Saturday, December 3, 2011

Pengalamanku dlm mendidik anak autisma


"Siapa sangka anakku ini mengalami autisma"

Faqihah, anakku yang mengalami autisma dan hiperaktif sejak lahir. Gambar di atas Wajah Faqihah semasa berumur 4 tahun. Kini (2011) beliau sudah berumur 10 tahun. Bersekolah di SK Seri Mutiara Ipoh. Berada dalam kelas pertama (PK Teguh) ditempatkan bersama pelajar-pelajar berumur sehingga 14 tahun disebabkan keupayaannya dalam akademik. Banyak perubahan yang telah berlaku sehingga kini berbanding 10 tahun yang lepas.

Kesusahan, kepayahan amat dirasai dalam mendidik faqihah termasuk aspek kewangan untuk pendidikan dan rawatan Faqihah. Faqihah mendapat rawatan utama di Pusat Rawatan Alternatif ATTITUDE THERAPHY sejak berumur 4 tahun sehingga kini. Alhamdulillah, setelah menjalani rawatan yg berterusan, Faqihah telah hampir pulih sepenuhnya walaupun masih terdapat ciri2 autisma. Sebelum itu, rawatan tradisional (bomoh) juga telah dilakukan untuk menjaga hati ibubapa/mertua tapi tiada sebarang perubahan.

Kami amat bersyukur, Allah beri kekuatan kepada kami sekeluarga menunaikan amanah menjaga Faqihah yang dikategorikan sebagai anak istimewa. Sehingga isteriku terpaksa bercuti tanpa gaji selama 6 bulan untuk mempastikan Faqihah mendapatkan pendidikan dan rawatan sewajarnya. Banyak perbelanjaan telah dikeluarkan untuk tujuan rawatan Faqihah. Aku berkursus selama satu tahun di IPPM, Melaka dalam pendidikan khas bagi meningkatkan pengetahuan mengenai pendidikan khas. Bayangkan suatu pengorbanan isteriku membenarkan aku menimba ilmu pendidikan khas di mana beliau terpaksa menguruskan keluarga seorang diri selama setahun. Aku setiap mggu berulang-alik Ipoh-Melaka bagi memberi sokongan kepada keluargaku setelah seminggu tiada bersama mereka. Manakala, Aku dipaksa menukar kerjayaku drp guru biasa kepada guru pendidikan khas.

Demi Faqihah kami kena berkorban untuk masa depannya. Jika kami telah tiada...bagaimana kehidupan Faqihah. Maka kami perlu membuat pengorbanan. Terima kasih kepada ahli keluarga dan jiran-jiran yang terus memberi sokongan dan dorongan.

Berkat usah yang berterusan, suatu yang amat mengembirakan kami, dipanjatkan kesyukuran kepada Ilahi, mulai tahun 2012. Faqihah akan ditempatkan bersama2 dgn murid normal untuk mengikuti pelajaran seperti kanak2 normal yang lain.

Kunci Utama dlm usaha kami mendidik Faqihah ialah:
1. KERJASAMA AHLI KELUARGA
2. KETEGASAN IBUBAPA
3. KASIH-SAYANG
4. SOKONGAN MASYARAKAT (Pusat Jagaan, Pusat OT/Terapi, Brighter Future, SK Seri Mutiara)

Alhamdulillah...Segala Puji bagiMU Allah

No comments:

Post a Comment