- You and 4 others like this.
12/2/2012 (Isnin)... Faqihah masih siapkan barang2 keperluan untuk pergi ke Brighter Future. Kesian tengok dia. Enam tahun bersama Teacher Ruby, beliau telah anggap faqihah seperti anaknya sendiri.
Walaupun telah sebulan sesi persekolahan, Faqihah masih tidak dapat melupakan rutinnya pergi ke Brighter Future setiap minggu sepanjang tahun 2012 dan tahun2 sebelumnya.
Kami tidak menghantar Faqihah ke sana kerana ingin memberi peluang kepada anak2 istimewa yang lain... yang lebih memerlukan mendapatkan didikan drp Teacher Ruby.
Faqihah kini dah hampir pulih sepenuhnya walaupun ciri2 autisma masih kelihatan tapi tidak ketara sangat. Alhamdulillah.. berkat usaha dan doa yang berterusan selama ini. Jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam memberi rawatan dan pendidikan kepada Faqihah.
No comments:
Post a Comment