Geran galakan perniagaan OKU

  • Telah berniaga
  • Usia 18 tahun keatas
  • Individu dan berkelompok
  • Geran berbentuk one-off
Kem. Sumber Manusia/Jabatan Tenaga Kerja
15.

Pengecualian duti impot alat ganti alat tiruan/sokongan

Kementerian kewangan

16.

Pengecualian 50% duti eksais kenderaan OKU

  • OKU Fizikal sahaja
  • Ada lesen memandu yang khas
  • Kereta nasional sahaja
  • Tidak boleh pindah milik atau jual selama 10 tahun kecuali dengan kebenaran Kem.Kewangan
  • Sebuah kereta setiap 10 tahun
Kementerian Kewangan
17.

Pencen terbitan

  • Anak penjawat awam yang telah meninggal dunia
JPA – Bahagian Pencen
18.

Waktu bekerja anjal

  • Kemudahan kepada kakitangan awam untuk menguruskan kebajikan dan keperluan anak OKU
Jabatan Perkhidmatan Awam
19.

Kemudahan Telekom Malaysia di bawah Pakej Penyayang

  • Percuma untuk sewa bulanan perkhidmatan talian telefon kediaman sahaja
  • Percuma untuk panggilan ke Perkhidmatan Panduan Direktori Telefon (103).
  • Percuma untuk perkhidmatan telefon Kemudahan Tambahan samada Panggilan Menunggu atau Pemindahan Panggilan

Syarat-syarat untuk melanggani kemudahan ini adalah seperti berikut :

  1. Hanya layak kepada OKU yang berdaftar dengan JKM sahaja.
  2. OKU warganegara Malaysia dan berumur 18 tahun ke atas.
  3. Jika pemohon OKU berumur kurang dari 18 tahun, mereka boleh memohon untuk mendaftarkan talian telefon atas nama ibu/bapa atau penjaga yang sah dan berumur 18 tahun ke atas dengan mendapat surat pengesahan yang bercop daripada JKM, jabatan kerajaan atau ketua kampung.
  4. Pemasangan perkhidmatan telefon di bawah pakej ini hanya layak dipasang di premis kediaman dan dimana pemohon OKU tinggal.
  5. Tempoh perjanjian perkhidmatan telefon bagi pendaftaran pakej ini adalah selama satu (1) tahun.
  6. Kelayakan pakej akan terbatal sekiranya pelanggan baru atau sedia ada didapati melanggar syarat-syarat dan peraturan seperti yang dinyatakan.

Kem. Tenaga,Air dan Komunikasi/Telekom Malaysia
20.
50%potongan yuran pengajian Universiti Terbuka Malaysia (OUM)
21.

Bantuan Am

Jabatan Kebajikan Masyarakat
22.

Elaun Pekerja Cacat

Jabatan Kebajikan Masyarakat
23.
Geran Pelancaran Jabatan Kebajikan Masyarakat
24.

Bantuan alat tiruan/sokongan

Jabatan Kebajikan Masyarakat
25.

Pusat Pemulihan Dalam Komuniti

Jabatan Kebajikan Masyarakat
26.
Institusi Penjagaan dan Pemulihan JKMM Jabatan Kebajikan Masyarakat
27.
Bengkel Terlindung Jabatan Kebajikan Masyarakat
28.
Pendaftaran dan pengeluaran kad kenal diri OKU Jabatan Kebajikan Masyarakat
29.

Khidmat nasihat dan kaunseling

Jabatan Kebajikan Masyarakat
30.
Bantuan bagi OKU yang Tidak Berupaya (BTB) akan mendapat bantuan kewangan RM150.00 Sebulan Jabatan Kebajikan Masyarakat
31. Bantuan Penjagaan OKU Terlantar (BPOKUT) akan mendapat bantuan kewangan sebanyak RM300.00 sebulan
Jabatan Kebajikan Masyarakat
32.

Pengecualian bayaran :-

  • Bayaran membuat MyKad
  • Bayaran carian daftar kelahiran dan kematian
Jabatan Pendaftaran Negara

No comments:

Post a Comment