Thursday, December 1, 2011

Murid Autisma Cemerlang UPSR



MOHD. Afham Irfan Mohd. Khairul (dua dari kanan) bersama Nurzila Ihsan (kanan) menunjukkan sijil peperiksaan UPSR 4A 1B di Sekolah Kebangsaan Kangkar Tebrau, semalam. Bersama mereka ialah Shafi Manan (kiri) dan Nuurul Ain Hussein (dua dari kiri).

JOHOR BAHRU 17 Nov. - Jika dilihat dengan mata kasar tiada apa yang kurang mengenai murid tahun enam ini tetapi dia sebenarnya dilahirkan sebagai anak autisme.

Bagaimanapun, keadaan itu tidak menghalang Mohd. Afham Irfan Mohd. Khairul membuktikan kepada umum bahawa dia mampu mencapai keputusan cemerlang dalam pelajaran.

Anak sulung daripada tiga beradik itu berjaya mendapat 4A 1B dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2010 yang diumumkan baru-baru ini.

Murid Sekolah Kebangsaan Kangkar Tebrau (SKKT) itu lebih selesa menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pertuturan dan gemar membaca pelbagai jenis buku ketika berada di rumah atau kelas.

Menurut guru pendidikan khas sekolah berkenaan, Nurzila Ihsan, anak muridnya itu sudah menunjukkan potensi cemerlang sejak tahun satu dengan lebih cenderung kepada bidang teknologi maklumat.

"Bukan mudah untuk menjaga dan mengajar anak-anak autisme seperti dia. Apatah lagi Mohd. Afham seorang yang terlalu aktif . Dia akan mengamuk jika tidak selesa dengan seseorang," katanya.

Turut menemani Mohd. Afham ialah Guru Penolong Kanan 1 SKKT, Nuurul Ain Hussein dan Naib Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SKKT, Shafi Manan.

Bagi memastikan dia boleh memberikan yang terbaik dalam peperiksaan, pihak sekolah akan meletakkannya ke kelas biasa.

Rujukan: Utusan 18/11/2010

Catatan:
Buat masa ini, aku masih belum jumpa artikal cemerlang UPSR/PMR 2011... jika ada sesiapa yg mempunyai maklumat harap dapat dikongsi bersama.

No comments:

Post a Comment