Monday, February 13, 2012

PERSATUAN KELUARGA AHMAD JILIS

Dlm PKAJ / 012

Tarikh : 10.02.2012

Kepada :

Semua Ahli Jawatankuasa
Ahli – Ahli Persatuan

Assalammualaikum wbrkt

MAJLIS PERJUMPAAN , PERKENALAN DAN RAMAH MESRA SELUROH KELUARGA PERSATUAN KELUARGA AHMAD JILIS DI CHEPOR , IPOH PERAK

Adalah saya merujuk kepada yang tersebut di atas .

2. Dengan segala hormatnya di maklumkan bahawa Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Ke 1 pada 22.01.2012 ( di rumah Sdr. Hisan ) telah memutuskan perkara berikut :-

2.1. Majlis yang tersebut di atas akan diadakan di The Lereng Advanture Camp & Resort Chepor , Ipoh Perak pada 10 – 11 Mac 2012 . Pendaftaran bermula pada jam 4.00 petang [ 10 Mac 2012 ].

2.2. Seperti yang telah di putuskan yuran bulanan bagi setiap satu keluarga adalah sebanyak RM 5.00 mulai November 2011 .

2.3. Telah di putuskan dalam mesyuarat yang lalu bahawa lauk untuk makan malam hendaklah dibawa oleh setiap keluarga dan nasi sahaja yang akan di sediakan .

2.4. Cabutan nombor bertuah juga akan diadakan pada majlis tersebut . Oleh itu di minta kerjasama dari setiap keluarga yang hadir dapat membawa satu hadiah untuk acara tersebut dalam siri bertukar – tukar hadiah . Hadiah tersebut hendaklah diserahkan sewaktu pendaftaran dibuat .

3. Oleh yang demikian , kepada semua ketua – ketua keluarga dapat memberikan kerjasama supaya semua anak – anak / menantu dapat hadir pada perjumpaan ini . Untuk peringatan kepada semua bahawa kejayaan program ini terletak di atas komitmen kita semua . Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi Sdr. Hisan 016 – 2825486 , Sdr. Kodin 014-2519039 dan Sdr. Ahlal 017-3873556 / 03-60217184 .



Sekian , terima kasih .

Yang menjalankan tugas



……………………..
( AZLINA AHLAL )
b/p Setiausaha

s.k. Sdr. Nasaruddin [ Koden ] - Wakil Perak
- Tolong sampaikan maklumat ini kepada semua keluarga / saudara mara yang berada di Perak


Sdr. Hisan
- Tolong sampaikan maklumat ini kepada semua keluarga / saudara mara yang berada di Perak , Pahang dan lain – lain .
Di samping itu jangan lupa membawa ibunya kerana beliau adalah salah seorang yang akan menerima hadiah cenderahati .

Sdri. Rozi
- Tolong sampaikan maklumat ini kepada semua adik beradik memandangkan program ini amat penting buat keluarga semua .

No comments:

Post a Comment