Sunday, January 4, 2015

Jawatan Kosong Sektor Awam 2015


Apa tunggu lagi?

Moh!!! Buat pengunjung laman blog pak yoep yang masih belum ada kerja...boleh buat permohonan untuk salah-satu jawatan kosong yang disediakan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).

Pengalaman tiada kerja pernah pak yoep hadapi selepas tamat pengajian di universiti dulu. Bukan tiada kerja tapi tiada kerja yang setimpal dengan kelulusan yang ada. Ketika itu pak yoep hanya berkerja sebagai buruh kasar dekat ladang kelapa sawit sahaja. Tempoh tidak lama, dalam beberapa bulan sahaja...pak yoep diterima berkerja. Tapi bukan kerjaya guru. Kerjaya guru diterima kemudian.....Alhamdulillah.

Pesan pak yoep. Jangan pilih kerja. Yang penting berkerja walau apa pun jenis kerja yang halal. Dapatkan duit untuk diri dan keluarga. Boleh bersedekah sedikit kepada yang memerlukan. Dalam masa yang sama, pohon terus pohon kerja yang seiring dengan kelulusan kita.

Baca...layari http://jobskini.blogspot.com/…/2269-kekosongan-jawatan-koso…/…/2269-kekosongan-jawatan-koso pilih jawatan yang bersesuaian. Tunggu...doa. In Shaa Allah.

Cepat!!!  Tarikh tutup pada 11 Jan 2015.

TERKINI.. Terdapat 2,269 kekosongan jawatan kosong kerajaan terkini di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) Januari 2015.

1. Perangkawan - 10 kekosongan
2. Pegawai Imigresen KP17 - 175 kekosongan
3. Pembantu Laut A17 - 11 kekosongan
4. Latihan Separa Perubatan - 1,767 kekosongan
5. Pemandu Kenderaan H11 - 100 kekosongan
6. Latihan Separa Perubatan Bertaraf Sijil (PMR) - 206 kekosongan

Tarikh tutup permohonan pada 11 Januari 2015
Lokasi : Seluruh Malaysia
Sektor : Kerajaan

Mohon semua mention info jawatan kosong ini kepada rakan2 yang lain.
Semoga dapat memberi sedikit manfaat untuk kita kongsikan bersama. 
Selamat memohon dan semoga berjaya.

No comments:

Post a Comment