Friday, January 10, 2014

Beza Tabung Masjid dan Gareja


Aqidah memang tidak boleh dijualbeli tetapi mudah tergadai tanpa sedar. Masjid banyak duit. Tetapi pengurusan masjid buat duit masjid macam duit mereka sendiri. Curi rm2 kena penjara. Mungkin yg melidi duit tabung tu dalam kesempitan sangat. 

Aku pernah masuk gereja dekat komplek Asia Jaya. Ada kotak transparent atas meja. Ada buku catitan sebelah kotak. Dalam kotak tak bertutup ada banyak duit macam2 note. Aku belek buku. Lima ruang utk diisi. Tarikh, Nama, no tel, jumlah, catitan.

Berbagai kaum punya nama ada dan memang aku mencari nama melayu. Jumpa beberapa nama siap nombor talipon. Salah satu nama lelaki ambil rm50 utk beli susu anak.
Aku call no yg dicatat. Sembang bbrp minit. Baru kena berhenti kerja jaga masa tu.

"Dah jumpa pak imam masjid. Kena buat surat ke bendahari. Bendahari pula suruh gi pejabat zakat. Sampai pejabat zakat kena isi itu ini. Entah bila pula nak dapat. Kawan india suruh pi gereja. Boleh terus ambik kemudian baru tulis nama.
Saya pun pergi tempat tu dgn dia."

Kenapa encik ambik limapuluh je. Bukan ada orang jaga pun?

"entahlah. Tapi walaupun takde orang jaga tapi Allah nampak walaupun dalam gereja. Niat saya memang nak beli susu anak dan sikit utk tambang pusing2 cari kerja."

Terdiam aku sekejap. Lepas tu encik?

"Saya terus pergi beli susu anak dan balik rumah dgn nasi bungkus malam lima beranak. Pagi esok gereja talipon dan lepas tu saya pun dapat kerja jadi jaga di gereja tu. Takpa la asal tak mencuri."

Aku langsung teringat pada sorang pakcik yg sedang ronda tempat parking masa tu. Encik masih kerja di situ?

"Dak dah. Saya dah balik kampung ni. Gereja bagi modal. La ni saya meniaga gerai makan. "

Masjid patut boleh buat lebih baik dari gereja. Jangan bangga dengan jumlah terkumpul ratusan ribu tp ahli qariah ada yg dapur tak berasap.


Sumber - Raja Shamri FB

3 comments:

  1. Islam itu memudahkan. Tapi dengan byk sistem yg mengarut kat malaysia ni. Yg sepatutnya sekejap, jd lama sangat. Tak patut betul.

    ReplyDelete
  2. PENCERAHAN VIRAL PALSU
    GEREJA SENANG BAGI DUIT?TULIS NAMA JE?

    Telah berulang kali kita menerima mesej mengenai bantuan dari Gereja di Asia Jaya, ada sebuah kotak berisi duit, hanya tulis nama untuk ambil berapa diperlukan. Betul?

    ```Sebenarnya Gereja Asia Jaya yang mana? Asia Jaya di Petaling Jaya? Memang tidak wujud Gereja di Kompleks Asia Jaya! Nama gereja Asia Jaya pun Tiada!```

    Tak percaya? Cuba anda pergi ke kawasan LRT Asia Jaya, Seksyen 14, Taman Jaya, Taman Paramount hingga Kawasan sekitar Hospital Assunta dan Jalan Gasing. Memang ada banyak gereja dikawasan tersebut, TETAPI tiada satu pun yang menyediakan kotak seperti didakwa.

    Hasil tinjauan dari sebuah ke sebuah gereja, hasilnya sebanyak 6 buah gereja telah berjaya dilawati oleh skuad peninjau. Gereja di sebelah Hospital Assunta PJ dengan jelas petugas disitu menyebutkan tiada penawaran bantuan seperti kotak khas atau sebagainya disediakan, malah beliau mencadangkan supaya permohonan bantuan dibuat di Baitulmal.

    Jelas bahawa viral mengenai kotak berisi wang di Gereja Asia Jaya adalah *PALSU* semata-mata

    Mengenai dakwaan mengenai bantuan dari masjid/surau susah memberi bantuan selalunya keluar daripada individu yang tidak pernah jejak kaki ke masjid/surau, paling tidak hanya seminggu sekali pada hari Jumaat.
    Jika anda menghadapi masalah kewangan yang serius, datanglah bertemu dengan Jkuasa Masjid/Surau, pasti mereka akan membantu mengikut saluran2 yang bersesuaian.
    Yang paling penting, apabila menerima sesuatu berita, semak terlebih dahulu, amalkan sikap Tabayyun.

    Oleh : _Pasukan bertindak mencari pencerahan isu viral di media sosial._

    https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=304572503322051&id=210105429435426

    ReplyDelete
  3. Terima Kasih atas pencerahan tuan. Usaha tuan amat dihargai. Sesuatu isu perlu diketengahkan supaya mendapat perhatian daripada ahli masyarakat untuk melakukan tindakan bersesuaian dan yang terlibat dapat pembelaan.

    ReplyDelete