Wednesday, January 14, 2015

Keluarga 69 Pak Yoep


Tahun 2015 merupakan berlaku perubahan besar kepada keluarga pak yoep. Nombor 6 bertukar menjadi 9. Putaran 360%. Terdapat beberapa perubahan kepada setiap ahli keluarga.


Umar 
- Proses perkembangan bayinya berlaku berdiri tanpa merangkak terlebih dahulu. Sehingga kini dah 2 batang gigi tumbuh dibahagian bawah. Respon perkembangan keseluruhannya amat positif. Umar meminum susu kambing berbeza dengan adik-beradiknya yang lain meminm susu lembu. Suka makan kanji yang dibuat sendiri berbanding nestum. Tidak banyak meragam. Suka bangun awal pagi.

Hadif
- Bersekolah di prasekolah. Tidak seperti adik-beradik yang lain berada di tadika swasta sebelum masuk ke sekolah sebenar. Tidak makan nasi putih. Memasuki prasekolah SRAR yang pengisiannya tertumpu kepada pengajian Al-Quran. Amat berharap Hadif akan menjadi seorang tahfiz di MRSM Ulul Albab setelah kak longnya gagal dalam permohonan ke MRSM Ulul Albab akibat kekurangan kemahiran hafazan.


Haziq
- Kembali mengikuti pembelajaran di pusat tuisyen setelah tidak dilakukan pada 2014. Keputusan peperiksaan peringkat sekolah tidak memuaskan. Kekal di kelas ke-2 walaupun amat diharapkan ke kelas pertama pada 2014. Berusaha memastikan Haziq ke kelas pertama pada 2016 semasa dia berada di tahun 6 bakal menduduki upsr. Masih meminati haiwan termasuk binatang peliharaannya ialah MENTADAK.

Faqihah
- Dah ke sekolah menengah. Perubahan ketara Faqihah telah tidak merasai dirinya kecil berumur 4 tahun. Dah menjiwai dirinya remaja. Harap perubahan terus berlaku kepada Faqihah dan mampu diinklusifkan ke kelas biasa pada tahun 2016. Seterusnya menduduki PT3 bagi membolehkannya menduduki SPM walupun secara persendirian sekiranya tidak mampu disediakan kemudahan tersebut semasa di sekolah.

Maaf.. terbalik pulak gambar kak long, Fakhira.

Fakhira
- Pertama kali sekolah disesi pagi setelah sekian lama di sesi petang sejak berada di tahun 2. Hampir7 tahun berada di sesi petang. Berjaya menduduki kelas pertama di SMK Convent pada 2015 semasa Fakhira bakal menduduki PT3.

No comments:

Post a Comment