Friday, January 23, 2015

Haziq 2015


Haziq dah masuk tahun 5. Pencapaian akademiknya masih kurang memuaskan sepanjang 2014 walaupun ada peningkatan dari segi kualiti. Masih kekal di kelas yang ke-2. Ada cikgu-cikgu mencadangkan Haziq ditempatkan ke kelas pertama ikut 'jalan belakang' tapi pak yoep rasa biarlah Haziq bersaing secara elok. Jika benar-benar layak, barulah dia ditempatkan ke kelas pertama. Kami sedang berusaha kearah itu.

Untuk mencapai sasaran tersebut, Haziq dihantar untuk mengukuti sesi pengajaran di Pusat Tuisyen Teraju Didik di Taman Desa Aman. Kelas tuisyen pada Rabu, Khamis dan Jumaat. Manakala pada hari Isnin, tuisyen matematik dengan pak yoep di pusat tuisyen  kendalian pak yoep.

Isnin hingga Jumaat memang padat jadual Haziq selepas balik sekolah. Waktu petang bersekolah agama rakyat di Pusat Pendidikan Addin di Medan Gopeng. Malam tuisyen sampai jam 10.00 malam. Waktu petang, baik dari sekoah agama rakyat TIDAK dibenarkan keluar bermain untuk persiapan ke kelas tuisyen malam.

Sabtu pagi bakal terlibat dalam aktiviti bola sepak dengan Akademi Bola Sepak PAFA- Gopeng Kidz di sekolahnya. Ahad aktiviti bebas Haziq.

Setiap malam Haziq akan bermalam di rumah opahnya sebagai teman opahnya.

Kegemaran Haziq kini ialah membela seekor Mentadak dan seekor Mengkarung sebagai binatang peliharaannya. Setiap malam, semasa mengiringi pak yoep ke masjid pasti mencari serangga untuk santapan binatang peliharaannnya. Dah hobinya begitu....

Harap Haziq akan ada perubahan dalam akademiknya pada tahun ini. Begitu juga dengan sesi pengajian di sekolah agama. Haziq bakal menduduki UPKK... prestasinya amat buruk dalam peperiksaan di sekolah agama sebelum ini.

Moga segala-galanya berubah.


No comments:

Post a Comment