Peperiksaan menghendaki kita membaca banyak buku. Semua ini memakan masa. Oleh itu, kita perlu memiliki kemahiran membaca buku itu dengan cepat serta dapat mengingati isi-isi yang penting.
Kaedah Membaca Buku Dengan Pantas.
Langkah 1:
Baca pengenalan dan kesimpulan buku itu.
Ini akan memberikan anda kata kunci atau isi penting dalam keseluruhan bab tersebut.
Langkah 2:
Gunakan jari telunjuk, pen atau pensil untuk membimbing mata anda kepada ayat-ayat yang dibaca itu.
Arahkannya ke bawah.
Gunakan pen atau pensil untuk membimbing mata anda di sepanjang ayat-ayat itu.
Rahsia Membaca Buku Secara Berkesan.
Baca bahagian kandungan buku terlebih dahulu.
Selidiki bab-bab yang penting bagi soalan-soalan esei dan objektif.
Sambil membaca, bulatkan/gariskan isi-isi yang penting. Gunakan dakwat merah atau pen berwarna.
Salin isi-isi yang digariskan itu dalam buku nota peribadi anda.
Soal diri sendiri semasa membaca.
Contoh soalan:
Adakah tajuk ini penting untuk soalan esei/objektif?
Apakah hubungkait topik-topik ini?
Bayangkan diri anda seorang pemeriksa. Apakah soalan yang akan anda soal?
Kaji soalan-soalan tahun-tahun lepas tentang topik yang berkenaan.
Baca secara perlahan dalam hati.
Baca secara lisan.
Renungkan apa yang anda telah baca tadi tanpa melihat buku itu.
Langkah-langkah di atas akan membantu anda untuk membaca banyak buku dengan cepat dan anda boleh mengingati apa yang telah anda baca tadi.
Selamat Mencuba, Selamat berjaya!!!
No comments:
Post a Comment