Tuesday, April 10, 2012

High risk of having autism

KONGSI PENGALAMAN DI LAMAN FACEBOOK KELAB ANAK AUTISMA

Salam, anak saya Airiel Ilhan berumur 2thn 3bln di diagnose sebagai 'high risk of having autism' oleh NASOM. Anak saya masih tidak boleh bertutur dan hingga kini Airiel masih belum boleh menyebut sepatah perkataan pun. Saya mohon bantuan ahli Kelab jika mengetahui mana2 Hospital atau Doktor pakar (hospital kerajaan) yang boleh saya rujuk di sekitar Kuala Lumpur / Shah Alam. Atau mana2 klinik / perubatan Alternative yang boleh membantu saya... Terima Kasih... drp Siti Fadzlina, Kelab Anak Autisma


Littlekidshoppe Kidboutique melalui pengalaman saya ialah pergi ke doktor kanak2 dan dapatkan surat untuk merujuk kepada klinik pakar kanak2 di HUKM atau HKL. saya dahulu dinasihatkan supaya pergi ke HUKM,

Mohamad Hafidz Harith amak saya mohd harith danial (6 tahun) punyai masalah yg sama,apa yg saya buat ialah rujuk govt.hospital (s.alam @ kl), kemudian buat kad oku bg memudahkan hal2 appointment @ skolah kelak dan puan bole juga cuba rawat dgn perubatan tradisional...insyaallah

Saidatul Shahera dah ada org bg cadangan....hospital selayang unit MEKAR pun boleh jugak.....:)

Siti Fadzlina Terima Kasih semua atas bantuan dan cadangan..

Pok Rol sebenarnya byk hospital yang boleh guide anak yang 'high risk of having autism'.. cuma yang lebih penting persediaan ibu bapa kepada anak yang 'high risk of having autism'. terutamanya nak mengasah mental utk kuat. semoga diberi kekuatan oleh-nya. amin.... lain-lain hal, do enjoy the ride! :)

Nor Hayati Mohamad Sulaiman Pengalaman saya, semasa umur begini selalunya pediatrician/psychiatrist di hospital kerajaan takkan buat apa2 melainkan suruh datang utk observe je. Bila dah masuk 4 thn baru baru dia schedule utk ST/OT. Diagnosis pun akan diberi ketika 4 thn sbb masa umur 2 th ++ dia akan ckp terlalu awal utk didiagnose sbb mmg ada kes kanak2 yg lambat sikit, tapi bukan autistic. Kecuali bagi kes anak2 yg simptom sangat ketara la spt hand flapping yg kerap, takde eye contact langsung dll simptom klasik autisme. Kalau ada duit better pegi private hospital.

Autistication pengalaman saya - jgn membazir gi diagnose kat hospital atau mana-mana lagi. Tumpu sepenuhnya pada membantu dia, saya yakin banyak cara boleh buat TETAPI maafkan saya, awak sendiri yang kene buat dan BUKAN org lain. Ya boleh dapatkan bantuan tetapi awak yg kene guide dan involve sepenuhnya 110%. BTW sy dari shah alam.

Autistication oh lupa nak tulis, kalau berkemampuan dapatkan dia ipad, skrg ipad2 dah murah.

Yasmin A. Hamid Sy htr anak 6y.o ke WQ Park, kelana jaya (private rehab n health care ctr). Alhamdulillah, baru 2bln tp byk sgt perubahan positive.

Maizatulakmam Ali Perlu rujuk hospital utk penilaian perkembangannya. Kita sebg ibu perlu byk kan ilmu utk stimulate anak2 begini. Hospital hanya membantu mmberi garispanduan dan langkah2 yg perlu dilakukan.

Khursiah Mat Salleh saya tinggal di shah alam, masa danish umur 4 thn, rujuk di PPUM. kad OKU dapat di JKM, bangunan darul ehsan.sekarang 8 thn belajar di ppki, sek 6 , shah alam. Lepas sekolah, hantar pusat jagaan khas untuk therapy, di sek 10.

Siti Fadzlina Saya dah bawa Airiel gi SJMC jumpa Pakar Kanak2 Doc. Ali Azman. This is the same Doc. yg rawat Airiel dari kecil.. Doc Ali telah refer kes Airiel kepada Pakar Neurology di SJMC.. Saya mencari 2nd alternative 'Hospital Kerajaan' kerana kos rawatan Hospital Swasta agak tinggi dan insurance/company saya tidak tanggung bil perubatan bagi kes2 begini... Saya jugak sedang mencari pusat2 EIP yang berdekat.. saya jugak berusaha mencari therapist untuk membantu Airiel... Insyaallah sesi pertama Occupational Therapy Airiel akan bermula 16hb ini.. Next is to get the Speech Therapist untuk membantu Airiel.. disamping latihan dan bantuan dari PAMA (Papa & Mama)...

Autistication sini ada byk maklumat ttg cara2 mengajar https://www.facebook.com/autismdiscussionpage

Autistication Yasmin A. Hamid - Sy pernah dengar WQ Park. Tempat baru kan? Tempatnya nampak class. Brp kos EIPnya?

Siti Fadzlina Airiel memang suka ngan gadget mcm iPad dan iPhone.. he knows how to operate these gadget.. saya install all the games yg boleh membantu yg special design for Autistic Kids. Dia pandai bukak/main all this games... Except for delay in speech.. he look like a normal kids.. Airiel anak ke3/bongsu saya... dia main ngan abang dan Kakak.. dia paham bila kita cakap or bagi arahan.. but sometime dia buat dono... especially bila dia tengah concentrate ngan something like masa tgk TV or masa dia main iPad.. Airiel paling suka dengar bacaan Ayat2 Alquran di TV.. dia boleh duduk tak bergerak concentrate tgk TV.. satu hari pun tak pe... Sy berusaha mencari penawar / bantuan utk Airiel but. . untuk mencari penawar kita kene tahu apa penyakitnya.. till todate, belum ada doc. / anyone yg diagnose Airiel as Autistic.. but no harm kalau saya cuba all the treatment for Autistic kids pada Airiel sementara menunggu jawapan/pengesahan dari Pakar...

Siti Fadzlina Puan Yasmin: Ada alamat or contact no WQ park tak?

Hunny Ida siti fadzlina...sama nama ngan anak saya Airiel Hafiqie...umo 3thn..speech delay with mild autisme..hari nie 1st time OCCT @hosp selayang...ida dlm dptkn referral letter from klinik n rujuk hosp selayang...nk g swasta x mampu...

Yasmin A. Hamid WQ Park health & Rehabilitation Center, Lot 2D, JAlan SS5D/5, Kalana Jaya. Tel: 78044171. sy htr anak 5days a week, ada sesi pagi n ptg. ada juga 3days a week, tgkla mana yg berminat. dekat dgn bagunan Tabung Haji. kos dia mmg agak mahal, byr ikut semester... cubalah tanya, doc n therapist akan buat assessment pada anak u.

Yasmin A. Hamid saya dah pernah htr terapi hukm n cdc hukm tu, buat rawatan dgn k. raw, htr taska, pdk sebelum ni. dgn nasom waiting list lama sgt, jd kena ambil alternatif lain, nipun dah terlambat sebab dia dh 6thn baru tau pasal wqpark ni. lgpun terapi dgn hukm 1x sebulan je. skrg ni fawwaz berulang from nilai-kelana jaya hari2, so far dia ok je n happy sgt tgk dia getting better from day to day.. :)

Autistication berdiri tegak dan salute macam general pada puan yasmin - dari nilai ke kelana jaya!

Siti Fadzlina Yasmin Tq..

Siti Fadzlina Hunny Ida: anak Ida x bercakap langsung or cakap bahasa dia?? anak saya x bercakap langsung.. next Monday saya ada appointment ngan diagnostic centre kat SJMC . nak buat hearing test.. Doc nak pastikan yang Airiel tak da masalah gangguan pendengaran or kecelaruan bunyi... doc kata Airiel boleh dengar but nak pastikan Airiel dapat dengar bunyi dengan betul.. coz kalau ada masalah kecelaruan bunyi... Akan berlaku masalah lewat/tidak bercakap...

Wannur Syafiqah Binti Yahya salam adik siti selain dari merujuk kepada doktor pakar jgn lupa rujuk dengan yang Esa kerana yang Esa akan menunjukkan jalan terbaik buat adik siti,selalulah bercakap perkara yang positif dengan anak,memeluk anak dan memuji anak kita.kerana mereka adalah satu anugerah yang istimewa buat kita.

Siti Fadzlina Wsalam Sis Wannur.. terima kasih atas sokongan dan nasihat.. saya akui yg kadang2 saya menangis.. Tapi.. saya percaya.. ada hikmah disebalik setiap kejadian.. 'A SPECIAL kids for Special Moms'.. Teringat lirik lagu Maher Zain.... Everytime you feel like you cannot go on
You feel so lost
That your so alone
All you is see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can’t see which way to go
Don’t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side.....

Jasman Arifin jangan lupa pulak special dads, merajuk semua dads...isk...isk... nanti maher zain cipta lagunya pulak

Siti Fadzlina sorry.. my mistake .. rephrase my statement.. 'Special Kids for Special Moms and Dads'.. Again, Maher Zain lyric.......'Turn to Allah
He’s never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray... Ya Allah
Guide my steps don’t let me go astray
You’re the only one who can show me the way... Insyaallah ...' Ameen..

Haida Harith salam.....apa yang penting adelah support dari parents...kene sentiasa bersabar and kalau boleh sentiase buat aktiviti bersama-sama..saya ade 2 org anak yg menghidap autisme..kembar...they are 11 yrs now...alhamdullilah..diorg dh getting ok..very rare nak baling2 brg mcm dulu..one of them can communicate well plus boleh membaca n mengira but sorang lg agak slow..but as a parents ape yg kite boleh buat adelah bersabar dan jgn jemu mendidik anak2 istimewa ni... ;)

Ruzaimah W Hassan saya pun br start anta anak saya p WQ Park this yr.anak saya 4thn.mmg a bit pricey tp alhamdulilah,ade improvement.
  • Sidah Salleh salam... pn Yasmin.. saya pun hantar anak saya ke WQ Park. mungkin pernah jumpa anak saya nama Haziq. pernah dengar Haziq sebut2 nama Fawwaz (dok nyanyi lagu "say goodbye") tp tak sure yg mana satu. Haziq dah 10 bln kat WQP.

  • Sidah Salleh utk Siti Fadzlina, mmg kena byk sabar. yg penting sekali kita kena faham anak kita tu. anak autisme ni semua lain2. pasal diagnosis kat hosp govt, itu cuma utk "official" on paper lah, utk memudahkan urusan sekolah dsb. dan utk pemantauan jugak. umur 2 thn 3 bln mmg masih susah nak diagnos sbb umur mcm ni social skill belum byk berkembang. tapi bagus start ST awal2. kalau dpt buat OT pun bagus juga sbb mmg ada kaitan dua-dua tu. dapat sebulan sekali pun tak apa, yg penting kita ikut apa yg

5 comments:

  1. Assalam. Abg sulung sy, Muhammad Alif.. autism.. skrg umur dy 28thun. fizikal dy like normal person. love on gadget, motorcar..suke sgt dgr azan, bacaan ayat Al-Quran. Until now x bercakap. apa yang dy nak, dy akn tunjuk, tarik tangan, hulur tangan and so on.. ummi cakap masa kecik2 dulu dy boleh bercakap tapi bila da besar entahlah kenapa x nak berckap. eye contact selalu ad. siang dy memang tidur je..tapi mlm dy berjaga. rutin harian dy same je everyday. klu ad berubah cket dri rutin harian dy contoh family ajak balik kampung secara tiba2 bkn ikut timing dy, dy akn mengamuk. only my mum boleh pujuk dy.huuhu.. hope yang anak2 baru 3,4 tahun, banyakkan bersabar, pandai main psikologi dgn dorang.. like my mum did..

    ReplyDelete
  2. Asslm, anak saya 3thn ++ baru disahkan 2nd support autism, nak bertanya berapa harga satu sesi sejam OT di WQPark ya? macamana depa kira?

    ReplyDelete
  3. Assalam...nak tnye...mahal tak rawatan kt WQ Park tue?

    ReplyDelete
  4. salam saya nak bertanya.. sebelum rujuk mana2 pakar dihospital kerajaan mesti ada surat dari klinik ke yg menyatakan anak2 ade ciri2 autisme? kalau parents terus ke hospital tanpa surat boleh ke?

    ReplyDelete
  5. Perlu surat sokongan daripada klinik sebelum dirujuk ke pakar hospital kerajaan.

    ReplyDelete