Saturday, February 25, 2012

Karektor dan Organ

Semua sikap atau perbuatan (personaliti dan karektor) serta akal adalah dipacu oleh sel, tisu dan organ tubuh. Jika sihat organ itu, maka mudahlah untuk mengawal fokus, tenang, tidak mudah lupa dan lebih terancang. Jika organ itu lemah atau bermasalah maka sukarlah untuk mengawalnya. Sila rujuk post bertajuk Falsafah Punca Penyakit untuk memahami hubungan karektor dengan organ. Selain perlu mendapatkan rawatan, saya telah menulis beberapa petua amalan yang dapat membantu meningkatkan kesihatan untuk matlamat kawalan holistik (fokus/tenang, sabar, ikhlas, redho) dalam post bertajuk Keberkatan Makanan dan Tidur Sebagai Rawatan. Insya Allah.
Kesemua organ pada tubuh badan mempengaruhi karektor kecuali Tongsil (Thyroid) sahaja yang tidak mempengaruhi karektor. Tetapi ia berperanan mengoptimumkan sesuatu karektor dan juga menampilkan atau menukar karektor dalam bentuk nyata (perbuatan zahir / suara). Apabila tongsil telah dibuang, maka karektor tidak nampak ketara.

Sumber: rawatankesihatan.com

No comments:

Post a Comment