Friday, January 2, 2015

Basikal 'baru' Haziq


Dulu ada pak yoep ceritakan bahawa basikal Haziq dicuri. Tapi sebenarnya Haziq yang tinggalkan di rumah kawannya. Dia yang dah lupa.

Lama juga basikal itu berada dirumah orang.

Dah jumpa. Tak lama lepas itu. Rosak pula akibat dikendalikan dengan lasak. Dah rosak tersadai kat rumah tanpa dibaiki.

Hampir setahun juga.

Hari ini... baiki semula basikal Haziq. Kesian tengok, kawan-kawannya ada basikal. Mudah dia bergerak ke sana ke mari. Kos hanya RM80.00 sahaja.

Sebenarnya nak minta apa-apa amat sukar diperolehi dari pak yoep.

No comments:

Post a Comment