Thursday, February 2, 2012

Ritalin dan Autisma

ElinNur Farizan

Salam. Nak berkongsi sikit+nak tanya. Anak saya hyperactive, sebelum ni belajar di aliran perdana di SJK (C). Tp guru2 menghadapi masalah utk mengawalnya dikelas. Tp, pelajarannya agak baik dan sudah boleh bertutur dan memahami bahasa Mandarin dan Inggeris. Atas permintaan guru besar, saya membawanya berjumpa pakar psikologi kanak-kanak dan doktor mengesyorkan ubat utk ank2 ADHD (Ritalin klu tk salah). Sejak mengambil ubat tu mmg ank saya agk terkawal dan boleh 'duduk diam'. Tp dia juga jd pemurung, dan slalu menjerit2 tanpa sebab. Kesian melihatnya, saya menghentikan pengambilan ubat tersebut. Ank saya kembali seperti sedia kala,lasak, tp sgt ceria dan berani mencuba dan 'mengeksplore' perkara2 baru, tetapi terpaksa ditukarkan ke sekolah pendidikan khas tahun ini. Adakah tindakan saya menghentikan pengambilan ubat tersebut betul??. Saya agk risau tentang kesan jangka panjang pengambilannya secara berterusan, dan jugak sedih melihat keadaan ank yg murung dan tidak lg ceria. Memang agk sukar mengawalnya, terutama ditempat awam, tp dia bebas membuat apa yg disukainya,

KELAB ANAK AUTISME: Amat setuju...

ElinNur Farizan: Pd awalnya doktor sarankan ubat tu supaya dia dpt dikawal didlm kelas dan mengelakkan dr di tukarkan ke kelas Pendidikan Khas. Tp klu sampai mengubahnya terus pun nak buat apa kan?? Sejak tukar sekolah ni nmpk dia bersemangat dan seronok nk kesekolah. Malah dh semakin petah bercakap, dan boleh berkomunikasi dgn baik. Mmg menukarkannya ke kelas pendidikan Khas keputusan yg betul sbb guru2 khas lebih faham dan tau mcm mana nk mengendali anak-anak istimewa ini. Ibubapa pun dpt tumpang blajar..hehe.

KELAB ANAK AUTISME: Jika anak puan nanti dah boleh fokus semasa belajar / tak hiper lagi.. dia boleh ditempatkan semula ke kelas normal dan menduduki peperiksaan awam..upsr, pmr hakta spm pun boleh...

Zamri Tembol: Ritalin is kind of drug...kesan yg lebih kurang sama mcm anak saya, personally saya tak rekomen utk amik ubat ni selagi behavior anak tak membahayakan. Dok dlm pkhas tak semestinya tak boleh berjaya.

ElinNur Farizan: Oo, ank En Zamri pun penah amik Ritalin?? Rasanya biarla anak 'bebas' buat apa yg dia nak, sedikit sebanyak membantu perkembangannya juga. Kenela byk bersabar dan usaha melayan karenahnya tu. Tp nampaknya ank saya tunjukkan byk peningkatan dr segi bersosial dan berinteraksi. Ringan mulut berbual, rajin sembahyang, semakin lancar mengaji, dan dh pandai berkawan. Dh semakin senang nk bawa dia ke tempat awam, tanpa perlu sentiasa diawasi sbb dh semakin mendengar kata dan tk buat apa yg dilarang.

Rujukan: Autisma.My

No comments:

Post a Comment