Thursday, December 1, 2011

Sesi Pembelajaran di rumah bermula

Tamat sudah November 2011. Kini, Disember bermula... Aku dgn berat hati membuat peraturan ke atas anak2ku untuk orentasi pembelajaran di mana aktiviti pembelajaran akan dilaksanakan sepenuhnya sepanjang tahun 2012 dibawah pengawasanku. Aku terpaksa korbankan memberi perkhidmatan home tuition bagi memberi tumpuan kepada anak2ku. Home Tuition hanya akan dilaksanakan pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad sahaja. Tiada kelonggaran diberikan kepada anak2ku bermula tahun depan. kak Long akan menduduki peperiksaan UPSR. Faqihah akan terlibat dgn program inklusif. Haziq dah ada peningkatan kemahiran membaca, latih-tubi dah boleh dilaksanakan. Maka, jika semua dah boleh belajar, pembelajaran boleh dilaksanakan seiring. Fokus utama pembelajaran ialah:

KAK LONG:
Mathematics
Problem Solving

FAQIHAH:
Mathematics

HAZIQ
Latihan membaca
Mathematics

Respon hari pertama

Kak Long:
Tidak dapat dilaksanakan kerana terpaksa membantu Ummi membuat kerja rumah.

Faqihah:
Meronta2 nak main komputer tetapi akhirnya dia akur dan membuat aktiviti melukis sebagai permulaan.

Haziq:
Latihan membaca tp masih belum lancar lagi.
Mewarna pada buku bacaan.

Fasa 1: Sejam sahaja.

No comments:

Post a Comment