Saturday, January 24, 2015

Astro pak yoep dipotong


Mula cuti sekolah akhir tahun 2014, atas permintaan ummi...saluran astro kat rumah ditambah. Menonton astro merupakan salah satu aktiviti keluarga terutama anak-anak. Pak yoep tak minat sangat tengok TV kecuali siaran berita dan sukan terutama bola sepak. Itu adalah HAK MUTLAK pak yoep. Anak-anak dah faham. Berita dan bola...jangan ganggu abah.

Beberapa saluran ditambah iaitu Learning, Kids, Baby TV selain Sport yang dah sedia ada. Ianya berterusan sehingga penghujung Januari...semalam.

Tiba-tiba tiada siaran astro. Rupa-rupanya saluran astro dah dipotong.

Memang hajat pak yoep nak tukar saluran astro kepada saluran asal tanpa saluran tambahan yang ditambah pada awal cuti akhir tahun 2014. Agar anak-anak pak yoep dapat memberi fokus terhadap pelajaran sepenuhnya terutama kak long yang bakal menduduki PT3 dan Haziq yang bakal menduduki UPKK pada tahun 2015.

Belum sempat ditukar, dah dipotong kerana lewat membuat pembayaran.

Semalam juga dah pergi ke pejabat astro di Ipoh untuk urusan pembayaran dan penyambungan semula astro dengan pakej asas tapi tutup pulak untuk penyelenggaran.

Maka...hari Sabtu dan Ahad, rumah pak yoep tanpa TV.  Nampak okey aja anak-anak. Tapi kesian pulak.

Isnin akan buat urusan penyambungan semula.

No comments:

Post a Comment