Sunday, February 19, 2012

Rutin anak2 autisma

Assalammualaikum wbt, maaf ya sudah lama ros tak menulis sesuatu di AM ni, ros sekarang sedang sibuk membuat terapi untuk anas, menggunakan cara glen doman, suggestion dari pusat NURY, anas dah banyak perubahan yang positif, pada ibu bapa yang masih tercari-cari terapi yang sesuai untuk anak syurga kita ini, boleh cuba cara ini, mane tau serasi, berikut adalah rutin harian ros sekarang.

Rutin harian anas

6:15- bangun pagi, sarapan, makan vitamin dan masking 1x.
...
7:10- bertolak ke Taska dan pusat terapi

7: 30 – 8:30 – jogging tanpa kasut di persisiran pantai, sebab anas tak dibenarkan pakai kasut kerana untuk membolehkan ransangan pada tapak kaki anas, permukaan pasir adalah sangat baik, kemudian 15minit sebelum balik, bagi anas main kt playground.

8:25- masking oksigen kali pertama ( 30 saat) sebelum sarapan

8:30- 9:30- perhimpunan pagi, senamrobik, nyanyi ramai-ramai dan sarapan pagi bersama kanak-kanak normal yang lain, ( social skills)


9:30-11:30 – terapi sesi pagi
antara rutin yang perlu dilengkapkan ialah

1. Terapi Oksigen ( masking 30 saat) 3 kali sehari
2. Masking 1 minit – stopwatch 10 minit 20 kali sehari
3. Menjulur 30 kaki 3 kali sehari
4. Merangkak 30 kaki 3 kali sehari
5. Berjalan 100 kaki 3 kali sehari
6. Berlari 1km 1 kali sehari
7. patterning 10 stroke 3 kali sehari
8. Titian Imbangan 4 length 3 kali sehari
9. Trampoline 2 minit 3 kali sehari
10. Guling balak 20 roll 3 kali sehari
11. guling depan 10 roll 3 kali sehari
12. guling belakang 10 roll 3 kali sehari
13. hayun/gayut 1 minit 3 kli sehari
14. babinski reflex ( geletek tapak kaki) 30 strokes 20 kali sehari
15. Berus badan 1 minit 3 kali sehari
16. cubit 1 minit 3 kali sehari
17. .air hon 1 minit 3 kali sehari

12:00tghari- masking oksigen kali ke-2 (30 saat) sebelum lunch.

12:30- mandi dan kemas diri

1:00-2:30 petang- tidur petang dan rehat

2:30 petang- masking oksigen kali ke-3 ( 30 saat)

- masa ni , ros gi lunch, solat zohor dan masa rehat-rehat. (12:15 sampai kol 2 ptg)

2:30 - 4:00 petang- sambung buat rutin terapi dan exercise.

4:00 -5:00 petang- aktiviti bersama kanak-kanak lain ( social skills) dan minum petang.

5:00 petang- balik rumah

5:30 petan-9:00 malam- masak untuk dinner dan sambung terapi di rumah, masking, berus badan, babinski, trampoline dan latihan menjulur serta merangkak.

-flash card cara glen domen, baca buku bersama anas, dan menonton tv.

- sebelum tidur prepare barang untuk anak-anak ke taska untuk ke-esokkan harinya.


9:00malam-6:15pagi- tidur dan rehat

hari ni masuk hari ke 15 anas menjalani terapi,( hari ke 7 mula masking oksigen) so far so good, anas dah punye eye contact yang baik, sudah mula keluar perkataan, NO NO NO, Dah Dah Dah, Tak Nak, TAk Nak, Air Air, dan melakukan senaman terapi dengan baik dan bagi kerjasama. pandai mahu berkawan.

Sumber: Autisme.My

No comments:

Post a Comment