Monday, January 5, 2015

Projek - Pagar


Rezeki kami sekeluarga kerana dapat tugasan menyiapkan beberapa pelan. Nampaknya cuti sekolah nanti, pak yoep keka-kenalah tingkatkan kemahiran autocad bagi membantu tugasan isteri membuat pelan projek yang diperolehi. Tidak tertanggung isteri untuk menyiapkan tugasan tersebut disamping tugas hakiki di pejabat. Kadang-kadang sampai terpaksa berjaga malam. Pak yoep pulak berperanan jaga baby yang baru berumur 6 bulan. Projek dapat sejak awal bulan Oktober 2014. Di antara projek yang diterima ialah pelan membuat pagar, bumbung, rumah dan surau. Dah 3 projek dilaksanakan dengan jayanya. Dapat juga menampung pendapatan keluarga. Bebas isteri nak berbelanja.

No comments:

Post a Comment