Friday, February 3, 2012

Faqihah jadi contoh


Mulai tahun 2012 kami sekeluarga membelikan Faqihah 2 pasang baju kurung untuk dipakai ke sekolah pada hari Khamis dan Jumaat. Untuk tahun2 yang lepas, Faqihah hanya memakai t'shirt berwarna merah yang diselaraskan oleh pihak sekolah. Tindakan kami membeli baju kurung kerana difahamkan Faqihah akan diinklusifkan pada tahun 2012 tetapi pihak sekolah masih belum memberi kebenaran untuk Faqihah berada di aliran perdana kerana Faqihah masih menghadapi masalah tingkah-laku walaupun dari segi akademi dia tidak menghadapi masalah.

Dalam perancangan awal semasa perjumpaan ibubapa dengan pihak sekolah, semua murid pendidikan khas akan memakai baju t'shirt berwarna merah tersebut. Baru2 ini dimaklumkan, semua murid pendidikan khas akan memakai uniform sekolah seperti murid2 aliran perdana. Wow!!! terkejut... rupa2nya tindakan kami memakaikan Faqihah uniform sekolah (baju kurung) telah menarik minat pihak pengurusan pendidikan khas mengambil tindakan yang sama. Sungguh tak sangka...

Pada pandangan saya, biarkan murid2 pendidikan khas memakai uniform sekolah seperti murid2 aliran perdana. Jangan dibeza2kan. Biar mereka merasakan diri mereka seperti murid-murid normal yang lain.

No comments:

Post a Comment