Saturday, February 25, 2012

Falsafah Punca Penyakit

Memang tidak dapat dinafikan bahawa apabila berlaku sesuatu penyakit atau kelemahan atau kegagalan sesuatu organ, maka terdapat beberapa keadaan semasa seperti terdapat bakteria membiak dengan tidak terkawal, kekurangan hormon dan enzim, perubahan bentuk atau struktur fizikal, ketumbuhan dan kanser. Maka lahirkan teori jangkitan penyakit, karinogenik (carcinogen punca kanser) dan bawaan genetik. Namun sebenarnya itu semua bukanlah punca penyakit yang sebenar. Kegagalan untuk mengenalpasti punca penyakit akan menyebabkan kaedah rawatan tidak diketahui dan penyakit tidak dapat disembuhkan.

Manusia bukan fizikal (jisim) semata-mata. Manusia adalah sebaik-baik kejadian di dunia. Jika dunia terbahagi kepada jisim (atom dan molekul) dan masa (gema dan niat/instinct/intuisi) bermaksud manusia ini selain fizikal, juga terdapat untuk mental, emosi dan fizikal. Setiap satu elimen ini sangat berkait rapat dengan kesan fizikal yang ditunjukkan dalam bentuk sakit.

Keseimbangan Karektor dan Organ

Selain menjalankan fungsi biologi seperti merembeskan hormon dan memproses dan sebagainya, organ juga mempengaruhi karektor atau pembawakan yang dapat ditunjukkan melalui sesuatu tingkah laku. Karektor ini boleh dikawal melalui pemikiran yang tenang, sabar, ikhlas dan redho. Oleh itu, sikap atau karektor juga memberi kesan terhadap keadaan sesuatu organ. Dengan kata lain, organ seimbang dengan karektor.

Pemikiran mempengaruhi tindak balas organ dalam badan. Sama ada sesuatu organ atau kelenjar itu ingin merembeskan hormon atau tidak atau sama ada organ itu ingin berfungsi atau tidak adalah bergantung kepada cara kita berfikir. Pemikiran yang baik akan menjadikan sesuatu organ berfungsi dengan normal.

Dengan mengambil organ pankreas sebagai contoh, sekiranya pankreas telah menjadi lemah, karektor yang dikawal oleh pankreas akan menyebabkan tubuh mendapat satu tindak balas yang menyebabkan tindakan dan pemikiran menjurus kepada sesuatu yang dapat menyeimbangkan kelemahan pankreas itu tadi melalui sifat yang bertentangan dengan prinsip tenang, sabar, ikhlas dan redho. Pankreas yang lemah akan menyebabkan seseorang menjadi mudah cemburu, iri hati, dengki, hasad atau khianat.. bergantung kepada tahap penyakit dan keupayaan untuk berprinsip (tenang, sabar, ikhlas dan redho).

Begitu juga sebaliknya iaitu apabila seseorang mulai hilang prinsip, dia mudah untuk rasa cemburu, tidak puas hati, iri hati, dengaki hasad atau khianat.. maka pankreas mula untuk menyeimbangkan perasaan tersebut dengan menghentikan keupayaannya untuk menghasilkan insulin yang boleh memproses gula. Akibatnya gula tinggi dalam darah dan pankreas terbeban untuk memprosesnya hingga ia menjadi lemah.

Organ seimbang dengan karaktor


Jadual karektor berdasarkan organ

Berikut ialah jadual senarai organ dan karektor yang dipengaruhinya.

Personaliti dan warna diri

Kesemua karektor ini dapatlah dirangkumkan kepada tahap-tahap kumpulan organ pada sistem tubuh badan. Terdapat empat bahagian utama pada tubuh yang dirangkumkan seperti dalam rajah di bawah;

Gambar rajah di atas menunjukkan pembahagian organ mengikut kumpulan yang terdiri daripada empat bahagian. Setiap manusia hanya aktif di dalam sesuatu kumpulan organ sahaja. Setiap kumpulan ini dinamakan mengikut gelaran istilah personaliti kerana kecenderungan organ dalam kumpulan tersebut menjurus kepada sesuatu personaliti.

Organ organ di bahagian kepala yang terdiri daripada;
Organ-organ di kepala adalah organ-organ yang berkaitan dengan kederiaan. Bahagian kepala adalah sensitif dengan sebarang rangsangan. Mereka yang mempunyai sistem tubuh yang aktif di bahagian kepala adalah golongan yang perpesonaliti Spiritual. Personaliti Spiritual banyak berkaitan dengan ketenangan, dan tenang adalah penawarnya. Jadual di bawah ialah sikap bagi personaliti Spiritual.
Sikap PositifSikap Negatif
Deria otak yang peka
Bijak / Cerdik
Perancang
Boleh membaca situasi
Yakin diri
Jujur
Martabat
Kepimpinan
Petunjuk
Ilham
Disiplin
Penumpuan
Keajaiban diri
Rasa bertuan
Penguasaan
Kuasa dalaman
Imnuniti
Ego / keras hati
Putus asa
Murung
Kebimbangan
Hiperaktif
Mudah terpengaruh
Ketakutan
Riak
Kebendaan
Suka memerintah
Tidak mahu mengalah
Tidka tentu hala
Tanpa matlamat
Nasib malang
Serangan penyakit
Hilang arah / punca


Organ di bahagian dada terdiri daripada Paru-paru NW10 (termasuk trakea, bongkiul, payu dara) dan Jantung NW11. Organ ini banyak berkaitan dengan emosi dan perasaan. Rasa sedih, risau, mengeluarkan air mata, gembira, panik dan sebagaikan adalah melibatkan organ di bahagian ini. Mereka yang aktif penggunaan organ paru-paru dan jantung ialah golongan berpesonaliti Emosi. Personaliti Emosi banyak berkaitan dengan kesabaran, dan sabar adalah penawarnya. Berikut ialah jadual sikap bagi personaliti Emosi.
Sikap PositifSikap Negatif
Terbuka
Tenang
Menghayati
Kreatif
Kasih sayang
Keriangan
Pemurah
Kematangan
Pemelihara
Tersendiri
Cara / langkah / konsep
Kebapaan
Berani
Kejiwaan
Kebijaksanaan
Kuasa minda yang tiada batasnya
Belajar melalui kesilapan / pengalaman
Sensitif melulu
Serius
Penarikan diri
Pemarah
Kebencian
Termenung
Kesedihan
Kedengkian
Sakit hati
Megah
Berpura-pura
Lembab berfikir
Menangguh
Mengukut hati
Kebodohan
Kebudak-budakan

Organ di bahagian perut terdiri daripada;
Organ di bahagian perut banyak berkaitan dengan pemikiran. Sekiranya perut terbeban dengan makanan terutama pada waktu selepas makan, minda kita agak malas dan tidak cekap berfikir. Mereka yang aktif menggunakan bahagian perut yang melibatkan organ di atas dinamkan sebagai golongan berpesonaliti Mental. Personaliti Mental banyak berkaitan dengan keikhlasan, dan ikhlas ialah penawarnya. Berikut ialah jadual sikap bagi personaliti Mental.
Sikap PositifSikap Negatif
Kuat berfikir
Pemikiran kritis
Objektif
Pengingat
Peramah
Boleh dipercayai
Pintar
Percakapan
Penyabar
Minda
Malas berfikir
Lembab
Keliru
Pelupa
Gelojoh
Berkira-kira
Mengkritik
Cemburu melulu
Mencari alasan
Berceloteh

Bahagian bawah terdiri daripada organ-organ seperti berikut;

Organ di bahagian bawah ialah organ yang banyak berkaitan dengan aktiviti fizikal. Mereka yang aktif menggunakan organ bahagian bawah ialah golongan berpesonaliti Fizikal. Personaliti Fizikal banyak berkaitan dengan kerehdoan, dan redho ialah penawarnya. Berikut ialah jadual sikap bagi personaliti Fizikal.

Sikap PositifSikap Negatif
Matang
Intelek
Berpandangan jauh
Cekal dan tabah
Tegas
Kebolehan fizikal
Cita-cita tinggi
Agrasif
Bergaya
Bertanggungjawab
Keterampilan kemas
Pengawalan diri
Kemewahan meterial
Praktikal
Super ego / keras hati
Putus asa
Kelemahan fizikal
Pelupa yang keterlaluan
Konflik dalaman
Malas
Mementingkan diri
Menindas
Tidak sensitif
Bangga diri
Rasa bersalah yang mendalam
Kekesalan yang berterusan
Kemiskinan
Teori

Tyroid NW9 ialah satu-satunya organ yang tidak mempengaruhi personaliti. Kesemua peringkat personaliti berpotensi mendapat kelemahan di bahagian Kelenjar Tyroid.

Kaki dan tangan pula tidak dianggap sebagai organ, sebaliknya ia adalah anggota. Kelemahan atau ketiadaan sesuatu anggota tidak mempengaruhi personaliti. Dalam kes tertentu, masalah seperti luka dirujuk kepada Otot NW18 atau Kulit NW14, atau sendi dirujuk kepada Tulang NW20. Berbeza dengan organ, kelemahan atau ketiadaan sesuatu organ akan mengganggu sistem keseluruhan tubuh.

Behavior Therapy

Untuk merawat organ yang lemah, ia boleh diterapikan dengan mengawal sikap. Pendekatan prinsip asas Tenang, Sabar, Ikhlas dan Redho ialah cara terbaik untuk mengawal kelemahan organ. Dengan prinsip ini, seseorang yang apabila didiagnos mengalami kelemahan sesuatu organ tetapi karektornya masih terpelihara.

Tajuk ini amat besar untuk dibincangkan di sini, insya Allah saya akan menuliskan dalam post yang lain.

Kesimpulan kepada Behavior Therapy ialah pendekatan kearah Tarbiah Islamiah adalah cara terbaik untuk merawat penyakit yang diistilahkan sebagai penyakit yang berpunca daripada "Hati" (maksud istilah hati di sini ialah rohani atau kejiwaan).

Sikap pesakit

Menyedari bahawa penyakit akan dizahirkan dalam bentuk sesuatu sikap, maka pengamal perubatan professional Colour Vibration Therapy sedia dan memahami karenah pesakit yang berbagai-bagai.

Pada peringkat awal, pengamal professional Colour Vibration Therapy telah dilatih supaya merawat dengan tenang, sabar, ikhlas dan redho supaya pesakit akan mendapat rawatan pertama hanya dengan memandang wajah perawat. Ini bukanlah ajaran ilmu batin, tetapi hanya dengan keikhlasan.

Falsafah Punca Penyakit

Jangkitan daripada ibu kepada bayi dan juga warisan genatik walaupun bukan berpunca daripada sikap yang negatif, tetapi penyakit yang dibawa tetap akan mempengaruhi personaliti dan sikap.

Bagi kanak-kanak yang belum mumaiyis iaitu kanak-kanak yang belum mengenal baik dan buruk (belum berakal), biasanya berumur bawah 7 tahun adalah mereka yang tidak dipertanggungjawabkan menjaga akhlak malah akhlak mereka terlepas daripada terlibat dengan Hukum Keseimbangan. Penyakit yang mereka alami bukan disebabkan oleh masalah personaliti mereka tetapi kesan daripada masalah ibu bapa yang menanggung mereka.

Bagi yang telah mumaiyis dan baligh, sedikit perbuatan atau lintasan niat pemikiran tetap akan ada keseimbangannya terhadap tindak balas dalaman organ tubuh.

Daripada kajian ini, maka lahirlah falsafah yang dipegang oleh Colour Vibration Therapy bahawa:-


"Penyakit berpunca

daripada runtuhnya akhlak"

Sumber: rawatankesihatan.com

No comments:

Post a Comment