Saturday, January 17, 2015

Kumpulan Sokongan Ibubapa Autisma - Tiada Sokongan


Masih gagal dapatkan persetujuan ibubapa yang LIKE laman Anakku Autisma kendalian pak yoep di FB untuk menjadi Jawatankuasa Penaja agar kumpulan sokongan ibubapa kanak-kanak autisma dapat diwujudkan secara rasmi di Ipoh untuk tempoh hampir 3 bulan permohonan ini ditawarkan.

Amat besar harap pak yoep agar persatuan ini dapat diwujudkan agar banyak program boleh dilaksanakan untuk memenuhi keperluan anak-anak autisma dan juga keperluan ibubapa kepada anak-anak autisma dalam usaha memberi didikan terbaik kepada anak-anak autisma mereka. Rasanya tak mampu pak yoep laksanakan sendirian tanpa sokongan mana-mana pihak.

Ramai yang mencadangkan diwujudkan persatuan seumpama ini sebelum ini sejak 2009 lagi tapi bila diminta menjadi jawatankuasa penaja, ramai pulak yang menolak. Lama dah nak diwujudkan tapi pak yoep tiada keyakinan dan kemampuan maka ditangguhkan. Kini, pak yoep dah bersedia... sebaliknya pula. Tiada yang berminat nak jadi jawatankuasa penaja.

Setakat ini memang dah ada beberapa orang yang sanggup nak jadi jawatankuasa penaja tapi jumlahnya masih belum mencukupi untuk digerakkan sebagai sebuah persatuan.

Harap...jika sesiapa yang berminat boleh hubungi pak yoep. Keutamaan diberikan kepada ibubapa kepada anak-anak autisma. Jika ada guru, atok, opah, penjaga kepada anak-anak autisma boleh juga dipertimbangkan untuk jadi jawatankuasa penaja.

Kerja yang bakal dipikul adalah kerja sukarela. Pastikan yang berminat sanggup melaksanakan amanah yang bakal dipikul. Bakal ditanya diakhirat kelak. Berkerja untuk anak-anak istimewa. Mereka bakal penghuni syurga...


No comments:

Post a Comment