Wednesday, January 16, 2013

Jemputan di Majalah PA&MA



Terima pm daripada seorang wartawan di facebook  memohon maklumat ahli Kelab Anak Autisma yang berminat nak kongsi pengalaman mendidik anak2 autisma dalam majalah PA&MA.

Jika nak glamour pasti inilah kesempatan agar diri dapat dipaparkan dalam majalah. Bakal disaksikan oleh rakyat Malaysia. Oh! TIDAK... pak yoep amat tidak berminat untuk aktiviti2 seumpama itu yang bakal mengundang perasaan RIAK dalam diri. Cukuplah pengalaman yang ada dikongsi dalam laman blog ini.

Isi kandungan pm tersebut ialah:

"salam admin kelab anak autisme..sy, fatin wartawan dr majalah PA&MA..sy berminat untuk menulis mengenai pengalaman2 ibu bapa yang mempunyai anak autisme..boleh x admin KAA, kenalkan kepada sy ibu bapa yang mempunyai anak autisme agar pengalaman dan kisah mereka dapat dikongsikan dengan pembaca majalah PA&MA..plez inbox sy ye kenalan2 yang admin kenal yang berminat untuk berkongsi cerita mereka..thanks..."

Tak sangka pulak. Kelab Anak Autisma yang pak yoep wujudkan mendapat perhatian daripada pihak majalah. Walaubagaimanapun jika ada ahli2 Kelab Anak Autisma yang berminat nak berkongsi pengalaman dimajalah tersebut... silakan.

No comments:

Post a Comment