Friday, January 23, 2015

Permata Negara dimansuhkan - siri 1

Permata Negara bergerak tanpa hala tuju yang jelas dalam memartabatkan pendidikan negara.
Syefura OthmanPETALING JAYA: Penyelaras Segmentasi Wanita Muda Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Young Syefura Othman bersetuju dengan penangguhan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) malah mencadangkan program Permata Negara turut dimansuhkan.
Dakwanya, Permata Negara merupakan satu pembaziran yang amat jelas dengan peruntukan RM40 juta sedangkan ia bukan keperluan yang sangat mendesak.
“Permata Negara bergerak tanpa hala tuju yang jelas dalam memartabatkan pendidikan negara. Oleh itu, ia perlu dimansuhkan memandangkan ketika ini kita telah mempunyai Tadika Kemas dan Pra-Sekolah,” katanya dalam kenyataan media.
Syefura juga menganggap PLKN bukan tempat yang sesuai untuk menjadikan anak watan mencintai dan memperkemaskan jati diri.
“PLKN yang menelan belanja lebih RM1 billion semenjak penubuhannya pada tahun 2004 tidak pernah mencapai matlamat dan objektifnya.
“Sebaliknya, timbul pelbagai masalah seperti peserta mati, kes rogol dan lain-lain. Namun, kerajaan meneruskan tanpa menghiraukan desakan,” dakwanya.
Sebelum ini, Pengarah Strategi Angkatan Muda PKR Malaysia, Akmal Nasir menyatakan bahawa PLKN juga tidak sepatutnya ditangguh tetapi terus dimansuhkan.
Sumber - http://www.freemalaysiatoday.com/

Apakah komen anda jika anda ibubapa kepada anak-anak istimewa?

No comments:

Post a Comment