Sunday, February 5, 2012

Kisah anak2 autisma remaja

Hayati Jafar Anak bujang kak yati baru habis spm. Jawapan ringkas dari kak yati dulu, insya allah I'l elaborate later today
1. Iddin faham yang dia autistik semasa kecil
2. Iddin mengganggap dirinya sebagai remaja autistic yg sudah matang, selepas SPM dia email doktor dia yang he thinks he doesn't have some of the autistic features anymore
3. Kak yati masih layan dia sebagai autistik, tapi kak yati harap kak yati layan dia sebagai remaja autistik yang matang (he doesn't like to be treated like a child)
4. Iddin tak kisah dengan label autistik, dia tidak menggangap autism sebagai satu ketidakupayaan, Iddin tidak rasa rendah diri
5. Iddin baru saja memperbaharui kad OKU (18 tahun)
6. Iddin juga menghadapi konflik seperti remaja lain, bila ianya berlaku, biasanya dia akan buat self-analyis dan bertanya pada rakan internet (who share the same interests as him)/ ibubapa/email doktor2 & bekas NASOM therapist/kaunselor sekolah & cikgu2 tertentu
8. Iddin sekolah rendah di Sek Ren Agama Bersepadu Negeri Johor, bersolat tidak menjadi masalah. I'm looking forward to Dr Hasnah Toran, Hidayati Basri, Marina Ariff and other parents' opinion on this

Hasnah Toran Pn Maslina Samidi, saya rasa banyak bergantung kepada tahap IQ mereka, sebab anak2 autis adalah diverse. Anak saya berbeza dgn anak Pn Hayati Jafar kerana anaknya IQ tipikal manakala anak saya IQnya di bawah 70 dan limited verbal ability. Terlintas di kepala saya, saya menanti akhirat kerana pada masa itu saya dapat berbual2 dgn anak saya dan bertanya kpdnya "Abang semaasa di dunia dulu, apa sebenarnya yg abg rasa dan lalui" Wbp, saya cuba layan anak saya spt anak2 yg lain. Cuma always take note of the surrounding sebab surrounding ada impak ke atasnya.
Hasnah Toran Bersunat, boleh minta buat general anaesthetics. Tp yg lebih rumit sy rasa adalah menjaga anak supaya mereka tak kacau bekas sunat tu. As you know kids with autism like to pick on the wounds

Hidayati Basri
1.Hazim faham yang dia berada dlm spektrum autistic. Semasa berumur 9 tahun hazim masuk aliran inclusif (9 thn - not under Nasom Inclusion Prog) di Sek Lelaki Jln Batu... Ada 2 laluan utk ke kelas - satu laluan pelajar pend khas & satu lagi laluan pelajar normal..Hazim insist tak nak ikut laluan for special child.. he keep on saying yg dia budak normal...maybe sbb dia go through hard time masa kt special class..
2.Hazim tahu dan faham dia ada autism. According tu teacher's aide hazim berusaha utk join semua aktiviti berkumpulan dalam class ... cuma bila dia excited akan terserlah ciri2 autistic.. melompat2, bercakap sorang dan tersenyum. Bila ditanya dia ckp seronok sangat..
3.Mengikut keadaan, kak yati masih layan dia seperti kanak autism ..contohnya bercakap dgn hazim dlm bahasa yg jelas dan direct. Semasa berbincang dgn Hazim mesti ada kertas sebab nak lukis mind map bila berbincang. Setiap malam adalah masa kyati go through buku communication book yg di tulis teacher's aide hazim...contoh yg cikgu tulis.. tidak menumpukan perhatian bila cikgu mengajar.. So dgn mind map akan lukiskan ciri2 pelajar cemerlang... (sudah beratus kali buat cara ni..) Bila ditanya jwpan memang perfect ..Tapi semasa kejadian berlaku.. dia akan lupa apa yg perlu di buat..
4. Masa umur 9 thn boleh nampak yg dia tak suka dilabel sbg autism tapi sekarang Hazim cool je.. Kadang2 bila dia ketawa atau bercakap sorang2 kyati ckp ."Eh mama nak joinlah sama ketawa sorang2. Hazim akan jerit "Jangan2...saya tak suka nanti org ckp mama autistic..."
5.Hazim masih memegang kad OKU - ada banyak kemudahan utk OKU eg tax exemption utk parent.. Kita perlukan bnyk wang utk social skill therapy
6.Ye..mereka akn menghadapi conflict seperti remaja lain...Hormon changes.. Sensory problem...contohnye hazim tak boleh mendengar perkataan "Unfortunately" atau "malangnya" .. that will be a trigger for him to release emotional outburst... menangis dan meraung seperti ada kematian.. Bayangkanlah seorang remaja tiba2 menangis seperti kanak2 umur 5 tahun...Kalau kecil lagi nampak cute.. tapi kalau dah besar ..apa pandangan masyarakat yg tak faham... For sure ada yg ckp ...gila ke budak tu... merbahaya ... CONCLUSION..social skill for hazim is crucial and ultimately important..for him to be able to mix with society. Without proper social skill dia tak akan dapat mengharungi hidup di pusat pengajian tinggi.. Kadang2 terdetik di hati ... hazim ni nanti ada ke girlfriend ... kawin ke dia?

Marina Ariff saya sgt2 setuju dgn Dr Hasnah Toran, they are diverse. Saya tak rasa Umar tau yg dia autistic atau dia sedar yg dia autistic. Pada dia semua orang sama, tak ada yg berbeza. Walaupun Umar sudah 14thn tp tahap kematangan masih di tahap umur 10 atau 11thn.
3. Ye, saya masih lagi melayan Umar sbg anak autistic pada setengah2 perkara. Contohnya, dalam academic sbnrnya keupayaan Umar adalah terhad, tidak spt abang Iddin nya. Tak malu utk saya katakan masa exam tahun lepas lebih byk E daripada A yg Umar dapat. Tapi saya tak kisah sbb tahu akan kelemahannya. Kelebihan dia dalam muzik jadi yg itu kami cuba develop dari masa ke semasa.Tapi saya masih kekalkan Umar dalam kelas mainstream sbb itu memberi advantage pada socialising skill Umar. Tapi bila berkaitan dgn benda2 yg kita perlu cakap direct dgn dia, contohnya bab halal haram, aurat, yg ini kena berkali2 sebut, beri contoh dan fahamkan konsep pd Umar. Pada anak2 yg tipikal mungkin kita boleh beritahu sekali dua mereka dah boleh faham, tapi tidak dgn Umar. Konsep malu dan jaga aurat tu pun agak lama juga kami nak bagi dia faham.
4. Kalau org ejek2 dia pun dia tak ambil peduli. Mungkin dia faham tapi Umar mmg bukan jenis yg nak mengamuk atau marah2. Dia mmg tak ada tantrum dari kecil lagi. Tapi dah meningkat remaja ni, mmg ada konflik sikit sbb dia dah mula nak kita ikut cara dia sahaja. Kalau dulu sekali suruh dah buat, skrg kena cakap berkali2 baru nak buat....bangun subuh pun kadang2 liat....dah macam remaja lain juga, buat tapi kena bersuruh....pertukaran hormon.

Marina Ariff
Bab berkhatan, kami khatankan Umar masa umur 5 thn. Mmg kena bagi pengsan, masuk operation theater. Tapi Alhamdulillah selepas dari proses tu tak la susah sgt nak menjaganya. Dia tak usik bekas luka tapi dia tetap lasak mcm biasa. Memanjat, melompat, tak bentan pulak. Mak yg rasa macam nak bentan tgk anak masih hyperactive lepas sunat :D

Marina Ariff
Bab solat pulak, kalau dari awal lagi kita boleh latih, kita latih la. Bila dah jadi rutin pada mereka, dah tak jadi masalah lagi. Bacaan boleh diperbetulkan dari masa ke semasa. Kalau kita rajin bagi dia dengar doa2 dan bacaan dalam solat, mesti dia boleh dapat dan ingat dgn cepat.

Marina Ariff
Betul tu kak Yati....kadang2 mmg agak down bila tgk Umar tak boleh nak catch up mcm budak2 yg sebaya dgn dia tapi bila fikir2 balik, dah takat tu yg dia termampu, rasanya tak adil kalau saya yg terlalu berharap dia lebih dari tu kan....mana yg kita boleh tolong, kita tolong dia. Usaha dan berdoa semoga dia boleh berdikarri selebihnya tawakal pd Allah Taala.

Hasnah Toran Pn Betty Roz tak perlu bersusah payah buat IQ test kerana sebenarnya ia meaningless. Susah saya nak cerita kat sini sebab ceritanya panjang. Costs a lot, does not inform us much dan dari segi kebergunaan untuk develop anak kita, tak ada apa sangat. IQ score is just a number and it does not even reflect our kids. Muhd ada bust a few IQ tests dulu masa dia 3, 4 yrs old. Macam mana saya tabu IQ dia bawah 70, based on ilmu yg saya ada saja

Hayati Jafar Marina Ariff - Umar's gift in music & mengaji Quran - Subhanallah, only the chosen ones are lucky enough to be blessed with such gifts. I didn't get to spend much time with him at all, tapi jelas dari air mukanya terpancar keikhlasan dari hati, tak ada sedikit pun sikap buruk sangka atau berfikiran negative - he is sincere, he always means well, and he sees and expects the same sincerity in everyone. That is how he has been brought up - he is a happy boy, because he comes from a happy and very sincere family. Congratulations to both his parents.

Hidayati Basri Yg jelas suara berubah.. hazim dah ada misai & janggut .. so abah dia ajar mcmana nk cukur... Nampak curious ..hazim pernh tanya .. will I marry one day.. & dia tanya apa yg org dah kawin boleh buat ... tang tu k yati terkedu.. K yati ckp besok hazim nk kawin mlm tu mama & abah akan cerita....fuh...nasib baik ada idea tu ....Bincang dgn social skill therapist mcmana nak cerita.. so therapist ... cerita psl body parts - male... female NOT so detail ..briefly mcmana baby hidup dlm perut mama dia

Sumber: Autisme.My

No comments:

Post a Comment