Monday, February 20, 2012

Pandangan drp seorang ibu kepada anak autisma

Cuma nak bagi pandangan,

Setiap anak-anak autisma ini punyai cara rawatan yang sesuai, cuma kita sebagai ibu bapa perlu berusaha dan mencuba manakah rawatan yang betul-betul serasi, jangan mudah putus asa dan saya sangat menyokong setiap usaha yang dilakukan oleh ibu bapa semua, jangan biarkan sahaja anak kita tu, kerana masa tetap berjalan, otak mereka pun makin matang, never to late to do something, dan jangan malas ataupun beri seribu alasan, dedahkan anak kita dengan sebarang permainan yang boleh meransang minda mereka, dan kesan potensi yang ada supaya boleh digilap, sesungguhnye mereka cukup istimewa dan punya kebolehan yang luar biasa.

Selalu bercakap dengan mereka dan tataplah wajah mereka dengan penuh kasih sayang, luangkan masa yang berkualiti dengan mereka dan berikan tumpuan serta buatlah catitan dengan setiap perkembangan yang ditunjukkan. Good Luck buat semua....usaha bermula di sini, langkah pertama amat susah dan pahit....tapi akan membuahkan hasil yang manis juga akhirnya...InsyaAllah.......

Ingatan buat diri sendiri juga....

By Ummi Dhiyauddin Anas

No comments:

Post a Comment